20 Jun 2012

Lagi Kes Maut Ditembak Di Kelantan

KOTA BHARU - Seorang lelaki berusia 58 tahun, ditemui mati tertiarap serta berlumuran darah di kawasan stor sebuah syarikat perumahan di Taman Kurnia Jaya, Pengkalan Chepa, di sini, malam kelmarin.

Kejadian pada jam 9.15 malam itu, menyebabkan mangsa maut, selepas dipercayai ditembak dengan tiga das tembakan.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisstan Komisioner Azham Othman berkata, semasa polis menjalankan siasatan di tempat kejadian, mangsa hanya memakai kain sarung serta mengenakan baju t- lusuh tanpa kolar berwarna hitam dan memakai selipar.

“Mangsa yang dikenali sebagai Mamat Omar merupakan seorang tukang kayu yang bekerja di kawasan terbabit sejak dua bulan lalu.

“Dia yang berasal dari Thailand dan menetap di Kampung Simpangan,Tumpat, sudah berkahwin dan mempunyai lima anak serta tidak tinggal tetap di rumah kongsi kerana mempunyai keluarga,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian semalam.

Azham berkata, hasil siasatan unit Forensik Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan (IPK) serta Unit K9 bersama doktor Patologi Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II), pergerakan suspek hanya dapat dikesan ketika menuju ke kawasan itu.

“Semasa siasatan dilakukan, terdapat tiga kesan tembakan pada mangsa iaitu di pipi sebelah kanan, leher dan belakang kepala. Tiada kelonsong peluru ditemui di kawasan kejadian dan dipercayai penjenayah menggunakan senjata jenis Revolver,” katanya.

Beliau berkata, stor dan rumah kongsi itu juga ditinggalkan kosong pada waktu malam dan tiada pekerja pada ketika itu.

“Mangsa yang berasal kampung Chenerong, Thailand mula menetap di negara kita sejak 22 tahun lalu. Kali terakhir mangsa dilihat di kawasan itu, pada jam 7 malam yang ketika berada di biliknya di rumah kongsi di kawasan itu”, katanya.

Azham berkata, setakat ini pihaknya masih mengenal pasti motif kejadian dan penjenayah yang terlibat, dan kes itu disiasat di bawah seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana cubaan membunuh.

Sementara itu, menurut saksi kejadian, Mohd Afiq Azlam, 19, dia terdengar bunyi letupan sebanyak tiga kali selepas menunaikan solat Isyak.

“Pada mulanya saya ingatkan bunyi mercun tetapi selepas keluar dari rumah saya terkejut melihat mayat seorang lelaki tertiarap di atas jalan.

“Ini merupakan kejadian pertama selepas sebulan saya menetap di kawasan ini,” katanya.

15 Jun 2012

BN punyai kekuatan rampas kembali Kelantan

KOTA BHARU 14 Jun - Barisan Nasional (BN) mempunyai kekuatan untuk merampas Kelantan daripada Pas pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).

Ketua UMNO Bahagian Kota Bharu, Datuk Mohamad Fatmi Che Salleh berkata, UMNO dan BN negeri akan berusaha lebih keras bagi memastikan hasrat tersebut tercapai.

"Kita tahu di mana kedudukan serta kekuatan BN Kelantan dan yakin mampu merampas semula negeri ini," katanya.

Beliau ditemui pemberita pada majlis ramah mesra bersama Persatuan Bola Keranjang Kelantan (KBA) di sini hari ini.

Pada majlis itu, Mohamad Fatmi turut menyampaikan sumbangan cek RM100,000 kepada persatuan tersebut.

Turut hadir, Presiden KBA, Datuk Kho Ah Teck dan timbalannya, Wee Cheong Phar.

Mohamad Fatmi mengulas kenyataan Timbalan Pesuruhjaya III Pas Kelantan, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah yang yakin parti itu akan terus kekal memerintah selepas pilihan raya umum akan datang walaupun akan terlepas beberapa kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN).

Mohamad Fatmi yang juga Setiausaha Politik Perdana Menteri berkata, BN akan menyelesaikan beberapa masalah dihadapi penduduk seperti isu air yang sehingga kini masih gagal ditangani oleh kerajaan Pas negeri.

"Sekiranya dipilih menerajui negeri ini, BN dengan kepakaran yang ada yakin mampu menyelesaikan masalah air sebelum PRU-14," ujarnya.

Mengenai sumbangan kepada KBA, beliau berkata, peruntukan tersebut akan merancakkan perkembangan sukan bola keranjang di Kelantan.

"Sukan merupakan salah satu medium terbaik untuk memupuk semangat kerjasama dan perpaduan antara semua kaum yang ada di negeri ini. Ia juga menunjukkan kerajaan Pusat begitu komited dalam memartabatkan sukan di negeri ini," katanya. - Utusan Malaysia

14 Jun 2012

DIA BETUL SAYA TAKUT - TUN MAHATHIR

Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata beliau tidak takut Pakatan Rakyat mengambil alih kuasa - kecuali beliau akan didakwa atas pertuduhan palsu.

