30 September 2011

FORBES-PEMINTA SEDEKAH YANG TERKAYA DIDUNIA

Belakang Parang jika di asah lagikan tajam...  
بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

PAS adalah sebuah Parti Islam yang terpesong dari 
landasan sebenar Agama Islam.Pas adalah parti yang 
akan merosakkan umat Islam dan Agama Islam.Lihat saja HUDUD,agak sakit mata jika melihat penghinaan keatas Hukum Allah ini.Yang mengusulkan HUDUD adalah Lebai Kelarah,Yang menghina pula si Jahil Tukil,Bagi yang alim dan warak mereka mengatakan belum sampai waktunya lagi,Hudud adalah Hukum yang cantik dan memerlukan masa yang cantik untuk melaksanakannya.Orang yang benar-benar alim tidak pernah menolak Hudud bahkan menyokong ia dilaksanakan diatas masa yang sesuai supaya tidak berlaku ketidakadilan.Pada zaman Saidina Umar dan beberapa sahabat yang lain mereka juga tidak sekadar fokus untuk melaksanakan Hukum Hudud semata-mata..Bukan bermakna menolak,Tetapi konsep membawa keadilan didalam Islam itu lebih penting dan bila segalanya adil,semua rakyat dapat menikmati kehidupan yang adil,segala hasil negara dibahagi secara adil,semua rakyat dapat makan,Lepas tu barulah kita bercakap pasal perlaksanaan Hukum Hudud.Ambo malas ulas panjang pasal Hudud ni,Kerana nampak sangat ianya dipergunakan untuk kepentingan politik...

Apa yang ambo ingin bawa kali ini ialah penyediaan keadaan untuk melaksanakan Hudud.Ambo ibaratkan negara kita belum mampu untuk melaksanakannya,Sebagaimana belum mampu rakyat untuk memiliki sebuah banglo dan Mercedes.Kalau bercakap jugak orang panggil cakap kosong atau angan-angan mat jenin.Apakah Hukum Hudud ini satu paksaan tidak kira masa dan keadaan wahai ulamak PAS?Islam tidak pernah zalim,Mustahil bagi Allah taala bersifat dengan ZALIM.Apa Ulamak Pas tidak belajar sirah Nabi.Adakah Rasulullah menggunapakai Hukum Hudud dimasa peperangan?Banyaklah kalau nak berhujah dan memberi dalil dan nas tentang Hudud ni.Namun begitu masa ini tidak sesuai untuk ambo bercakap mengenainya kerana ambo ingin mengemukan beberapa isu kejayaan pentadbiran kerajaan Pas di Kelantan.Takut pemimpin PAS tak nampak,jadi ambo nak suruh nampak.

DALIL,BUKTI,NAS DAN KANTA UNTUK MELIHAT FATWA IKUT SUKA SERTA BEBERAPA KEADAAN DI NEGERI PEMERINTAHAN KERAJAAN ISLAM.

1.) Nik Aziz menyokong larangan penggunaan pembesar suara di Negeri yang diterajui oleh DAP yaitu Pulau Pinang sedangkan larangan tersebut tidak dikuatkuasakan di Negeri Kelantan.Nik Aziz di petik sebagai berkata  "Di Kelantan mungkin tak apa, sebab sudah menjadi perkara biasa, namun sesetengah tempat mungkin tidak boleh dan keputusan itu perlu dihormati,"berita penuh Klik
Ketua Pengelola Unit Dakwah Halaqat, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan, Ustaz Abdullah Abdul Razak berkata, suasana masyarakat berbilang kaum perlu diambil kira apabila memperdengarkan bacaan al Quran secara kuat sebelum Subuh. 

BUKA MINDA : Yes itu adalah hukum yang sebenarnya,Tapi dilihat dari sudut yang lain ia menampakkan sokongan yang tunduk kepada DAP semata-mata.Masyarakat majmuk dibangkitkan dalam perkara ini,Berkaitan Hudud pula bagaimana?,Apakah setelah berkongsi kuasa dengan DAP nanti dan mentadbir negara untuk melaksanakan HUDUD akan dibangkitkan perkara yang sama sepertimana juga UMNO telah usulkan pada sebelumnya.Jika soal hukum yang melibatkan semua baik Islam atau bukan Islam,Sepatutnya tidak kira dimana saja ianya perlu dikuatkuasakan.Tidak timbulkah soal Bida'ah.?Atau takut kehilangan undi di Kelantan dan menyorok kebenaran itu bagi mengelak pertembungan dengan adat yang sudah menjadi ibadat.

Untuk apa kereta mewah ini wahai Pemimpin Islam?Perlukah BMW 7s or merc e240/s350?Tidaklah salah memakai kereta mewah sekiranya rakyat disekeliling itu tiada lagi yang miskin.Nabi tidak suruh PEWARISNYA pakai kereta mewah sedangkan rakyat nak makanpun susah.Jgn hanyut dengan Pemimpin yang bukan dikalangan pewaris Nabi .
Banyaknya Fulus,Dari mana datangnya dan kemana ia dibelanjakan.Apakah ini bukan disebut sebagai wang rakyat???Ini cari duit cara ISLAMIK...Derma,bukan bagi ya,tapi derma ikhlas.Bermacam cara cari duit ni.Takper asalkan Halal.Kutip lagi banyak-banyak.Sebab inilah cara Islam yang sebenarnya.Saidina Umar pun buat macam ni jugak ke?
2.) Kutipan Derma yang dilakukan oleh PAS dimana sahaja muka bumi di Malaysia ini agak-agaknya dah berapa BILLION ?Kutipan ini kita kira dari tahun 1990.Ambo rasa sudah mencecah Billion dah.Kemana wang itu? Memang bukan kerja ambo untuk persoalkan cara cari duit puak PAS ni.Tapi harus di ingat derma yang dikutip itu diomong sebagai derma untuk Fi Sabilillah.Atas dunia ni orang tak berkuasa nak audit,Tapi diakhirat nanti takkan terlepas walaupun 1sen.PAS mampu bina atau beli bangunan sendiri,Secara pukalnya PAS mampu untuk bergerak dengan lebih jauh lagi disebabkan hasil sumbangan rakyat miskin,kaya dan sederhana.
Perlukah Bangunan PAS GAH seperti ini,Contohnya di Pusat Tarbiyah PAS PUTIK di Peng Chepa,Seakan Istana Firaun,Dihiasi dengan Nur TNB yang melimpah ruah...Ini sebahagian kerja Jahiliyah moden.Pembaziran wang rakyat!!!Jika amalan Rasulullah,Pasti baginda mengutamakan rakyat yg miskin dari membina bangunan seperti ini.

Berapa banyak wang dibazirkan diatas perkara yang tidak kena pada tempatnya,Politik ni maknanya Tadbir,Rasulullah mentadbir Negara di Masjid.Tapi ya lah tidak sesuai dengan zaman sekarang.Kalau ya pun tidak sesuai takkanlah dibinanya bangunan setiap Parlimen.Mungkin inilah cara Islamik.












BUKA MINDA : Kutip derma dengan rakyat,Atas kepala pengutip derma dipakaikan kopiah,Di Malaysia kopiah adalah lambang kepada Islam.Keburukkannya sikap meminta-minta yang tak pernah cukup-cukup atau mampu untuk berdikari melabelkan sikap seorang muslim.Dahlah di kedai Mamak pun yang datang minta derma budak pakai kopiah jugak,Sedikit masa lagi masyarakat terutamanya bukan Islam akan lari bila tengok orang pakai kopiah,Untuk rakyat pandai disuruh berdikari dan jangan mengharap bantuan kerajaan semata-mata.Apakah Islam mengajar untuk meminta-minta sampai ke hari kiamat?Diminta dengan rakyat tidak kira miskin atau kaya,Pemimpin PAS sendiri bermewah,Pakai kereta besar,bini ramai,mesyuarat kat Hotel Eksklusif,Apa Pemimpin PAS tidak sedekahkan sebahagian besar hartanya pada jalan Allah.

3.)
“Pas yang dulu ditubuhkan konon untuk daulatkan negara Islam hingga apabila kita berpakat dengan MCA dan MIC, Pas label UMNO kafir dan sesat, parti itu haramkan kita sebab berpeluk dengan Tun Ling Lion Sik, sebab kita berpeluk dengan Datuk Seri Samy Vellu dan Tan Sri Lim Kheng Yaik.-Naib Presiden Umno..Terbalik habis segala kenyataan,Contohnya bila ada yang mengatakan tak boleh sokong PAS sebab bersekongkol dengan DAP, Pemimpin PAS akan jawab, UMNO bersekongkol  dengan MCA dan MIC macam mana,Seolah TokGuru PAS berkiblatkan UMNO.Apakah Islam lebih Umno dengan PAS.Sedangkan dahulu mengkafirkan Umno,menentang Umno adalah jihad,kerana umno tolak Hukum Hudud,Menyokong DAP adalah syahid ke macam mana?