Beliau mengulas kenyataan ketua anggota parlimen DAP Lim Kit Siang bahawa beliau bekerja keras memastikan pembangkang tidak berjaya kerana takut dakwaan salah lalu didedahkan.

"Dia betul. Saya takut," tulis Dr Mahathir dalam blognya.

"Saya takut pada bentuk salah guna kuasa seperti sudah ditunjukkan oleh seorang pemimpin besar Pakatan yang pegawai polis kanan di pihaknya untuk menakutkan Dr Ristina Majid dan Umi Hafilda Ali supaya menarik balik surat Umi kepada saya."

Dr Mahathir Mohamad pada 31 Mei lalu dilaporkan mendakwa, tindakan Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim mengarahkan pegawai tinggi kerajaan melakukan sesuatu bukanlah perkara yang luar biasa, lapor Utusan Malaysia.

Menurut Dr Mahathir, Anwar ketika didakwa di mahkamah sewaktu menjadi timbalan perdana menteri pada penghujung 1990-an, pernah mengarahkan polis untuk menakutkan beberapa saksi yang terlibat dalam pertuduhan salah guna kuasa dan liwat dihadapinya.

"Selain ini saya tidak takut. Saya selalu berhati-hati untuk tidak menyalahgunakan kuasa yang saya ada sebagai perdana menteri kerana saya berhati-hati untuk meletakkan jawatan dan hilang kuasa pada tahap tertentu.

"Sekiranya saya menyalahgunakan kuasa, pengkritik saya akan sangat teruja dan mendedahkan saya dan memastikan saya disumbat dalam penjara," sambung Dr Mahathir. - Malaysiakini

17 Oktober 2011

ANWAR CABAR PAS DAN DAP

Belakang Parang jika di asah lagikan tajam...

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Alhamdulillah syukur ambo kehadrat Allah Swt kerana dengan limpah rahmatnya dapat ambo mengilhamkan kalam yang berkaitan dengan Pemimpin dan juga kita sebagai rakyat.Alhamdulillah diatas kudrat yang Allah bagi kepada kita semua untuk terus berfikir dan menilai sendiri mana yang baik dan mana yang tidak baik.
Hakikatnya disini ambo ingin menyentuh mengenai kesungguhan PR dalam memperjuangkan nasib rakyat dan PAS juga dalam memperjuangkan Islam khasnya Hukum Hudud.

Apa yang ambo nak bangkitkan disini ialah tentang maksud kesungguhan PR atau PAS khasnya dalam sesuatu perkara yang nak di perjuangkan oleh mereka.Kerana ambo melihat PR hanyalah satu pembawaan kepada Negara Malaysia.Lepas satu perkara,satu perkara ditimbulkan oleh mereka.Masih ingatkah lagi kita dengan Bersih 2.0,Penggunaan pembesar suara sebelum azan subuh,Serangan Jais keatas Gereja,Komunis dan kemerdekaan,Itu belum lagi dikira dengan serangan peribadi keatas kedua-dua pemimpin baik dari kerajaan atau PR sehingga membawa kes tersebut ke mahkamah.Secara mudahnya nak tanya,Masa bila pemimpin ni bekerja untuk rakyat kalau asyik terus dengan keadaan seperti ini.

Jika melihat kepada manifesto Pas,tersangatlah menarik dan terliur untuk mengundinya dan terundi pada PRU12 yang lalu,Tapi untuk PRU13 tidak mungkin ianya akan tertipu lagi.Kerana bagi kita umat Islam tidak boleh kita jatuh dalam lubang yang sama untuk kali kedua.Pada manifesto PAS ambo lihat ianya sedikit sebanyak akan membantu rakyat jika ia benar dilaksanakan.Sayang sekali ianya cuma retorik bagi menarik rakyat untuk menyokong mereka.

Perhimpunan Bersih 2.0 dilihat bersungguh pemimpin PR untuk adakannya tanpa menghiraukan apa saja amaran dari pihak berkuasa.Tapi untuk apa semua itu?Tujuan utamanya adalah untuk mencari gimik dan prihatin rakyat terhadap apa yang berlaku dalam perhimpunan tersebut kerana mereka sudah mengjangkakan tindakan dari pihak berkuasa serta dalam 8 tuntutan itu hanya tuntutan penggunaan dakwat kekal sahaja yang ditekankan.Penggunaan dakwat kekal ini adalah bertujuan untuk mereka berkuasa bukannya tuntutan diatas pembelaan nasib rakyat.

Siapa sahaja berkuasa bukan itu isunya,Apa yang rakyat inginkan adalah pejuang yang membela nasib mereka dengan membuat tuntutan kepada kerajaan.Apalah kiranya PR mengadakan Perhimpunan mirip Bersih 2.0 untuk membuat tuntutan yang lebih fokus kepada perubahan hidup rakyat bukannya perubahan kuasa pemerintahan semata-mata yang diutamakan.