BUKA MINDA : Itulah Politik PAS,Kalau kena pada pihak lawan haram hukumnya,kalau dia sendiri buat halal je.Pemikiran dan politik PAS sangat sempit dan menyempitkan.Menghukum sesuka hatinya demi Politik.Apa sebenarnya masalah PAS?Jahil agama atau Jual agama?Apa PAS ni tiada maruah sehingga nak membandingkan dengan UMNO yang dikenali dengan jahil dalam agama,walhal Umno tidak sanggup mengguna agama demi mengaut keuntungan politik.Kalau pemimpin PAS salah guna wang rakyat contohnya,Mereka akan bandingkan Pemimpin UMNO lagi banyak salah guna wang rakyat.Apakah Islam nak tahu sedikit atau banyak?Atau juga buat atau tidak buat?Atau sedikit masa lagi Fatwa PAS akan berbunyi Halal ambil wang rakyat kalau sedikit,Yang haramnya kalau ambil banyak?Ini tidak mustahil langsung untuk terjadi.Jika kita lihat dalam konteks penghayatan secara ilmiah,Dapat dilihat bahawa Pemimpin PAS seolah menganggap ISLAM ini miliknya sendiri dan ALLAH pula seakan redha dengan apa saja perbuatan atau fatwa yang dikeluarkan oleh Pemimpin PAS.

4.) Pasal pembinaan lebuhraya berTol yang dibangunkan oleh Umno sewaktu ketika dahulu,Apa kata pemimpin PAS.Memuji atau mengutuk?Kalau Pas memerintah semuanya diomong nak bagi free je.Tapi sekarang Fatwa pas berubah lagi tentang lebuhraya dan Tol.Sila klik.


Pas pun ada tuala cenderahati jugak ya!!!Untuk pilihanraya ke?Tuala tu bagus boleh buat lap macam2.Kalau Umno dia bagi kain pelikat jarang.xder class.Yg tu pula kemudahan awam tempat perhentian teksi atau tempat rakyat menunggu teksi?Yg datang tunggu teksi ni macam-macam orang,Yg pergi bangunan PAS tu hanyalah yang tertipu tipah sahaja.Mana lagi penting.Tu belum dikira kemudahan asas seperti air lagi...Apapun PAS lagi penting dari segalanya termasuk penciptanya.

BUKA MINDA : Dari aspek agama,ekonomi,pembangunan dan berkebajikkan Umno terkedepan jauh meninggalkan PAS.Jika sampai waktu PAS memerintah PAS akan lakukan sepertimana yang dilakukan oleh Umno pada hari ini.Jika memerintah Negeri kegagalan kepada sesuatu akan dialasankan dengan Sultan.Andaikata Memerintah negara apa pula yang akan dialasankan.Mungkin juga YDP Agong ataupun kuasa besar dunia.Ambo rasa ramai sudah celik akan masalah ini.Apa yang dilakukan oleh Umno sekarang akan dilakukan oleh PAS,bahkan berkeadaan lebih teruk lagi kerana karung guni yang masih kosong dan kontang.

5.) Umno rasuah,salah guna wang rakyat,kronisme dan bermacam lagi jenayah politik,Sedangkan diomongnya Pemimpin PAS zuhud,Mementingkan rakyat dari kepentingan peribadi,Segala yang baik itu PAS dan yang buruk itu UMNO.Senang cerita.

BUKA MINDA : Apakah yang terjadi pada Pemimpin PAS hari ini.Lebih dasyat dari UMNO atau lebih zuhud dari Umar abdul Aziz.Islam tahap manakah yang ada dalam diri Pemimpin PAS.Sepatutnya PAS perlu berterima kasih diatas jenayah politik Umno itu kerana sekurang-kurangnya Umno tidak menyerang kembali PAS kerana takut pekungnya juga akan terbongkar.Umno mempunyai banyak ruang untuk menyerang, Dengan kesalahan Pepimpin PAS,Dengan kuasa dan juga pengaruh yang Umno ada pasti Pemimpin Pas tidak akan terlepas jika Umno benar-benar ingin menggulingkan PAS.Memang benar ALLAH yang berkuasa,Tapi kalau cari penyakit pi baring atas rail keretapi dan digilis adat kata macam mana agaknya.Renungkanlah wahai pemimpin PAS.Bersambung......

29 September 2011

HUDUD DAN PAS TIDAK SELARI

Belakang Parang jika di asah lagikan tajam... بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

PAS YANG TERSESAT

Pas nak laksanakan HUDUD?Omongan kosong dan Penipuan berzaman,Ia hanyalah sekadar retorik untuk pengekalan relevan Parti Pas di Malaysia.Jika ia tidak menjadikan Hudud sebagai omongan apa lagi yang nak diperjuangkan...Cukup meloyakan Politik seperti ini.Ambo dulu menghentam Umno habis-habisan bukan kerana namanya Umno.Tapi kerana kerakusan segelintir pemimpnya.Nasib baik ditunjukkan jalan yang benar akan kejadaan sebenar oleh Allah Taala.
PAS sebuah PARTI...PAS bukan AGAMA...PAS adalah pilihan alternatif orang melayu yang tidak sanggup bersekongkol dengan amalan songsang Umno.Pas juga pilihan untuk melihat sebuah negara Islam berpaksi di bumi Malaysia.Tapi ia tidak akan berlaku selagimana sebahagian yang ada dalam kepimpinan PAS bernama sekian-sekian orang yang bersifat lebih dasyat dari pimpinan Umno.Tidak mustahil rakyat akan terus dibutakan dengan topeng Islam itu.

Pas bukan berdasarkan Islam seperti mana yang anda semua bayangi.Dari pelbagai aspek ambo lihat PAS tidak ubah seperti puak pelampau agama untuk kepentingan sendiri.Islam sanggup dijualnya demi untuk memerintah.Sangat inginkan kuasa,Ishhh bukan begini caranya pemimpin Islam yang ikhlas dan benar hendak memartabatkan Islam.Nak main politik setinggi mana sangat bijaknya.?Ambo nak tahu jugak staghomana hebat politik PAS ni jika cuba nak kaburkan atau nak selindungkan kejahatan yang sangat terang dan nak dialasankan sebagai politik untuk menjatuhkan lawan.
Ambo nak tengok PAS tersungkur di bumi Kelantan ini,Harus diingat satu ketika dahulu PAS hanya berbeza satu kerusi sahaja dengan Umno di Kelantan.PAS bukanlah hebat,Tapi Pemimpin Umno Kelantan sahaja yang tak berapa cerdik.Strategi yang diatur tidak menjadi kerana Umno Kelantan sudah buruk dalam sampai ke usus.Semoga PRU13 ini diturunkan calon-calon hok cerdik-cerdik,ni kecek pun tok buttir,duk bunyi dale tekok,Nak bahas guano...

Ambo bukan apa benci sangat tu sebab menggunakan agama Islam dengan cara yang tidak betul,Kalau Umno pau duit rakyat ambo maroh,Tapi ambo lebih maroh kalau orang pau agama ambo Islam.Wang boleh dicari,Tapi kerusakkan dalam agama sukar untuk dibaiki dan akan menyebabkan kesesatan kepada setiap generasi yang menjerumuskan diri kedalam lembah neraka.Pas buat apa di Kelantan hampir 20 tahun memerintah,Berat sungguh,Tapi kalau Pemimpin benar-benar zuhud dan tak dok pitis sama macam rakyat jugak tak apo.Kito rakyat boleh sabar,Ada ikan kering kita makan ikan kering,ini tidak,puak demo kaya raya pah duk berlakon sesok.kijoan jahat sungguh,Demo main juta-juta,Duk joget lagi,menikoh 3,4.Berat lagu ni.
Nak Islam macam mana Pas weh,Ambo tidak yakin  dengan kepimpinan Pas yang ada sekarang.Pembohong dan memutarbelitkan isu.Tidak ikhlas untuk memperjuangkan Islam dan nasib rakyat.Sebaliknya mementingkan politik lebih dari segala-galanya demi kepentingan peribadi,keluarga dan kroni.Jika itu berlaku Apa bezanya PAS dan UMNO???