Apa yang ambo maksudkan adalah membuat tuntutan kepada kerajaan seperti mengenai dengan penyelarasan gaji pekerja swasta,Mengsifarkan 100peratus miskin tegar seperti ini dan lain-lain isu atau masalah yang melibatkan majoriti rakyat.Perhimpunan Bersih 2.0 hanyalah satu perhimpunan kepentingan PR untuk berkuasa.Mungkin anggapan diantara kita jika PR berkuasa segala macam PR akan bagi atau laksanakan apa keperluan rakyat.

Sebelum anda beranggapan demikian anda mesti melihat Negeri yang diperintah oleh PR apa bezanya.Ambo rakyat Kelantan 20 tahun lebih dah duk bawah Kerajaan Pas namun habuk pun tarak.Apa yang ada hanyalah penggunaan tulisan jawi pada papan iklan yang boleh dibuat gulai dan ditanak mungkin sekiranya rakyat tidak buntu wang untuk sesuap nasi.

Bukan soal tadbir negara atau negeri,Jika anda jenis yang menggosok gigi waktu pagi sebelum anda bersarapan mustahil untuk anda tidak melakukannya walaupun anda sudah beristeri empat.Attitude anda akan terbawa-bawa dan anda tidak akan merasa selesa sekiranya anda tidak lakukan sepertimana yang telah anda amalkan.Kecil cara kecil dan besar cara besarnya,Apakah untuk melakukan seperti ini memerlukan perubahan berkait dengan perlembagaan. Sila Klik.

Jika kerakusan untuk berkuasa sanggup mengadakan perhimpunan yang bersifat berkepentingan kenapa tidak diadakan perhimpunan yang fokus menuntut pembelaan kepada rakyat. Sangat jelas bukan,PR bukan membangkang untuk kepentingan rakyat,Tapi PR membangkang kerana LAPAR untuk berkuasa,Rakyat mapus pun lantak pi lah,janji Pemimpin PR terus hidup untuk membaham sisa-sisa yang masih ada.Jika 100 tahun PR tidak mampu mengambil tampuk pemerintahan dari Kerajaan Umno-BN,Apakah dalam masa 100tahun juga rakyat akan terus begini....

PR nak berkuasa atau PR nak bantu rakyat,Tanpa kuasa mentadbir negara dan berkuasa seperti kuasa yang ada pada hari ini apakah ianya tidak cukup berkuasa untuk bersuara bagi membantu nasib rakyat.Tidak perlu cakap mengenai perlembagaan atau bidang kuasa yang terhad.Kerana itu tidak cukup kukuh alasannya jika ianya dibangdingkan demi kepentingan rakyat seluruh negara.Tiada perkara yang mustahil atau TIDAK BOLEH jika ia melibatkan kepentingan rakyat yang banyak.

Apa yang terbukti dan ambo temui bilamana Kerajaan memerintah mengurangkan subsidi atau menaikkan harga barang adalah bertepuk riangnya Pemimpin PR kerana ianya boleh dijadikan isu atau modal bagi meraih sokongan rakyat untuk mereka mengambil alih kerajaan.Adakah ini caranya berjuang untuk rakyat?Bukankah cara ini menangguk di air yang keruh?Sampai bila rakyat akan terus menanggung karenah sebegini dari kedua-dua kuasa itu.Harga minyak naik dikatanya nasib baik,Adakah Pemimpin sebegini taruhan PR untuk mentadbir negara?.Untuk makluman semua Photo dibawah dikeluarkan bukan atas isu ini tetapi diatas isu satu untuk kau satu untuk aku. Sila Klik.


Ambo merasakan anda sudah faham apa maksud sebenar yang hendak ambo sampaikan, Begitulah keadaanya politik dalam negara kita,Orang yang menuduh orang lain itu jahat sebenarnya dialah yang lebih jahat dari orang yang dituduhnya.Janganlah kita terpedaya dengan muslihat mereka,Bersama ambo pelbagai bukti kesongsangan PR khasnya PAS yang akan ambo dedahkan nanti hasil dari kajian dan penelitian ambo lebih dari 10 bulan yang mengambil masa 14-18 jam sehari tanpa ambo melakukan lain-lain kerja.

Ambo fokus 100peratus mengenai POLITIK negara.Tiada pihak yang membayar ambo walaupun satu sen,Ia hanyalah minat dan kesungguhan mencari kebenaran demi kepentingan maklumat untuk seluruh rakyat. Setiap artikel yang ambo keluarkan mempunyai hujah dan buktinya yang sedikit sukar untuk ambo terjemahkannya melalui tulisan buat masa ini.Bersamalah kita mencari kebenaran dan mengubah cara berpolitik.Bagi ambo Politik Lalang adalah politik yang terbaik!!!.

Parti bukan agama,Agama dari Allah telah mempunyai garisan dan landasan yang tidak boleh diubah oleh sesiapa sekalipun dan sangat berbeza dengan Parti.Kerana Allah bersifat dengan adil,Kalau dulu firmannya Haram demikianlah juga dengan hari ini begitulah sebaliknya tanpa berubah.Adapun parti jauh sekali berubah,Kalau dulu Haram kerana dia tak buat tapi hari ini sudah HALAL kerana dia pun turut buat perkara yang sama seperti yang diharamkan keatas orang lain sewaktu ketika dahulu.