Cuma ingin ambo ingatkan pernyataan ambo ini tidak menggambarkan keseluruhan kepimpinan Pas yang ada..Akan tetapi sebahagian besar darinya adalah dikalangan yang mementingkan politik lebih dari agama dan rakyat..Tibalah masanya rakyat Kelantan terutamanya menghukum pemimpin yang sedemikian supaya memberi peringatan kepada yang lain.
Rakyat Kelate adalah dikalangan rakyat yang cerdik dan bijak,Cuma sedikit terpengaruh dan mudah kesiankan orang sehingga setia dengan PAS.Tapi tidak untuk kali ini.Kerana semakin bermaharajalela dan rakus dengan membelakangkan rakyat dan mengutamakan kepentingan puaknya sahaja.Kito ore kelate kena cerdik sesuai dengan baka kito.Jangan terpedaya lagi dengan pelawok pemimpin PAS.

Sekarang ini ambo tidak dapat untuk mengemukakan bukti dan memberi gambaran yang jelas berbentuk material  kepada pembaca semua.Cukup sekadar hujah sahaja.Ini disebabkan kewangan yang terhad kerana ambo merupakan blogger persendirian tanpa bantuan kewangan dari mana-mana pihak.Untuk ambo pergi lebih jauh lagi adalah sangat terbatas.Insyaallah ambo sangat yakin dengan perjuangan yang ikhlas ini akan diberi kemudahan oleh Allah taala.
Ambo tidak akan berjuang dengan menimbulkan isu berbentuk FITNAH.Biarlah tidak hebat pun tidak apa.Ambo hanya inginkan kebenaran sahaja.Jika logik akal mengatakan Fitnah maka ambo tidak akan bersekongkol sama sekali.Usah juga pembaca ingin berdalih dengan isu UMNO-BN.Umno dia punya pasal,sebab dia tidak pakai semutar dan jubah,Islam juga tidak rosak kerana Umno tidak mengguna nama Islam di atas dasar perjuangan mereka.Yang menjadi masalah kita umat Islam adalah mereka yang menggunakan nama Islam tetapi lari jauh dengan perjuangan Islam yang sebenarnya.

28 September 2011

PAS SUDAH TERLALU KACAU

Belakang Parang jika di asah lagikan tajam...

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Apakah PAS itu ISLAM dan ISLAM itu PAS.?Andainya Pas telah buruk atau melakukan perkara yang tidak betul adakah kita masih lagi hendak menyokongnya?Jika menolak PAS tidak Islamkah seseorang itu?Hukum mana pakai?Jangan buat Islam ni rosak kerana kepentingan politik,Nanti rakyat semakin muak dan menyampah kerana terlalu banyak percanggahan kenyataan pemimpin diantara mereka mengenai dasar perjuangan yang dibawa oleh parti yang kononnya memperjuangkan Islam.Klip video dibawah adalah jawapan tentang hukum sebenar mengenainya.Dinasihatkan Pemimpin dan Penyokong tegar PAS supaya tidak menggunakan Islam sesuka hati dan mengaitkan ia dengan kekotoran yang ada dalam Parti sehingga menjejaskan imej Islam.

Zaman telah berubah,Generasi bersilih ganti,Ideologi karut menggunakan Islam adalah tidak relevan lagi bahkan lebih memudharatkan Islam andaikata perkara ini masih berterusan.Jika ya pun kita inginkan sesuatu pembawaan yang baru atau bersifat lain dari yang lain janganlah kita jadikan agama sebagai barangnya.Dasar berkebajikkan itu sangat tepat sekali dan usahlah membangkitkan lagi isu Agama sebagai modal berpolitik.