Jika kita taksub dan tidak menjadi lalang adalah kita seorang rakyat yang kurang cerdiknya.Jika Pemimpin yang kita sokong itu melakukan kesalahan kita bela dan kita follow jugak apakah cerdik namanya itu? Bukankah pemimpin itu akan menjadi semakin besar kepala dan sesat didalam kesesatan.Bagaimana pula dengan nasib kita?Orang berpolitik dapat Juta-juta,Dapat tanah dapat Balak,Kita rakyat yang menyokong dapat gas pemedih mata buang duit dan buang masa.Renung dan fikir-fikirkanlah Kerana untuk menentukan seseorang itu mukmin atau sebaliknya bukanlah kerja manusia.......
Segala Yang baik itu datangnya dari Allah dan keburukkan itu kelemahan diri ambo sendiri.

08 Oktober 2011

EKSKLUSIF-BENARKAH KEADAAN INI PERISTIWA MEMALI

Belakang Parang jika di asah lagikan tajam...




 Siapa yang bertanggungjawab jika keadaan ini yang berlaku,Kerana Amanat yang bercanggah dengan Islam akhirnya nyawa yang terkorban arwah Ibrahim Libya adalah seorang yang taat setia kepada Agama,Oleh kerana PAS membawa Islam dan meracuni fikiran rakyat supaya membenci pemerintah semata-mata hanya kemaruk ingin berkuasa.

Kenyataan dari bekas MP Shah Alam itu ada benarnya dengan apa yang kita semua ketahui mengenai sikap dan pemikiran yang diracuni oleh Pas.Ini ambo lihat dari jawapan Allahyarham Ketua pembangkang yang kurang pasti akan kenyataan tersebut.Diatas menghormati kedua mereka yang telah meninggal dunia elok ambo ringkaskan ia kepada bahayanya ideologi PAS yang bersifat menghasut dan seakan menggunakan orang lain demi kepentingan politiknya.

Lantaran itu kita semua harus berwaspada dengan fahaman yang diserapkan melalui jalan yang nampak baik  pada tujuan yang tidak baik.Pemimpin PAS yang bijak masih hidup dan meneruskan dalam karier politik PAS yang kononnya memperjuangkan Islam.Mereka tidak sanggup untuk syahid bersama-sama orang mereka.Mereka hanya menghasut dan menaikkan emosi rakyat pada ceramah-ceramah yang diadakan.Perkara agama yang berkaitan dengan ciri kehidupan seorang mukmin langsung tidak disentuh.Setiap perkarta agama akan diheret kepada memangkah PAS. Ingatkah kita pada perhimpunan Bersih 2.0 yang lalu adakah semua pemimpin PAS turun bersama rakyat?

Ambo merujuk kepada sebuah buku yang ditulis oleh Nik Abdul Azis Nik Mat yang bertajuk  KELANTAN UNIVERSITI POLITIK TERBUKA yang dicetak pada  September 1995.Didalam buku ini penuh dengan ilmu putar alam versi kelate yang ayatnya ringkas dan padat.Memang TGNA seorang yang sangat bijak berpolitik.Ambo tidak nafikan.Jika anda seorang pejuang tulen yang sedia bertempur hujah dengan puak PAS anda boleh cari buku ini,Ianya sangatlah berguna untuk dikaji kehebatan dan kelemahan juga kesesatan yang semua ayatnya diheret kepada politik.Sebab kata TGNA semua ayat Al-quran adalah berkaitan politik,Politik maknanya tadbir.Buku yang berhalaman 246 muka surat ini sangat sesuai untuk kita kaji dan merujuk kepada Ulamak-Ulamak yang bebas dari Parti politik kerana hukumnya tidak akan berpihak.Itulah sebaik-baik hukum.Ambo tidak bermaksud buku ini tidak betul,Tapi buku ini mempunyai strategi perjuangan PAS yang jauh menyimpang dari landasan sebenar pada hari ini.

Petikan 1.Pakaian Membentuk Peribadi
Akhir-akhir ini marah kepada TG pula,Ini seperti marahkan nyamuk bakar kelambu,Keturunan TG pakai kopiah,Pakai serban kutip kena marah habis licin,Kalau kita buat begini macammana,Demo tidak pakai kopiah lagi,Cuba-cuba pakai kopiah,Yang sudah pakai kopiah kena tambah serban satu lagi.Nabi Muhammad s.a.w sendiri menyebut:
Maksud dari Hadis: Mu kena berserban kerana malaikat lagikan berserban.
Dibawahnya pula TG memaksudkan seperti orang perempuan yang berjalan lembut dan diberi pakai complete uniform Polis atau tentera Wanita tersebut tidak akan berjalan lenggang lagi dan akan berjalan dengan lebih keras kerana pakaian itu mempengaruhi pemakai untuk berasa gagah dan handal seperti pendekar.

Apa yang ambo nak bangkitakan adalah berapa ramai pemimpin PAS sekarang yang memakai kopiah?Ambo rasa ramai yang tak pakai dari yang pakai kot.Kalau pakai letak tak de beza dengan pemimpin yang berjuang sekular.Mungkin mereka akan kata Islam bukan pada kopiah,dalil dan hujah begitu begini akan dihamburkan kepada kita.Tapi 16 tahun lepas Pemimpin mereka mengatakan lagikan Malaikat berserban.Kerana apa?Kerana dulu Pimpinan PAS kebanyakkannya memakai kopiah dan Hadis tersebut untuk orang Umno yang tak pakai.Bila masa berubah kata juga akan berubah.Bagi yang leka dan tidak sedar ianya akan terus tersesat.Itu hanyalah satu contoh yang dapat ambo berikan.Ada banyak lagi dan akan ambo terbitkan pada artikel yang seterusnya.

Jangan terus kita terleka,Orang politik akan lakukan apa saja untuk mendapatkan kuasa.Ambo kenal benar doh dengan perangai pemimpin PAS ni.Bukannya mereka membela nasib rakyat,Tapi mereka mencipta  reka sesuatu keadaan supaya Kerajaan Umno berlaku zalim kepada rakyat atas dasar mencari keuntungan politik,Kalau Umno buat baik dengan rakyat mereka akan tuduh dengan pelabagai macam.Carilah Ceramah mereka yang tidak bercerita buruk mengenai orang lain.Semuanya adalah menceritakan keburukkan Umno semata-mata.Sikap ini diteruskan oleh generasi sebagaimana juga dengan ambo sendiri

06 Oktober 2011

ANTARA BERSIH 2.0 DAN HUDUD 20.0

Belakang Parang jika di asah lagikan tajam.
KEADAAN DI KELANTAN MANA YANG LEBIH PERLU ?
Disini ambo ingin memberi pandangan dan cabaran kepada Kerajaan PAS Kelantan yang beria mempolitikkan HUDUD supaya dilakukan dulu beberapa perkara asas didalam Islam.Berjalan biar betul dulu baru orang akan ikut.Tunjuk yang Kerajaan PAS Kelantan berjaya mentadbir negeri dengan cukup sempurna biar ia menampakkan  perbezaan yang tidak begitu ketara dengan pemerintahan Kerajaan Islam Umar Abdul Aziz.Kalau Kerajaan Pulau Pinang yang diketuai oleh Lim Guan Eng nak PAS jadikan landasan pemerintahan Islam Umar Abdul Aziz,Maka PAS kena buka semula kitab dan belajar balik sejarah Islam.Itu sahaja.Ambo nok pukul mudoh-mudoh jah.
 Tuntutan Islam yang lain yang ambo maksudkan adalah Kebersihan:
Aspek KEBERSIHAN ini diutamakan kerana ia merupakan ciri keperibadian seseorang.Kebersihan juga adalah separuh daripada Iman.Kebersihan adalah tuntutan didalam Islam.Kesihatan yang baik juga bermula dari menjaga kebersihan.Keamanan dan keselesaan berkait rapat dengan kebersihan.Pastikan semua surau ditempat awam seperti shopping complex,Station minyak,Hospital dan seumpamanya ditikberatkan mengenai kebersihan yang dituntut didalam Islam.Tandas-tandas awam juga perlu diselenggara dengan baik bukan dengan 'hancing perrak' yang boleh memuntahkan pengguna.
 
Demi menyelamatkan Islam dari disalahanggap oleh masyarakat eloklah bermulanya kebersihan itu dengan ibu negeri jolokan Serambi Mekah iaitu Kota Bharu Bandaraya Islam.Laksanakan ia di KOTA BHARU BANDARAYA ISLAM supaya dapat dijadikan role model bagi daerah-daerah lain.Jika inipun tak dapat nak dibuat oleh kerajaan PAS,Minta Kerajaan PAS BUANG slogan BANDARAYA ISLAM atau buang
EXCO yang bertanggungjawab dalam menjaga hal ehwal bandar,Jangan memalukan umat ISLAM seluruh dunia dengan slogan tersebut.Ciri-ciri Bandaraya Islam masih jauh lagi,Siapa yang mengiktiraf KOTA BHARU sebagai Bandaraya ISLAM.Adakah butir matanya pecoh?Terus terang dan ambo berpendirian tegas.Ini soal AGAMA.Tak kira siapapun ia jangan guna Agama Allah dan meletakkan ia tidak kena pada tempatnya kerana berkepentingan sendiri.
Apakah perlaksanaan undang-undang mengenai kebersihan ini memerlukan kelulusan PARLIMEN atau PERDANA MENTERI ???Atau mungkin Pemimpin PAS yang kehilangan separuh iman?Ini bukan soal remeh temeh,Ia melibatkan kredibiliti Pemimpin Islam yang benar-benar ikhlas untuk menegakkan syiar Islam walau dalam apa jua perkara sekalipun.Bukankah kata tak boleh Politik Suku Agama Suku?Dah kalau politik ni TADBIR,Kenapa tidak ditadbir semuanya mengikut kehendak Islam.Jangan pakai separuh tinggal separuh.Kalau nak laksanakan perkara senang ni pun tak boleh,Macam mana nak laksanakan HUDUD.
 Dimana sahaja dan sesiapa sahaja baik dari penyokong Pas dan    penyokong Umno rata-ratanya mempertikaikan tahap kebersihan di Bandar Kota Bharu.Dikala rakyat membangkitkan tahap kebersihan,Pemimpin dilihat hanya memandang remeh dan tidak kisah dengan keadaan tersebut kerana bagi mereka POLITIK adalah segala-galanya.Sampai bila mereka ini akan terus mengjahamkan Islam dengan mempolitikkannya dalam apa jua perkara bagi melindungi kelemahan mereka serta bagi menyokong perjuangan mereka dengan Islam hanyalah slogan, parti adalah landasan.


 Apa yang telah PAS bangunkan di Negeri Kelantan? Masjid ,Sekolah, Jalanraya, Balai Polis, Balai Bomba,Hospital,Klinik,Jalanraya, Jambatan, dsb adalah Kerajaan Pusat yang bangunkan dan ianya selari dengan tanggungjawab Kerajaan Pusat. Jika semua itu dibangunkan oleh Kerajaan Pusat, Maka pemerintahan PAS selama 20 tahun adalah sangat-sangat gagal dan hanya berjaya dengan tohmahan dan pembohongan.Pemimpin PAS hebat bermain kata-kata dengan menyelit Ayat-ayat Al-Quran dan Hadis.Pembangunan yang ingin dijadikan sempadan olehnya ialah Pembangunan dizaman pemerintahan Umno 20 tahun yang lepas.Bayangkanlah betapa dibodohnya rakyat selama ini,Zaman dulu dan zaman sekarang.Zaman dulu Polis pun pakai seluar pendek,Nasi berlauk pagi pun harga 20sen je.Mana boleh nak banding Pembangunan dulu dan sekarang.Dulu berapa kementerian yang ada?Dulu Kelantan ada berapa Dun dan berapa Parlimen?
Mungkin juga 20 tahun lepas zaman pemerintahan BN,Kota Bharu lebih kotor dari hari ini, Mungkin juga ada pelacur di Kelantan disebabkan di Mekah pun ada jugak pelacur.Cukuplah dengan dongeng yang telah senja itu diwayangkan.Sebaliknya bangunkan Kelantan menjadi sebuah Negeri yang ada nama dan ada kualiti yang boleh dilihat dengan jelas sejelas-jelasnya seperti contoh Tan Sri Anuar Musa membangunkan pasukan Bolasepak Kelantan THE RED WARRIORS yang mampu membangkitkan semangat kesukanan hampir 90peratus rakyat Kelantan.
Apa yang perlu PAS buktikan perjuangan Islamnya benar-benar ikhlas, adalah menjadikan Kota Bharu sebagai Bandaraya Islam yang sebenarnya bukan sekadar gimik pemerintahannya semata-mata.Jangan sampai topeng yang dipakai itu tertanggal dan membuatkan semakin ramai lagi rakyat menjadi muak nak muntah melihat tingkah laku Ulamak Parti.Akibatnya sumpah seranah dan maki hamun akan dihambur dengan bermaharajalela.Mungkin setakat hari ini ambo tak pernah lagi mengeluarkan bahasa kesat kepada Tok Guru-Tok Guru parti.Tapi belum pasti ianya akan kekal begitu jika setiap hari disajikan dengan keburukkan Tok Guru Parti yang menghukum sesuatu sehingga fatwanya bercanggah dengan pendapat Ulamak bebas,Ulamak Tabligh dan Ulamak yang tidak berkepentingan.


Pandangan ambo ini adalah pandangan kebanyakkan orang,Idea ini ambo cedok dan sunting dari beberapa Ulamak dan profesional hasil dari kuliah dan tulisan mereka.PAS Kelantan yang gegar dengan Islam supaya menunjukkan sikap kesungguhan dalam memperjuangkan agama Allah di Kota sendiri.Siapa yang akan menentang PAS jika pimpinannya ingin menjadikan Kelantan amnya dan Kota Bharu khasnya sebuah Bandaraya Bersih berkonsepkan Islamik yang bertaraf antarabangsa.Apa yang menyekat PAS dari menjadikan Kota Bharu sebuah Bandaraya yang benar-benar bersih?Atau pada kacamata Pemimpin PAS Kota Bharu sudah benar bersih?

Bandaraya Islam acuan PAS ini hanya indah khabar dari rupa.Ia tidak menggambarkan cara Islam yang sebenarnya didalam menuntut umatnya menjaga kebersihan.Susah sangat ke nak jadikan satu bandar itu BERSIH ? Apakah ianya lebih susah dari HUDUD ? Atau juga Hudud adalah Hukum Allah dan kebersihan pula bukan Hukum Allah atau yang dituntut di dalam Islam.Ambo rasa kalau benar perjuangan PAS ni nak pada Islam dah lama dah pemimpin PAS ni buat.Tapi disebabkan Umno-BN tiada niat dan tidak pernah menghalangnya dari melaksanakan Tuntutan Islam ini maka ianya tidak dipedulikan kerana tiada keuntungan kepada Politik sempit mereka.


Golongan Musyrikin pernah mempersoalkan dengan berkata: “Nabi kamu mengajar kamu semua perkara sehinggakan cara buang air?. Jawab Salman al-Farisi: “Ya! Baginda telah melarang kami mengadap kiblat ketika membuang air besar atau kecil, juga melarang kami berintinjak (membersih najis) dengan tangan kanan, melarang kami berinstinjak dengan kurang dari tiga ketul batu dan melarang berinstinjak dengan najis binatang dan tulang” (Riwayat Muslim). 


Kebersihan ni adalah keperluan seluruh makhluk terutamanya manusia tidak kira ISLAM atau BUKAN ISLAM.Dari segi dakwah untuk menarik minat bukan Islam kepada Islam juga adalah peluang besar.Jika mereka datang ke KOTA BHARU yang menjadi icon kepada ISLAMIC CITY dan mendapati ianya pada tahap yang sangat membanggakan dan seumur hidupnya tak pernah lagi jejak ke bandar yang Kebersihannya pada tahap kebersihan Kota Bharu Islamic City.Bukankah ianya akan menjadi buah mulut manusia seluruh dunia???
Disebalik Dakwah pendekatan kepada Islam,Ia juga merupakan sumber pelancongan yang akan membawa hasil kepada negeri Kelantan.Bila cakap pasal Bersih,orang akan terbayangkan bandar Kota Bharu dan tidak lagi terbayang kepada demontrasi.).Jika keadaan itu berlaku sudah pasti nama ISLAM yang dipimpin oleh Parti Islam akan membuatkan keyakinan masyarakat seluruhnya terhadap kepimpinan Islam lebih positif dan dipandang tinggi lantas secara langsung ISLAM akan diterima dengan baik tanpa sebarang alasan penolakkan.
Seringkali kita mendengar,Pemimpin,kawan,lawan dan masyarakat bercerita mengenai Negara Mat Saleh seperti United Kingdom akan keadaan negara tersebut yang bersih,Sungainya,Tandasnya dan juga persekitarannya,Jika mampu,apa kita tidak terlintas untuk melancong dan ingin melihat keadaanya dengan mata kepala kita sendiri?Begitu juga dengan Negara Matahari Terbit Jepun yang dikatakan rakyatnya mempunyai Disiplin yang cukup tinggi,Jika waktu bekerja tiada seorangpun rakyatnya di Coffie House untuk melepak sepertimana orang kita yang melepak di kedai kopi atau seumpamanya.Kerana sikap itu ditanam sebagai sikap tercela/terhina yang akan dikutuk oleh bangsanya sendiri.Hasilnya Jepun adalah salahsatu dari negara termaju dan berteknologi di dunia sepertimana yang kita ketahuinya sebelum ini.
Kerajaan Islam jangan hanya berbangga dengan pencapaian yang tidak mendatangkan untung kepada rakyat atau dengan kata lain pencapaian yang tidak boleh memberi manfaat kepada RAKYAT sekadar menjadi faedah umpan UNDI di pilihanraya untuk kekal dan menambah kuasa serta keuntungan kepada kroni semata-mata.Gimik LEMBU ini mesti dihentikan.Kerana Lembu angkat ekor sebab lembu mahu berak,Kita tak perlu angkat bakul sebab tiada apa yang kita nak letak.


Papan iklan bertulisan jawi tidak cukup untuk menjadikan Kota Bharu sebuah Bandaraya Islam,Jangan syok sendirilah wahai exco yang berkerajaan Islam.Tesco,Mc' Donalds,menggunakan signboard tulisan JAWI,Dari satu sudut ianya baik,Dari satu sudut yang lain apakah manfaatnya kepada rakyat?Apa boleh pergi makan ayam free di MC' D?Atau boleh ambil free barang dekat TESCO ?Syarikat Telekomunikasi,Syampu dsb juga menggunakan signboard tulisan JAWI.Apa dengan itu boleh menjadikan Kota Bharu adalah bandaraya Islam?Kalau anda kata boleh,Ambo terima,Tapi ambo terima sebagai Bandarayanya sahaja Islam,Sebahagian dari Rakyatnya ambo kena fikir dulu sekali lagi samada MUKMIN ataupun tidak.


Kalau model iklan Syarikat Syampu pakai tudung, itu tidak menjadikan Rakyat tidak berkelemumur.Tapi kalau Pemimpin(Yang setiap hari berbusuk mulut memperjuangkan Islam) menjadi MODEL yang BERIMAN ia pasti akan menjadikan rakyatnya juga akan beriman.Kalau ketam berjalan cara ketam,Tak mungkin ketam boleh ajar anaknya berjalan macam bangau.Kalau pemimpin suka memaki hamun,berburuk sangka,suka mengkafirkan,memurtadkan,beralasan,menggunakan ISLAM sebagai modal untuk cari makan yang tidak kena pada tempatnya,Tak mungkin Pemimpin boleh memimpin rakyatnya supaya tidak menjadi dari yang sedemikian.


Jika Pemimpin tidak bersungguh memulakannya siapa lagi ? Yang paling dibenci mengenai PEMIMPIN PAS adalah sikap MAKSUM mereka yang tak pernah salah dan sering menunding jari kepada orang lain termasuk musuh politiknya dan juga rakyat.Itukah kerja sebagai Wakil Rakyat dan juga EXCO ? Keadaan Bandar tidak terjaga,penempatan dan perniagaan yang bising,memudharatkan kesihatan tidak di sukukan.Jika kita lihat di Bandaraya Kuala Lumpur.Tidak ada satu pun perniagaan jenis bengkel yang memudharatkan kesihatan terletak didalam bandaraya tersebut.Menjaga kebersihan alam sekitar adalah sangat penting.Ia perlu diwujudkan bagi menanam sikap berdisiplin rakyat yang menunjukkan keperibadian seseorang.


Percayalah bahawa tidak susah pun nak jadikan sebuah bandar itu bersih sekiranya Pemimpin ikhlas dan pandai mentadbir mengikut kehendak Islam.Ambo fikir sebahagian dari caranya ialah:


1.) Memulakan kempen kebersihan di sekolah.Mendedahkan kepada pelajar tentang pentingnya kebersihan dan bagaimana cara untuk menjaga kebersihan.


2.) Melancarkan kempen mengenai tanggungjawab umat Islam mengenai Kebersihan.Hukumkan orang yang tidak menjaga kebersihan sepertimana menghukumkan orang yang menolak Islam.Kerana Kebersihan separuh daripada Iman.


3.) Mengeluarkan perintah/memo TEGAS kepada semua peniaga yang berkaitan Awam supaya menjaga Tandas Awam mereka dan surau supaya ianya senantiasa bersih pada tahap TERBAIK.


4.) Jadikan surau atau tandas awam Kerajaan Negeri sebagai model contoh untuk dilihat dan diikut oleh mereka yang terlibat.


5.) Sistem rangkaian Sms seperti DAPAT/Rakan Cop diwujudkan bagi menerima laporan awam akan masalah kebersihan yang diadukan serta tindakan dari kerajaan dalam masa 30 minit.Disini akan menunjukkan betapa seriusnya kerajaan dalam menanganinya.


6.) Kenali kawasan hitam yang sering menjadi tempat pembuangan sampah di luar tong sampah,Intip,tahan dan dakwa orang yang berkaitan serta masyarakat harus mencela perbuatan tersebut dengan sekeji-kejinya setelah kesedaran mengenai kebersihan difahamkan keseluruh pelusuk kawasan.


7.) Meletakkan syarat khas yang utama pada lesen perniagaan tentang kebersihan sepertimana syarat penggunaan tulisan Jawi pada papan iklan/sign board di premis perniagaan.


8.) Mengadakan gotong royong pada hujung minggu bagi membersihkan tempat awam seperti taman,kubur dan sebagainya.


9.) Mengenakan denda kepada pemilik tanah terbiar dikawasan bandar dan mengupah pekerja untuk membersihkannya.


10.) Pihak Berkuasa Tempatan perlu Mewujudkan/bekerjasama dengan Persatuan Sukarela  Alam Sekitar yang sediada bagi membersih dan memantau sungai-sungai,Tali air ,Paya dan seumpamanya supaya ia terus dilindungi dari pencemaran.
11.) Sentiasa meningkatkan kesedaran dikalangan masyarakat dan memberi info terkini akan keadaan kawasan,memuji serta menegur jika tahap kebersihan belum memuaskan.


12.) Vandalisme diletakkan sebagai Pengkhianat Agama,bangsa dan negara.memberi kesedaran Dimana tempatnya golongan pengkhianat ini di akhirat nanti.Kerana melakukan kerosakan harta awam yang boleh menyebabkan keberlakuan kesusahan,tragedi,kerugian dan sebagainya.Tangkap,Denda dan jika perlu gubal undang-undang untuk sebat pesalah ini dengan kekuatan sebatan mengikut tahap umur otaknya.


13.) Wakil dari PBT mesti turun padang meninjau dan berbincang dengan penduduk bagi perkara yang memberi halangan kepada kebersihan seperti tiada tong sampah atau kekerapan lori sampah mengangkut.


14.) Pastikan kenderaan/lori  yang mengangkut sampah diselenggara dengan baik.Perkara yang ambo pelik mengenai lori sampah adalah air sampah dari lori yang bercucuran diatas jalan serta mengeluarkan bau yang sangat harum lagi jijik.Tok Guru pun tak pandai pilih EXCO ke? Buat solat Istikharah dulu Tok Guru nak pilih Exco tu.Lantik Exco yang matanya tidak buta dan hidung,telinga serta mulutnya berfungsi dengan sempurna..


15.) Berdoa kepada Allah dan mengharapkan hanya kepada Allah.
Kotorkan tempat awam dilaknat sila Klik Dr.Asri