Akidah umat Islam mesti diperbetulkan semula dan penyokong tegar PAS wajib bertaubat termasuk ambo kerana menuduh UMNO seperti kafir akibat terpengaruh dengan dakyah sesat sebahagian dari pemimpin PAS dan sebahagiannya lagi tidak menyekat perkara/tuduhan ini dari terus berlaku.Tentanglah UMNO tanpa Hudud atau mengaitkan ia dengan agama jika perkara itu tidak jelas ataupun khilaf..Lagipun pemimpin PAS ni pun bukannya dikalangan orang yang baik-baik ataupun juga Ulamak yang adil.Hanya yang celik sahaja dapat mengatasi segala yang batil yang telah digerakkan untuk diperlihatkan oleh tuhan yang esa.
Mengambil pendapat beberapa orang ulamak serta kajian ambo dalil mengenai kebenaran perjuangan Parti Pas yang kononnya memperjuangkan Islam adalah bercanggah sama sekali dengan perjuangan Islam yang sebenarnya.Oleh kerana itu kita dapat melihat hanya seorang sahaja Ulamak Veteran yaitu TGNA didalam kepimpinan PAS.Sedangkan ramai lagi Ulamak,Tok Guru pondok diluar sana tidak menyertai Barisan kepimpinan PAS.Sekiranya benar PAS memperjuangkan Islam sudah pastilah Tok Guru-TokGuru pondok bersama dalam Jemaah Kepimpinan PAS.
Mereka hanya menyokong PAS dari jauh sahaja disebabkan mereka berfahaman PAS sedikit lebih dekat dengan Islam tanpa mereka mengetahui perjuangan PAS yang sebenarnya lagi,Telah banyak percanggahan pendapat yang menghalalkan cara demi mencapai matlamat.Seperti juga orang kafir membaca Al-Quran,Bila ditanya bagaimana sekiranya tersalah tafsir,TGNA menjawab "Itu dia punya pasal"Tidakkah terfikir kita sekiranya diberi ruang sedemikian rupa seolah-olah Islam semakin hari semakin diperlekehkan,Seakan Islam barang murah yang boleh dipersenda mainkan.Tidak salah untuk orang kafir nak baca atau terjemah Al-Quran tapi hendaklah ia diajar dengan betul dan fasih menyebut ayat suci Al-Quran.Ingatlah sesuatu perkara besar itu terhasil dari perkara yang kecil.Sepatutnya pada pandangan ambo,

Pemimpin PAS hendaklah menerangkan kepada Pemimpin sekutunya DAP bahawasanya Al-Quran adalah kitab Suci umat Islam yang sangat mulia dan letaknya sentiasa diatas.Dijunjung dan dicium kerana itulah puncanya pengambilan hukum tentang cara hidup seharian umat Islam.Jika hendak baca bukan tak boleh,Tapi biar ada keuntungan kepada Islam,Baca biar tertib serta terjemahan yang betul supaya Umat Islam sendiri merasa bangga dengan penggunaan itu.Jika bacaan cincai/telo seperti boleh main-main dan tiada penghormatan langsung kepada ayat Suci Al-Quran.

Maka sedikit masa lagi dapatlah kita lihat munculnya pelbagai bentuk macam penggunaan berkaitan Islam dan tidak kena pada tempatnya sekaligus akan menghina Islam itu sendiri.Kadang-kadang penggunaan itu tidak disengajakan,Tetapi disebabkan perkara contoh yang beginilah menyebabkan terjadinya penghinaan tersebut.Maksud ambo,Jika berkawan, kita sendiri  tidak menghormati kawan kita,maka kawan kita yang lain juga tidak akan menghormatinya.Tetapi jika kita menghormati seolah kita mengatakan kawan kita ini orang hebat,bijak dan kenamaan secara langsung ianya akan dihormati oleh kawan kita yang lain.

Kejatuhan Syarikat,Individu,Agama,Parti bukannya disebabkan oleh orang luar,Tetapi hendaklah diketahui bahawasanya kejatuhan itu disebabkan orang dalam yang banyak mengetahui rahsia,kelemahan,cincai dan tidak menghormati institusi tersebut menyebabkan ianya terdedah kepada kemusnahan.Jika melibatkan Parti dan Agama,Agama lebih penting dari segalanya.Agama yang perlu diselamatkan dari dijadikan umpan untuk kepentingan politik semata-mata.Klip video dibawah mempunyai kata-kata untuk kita renung dan berfikir...

Kesimpulannya sedarlah kita semua bahawa kita telah terlanjur didalam perjuangan yang akan menyebabkan kita dan generasi hadapan akan menerima musibah angkara kepimpinan yang ada dan cara pembangkang yang mementingkan karier bukannya ikhlas memperjuangkan nasib rakyat.Bahkan jika Pemerintahan Umno-Bn tumbang dan digantikan dengan PR ambo yakin malapetaka lebih dasyat lagi akan berlaku yang memudharatkan umat Islam terutamanya.Kerana bukti yang berlaku dengan pemerintahan PR pada hari ini dengan memerintah negeri terbukti untuk dijadikan pengajaran kepada orang-orang yang beriman.

Sebelum dapat semuanya manis,semuanya baik dan dijanjikan dengan emas dan permata,bila sudah dapat akan timbullah pelbagai alasan-alasan jahat yang hanya membodohkan rakyat yang buta dibutakan.Apapun terpulang kepada anda,Kerana bukannya ambo memberi pandangan untuk menyokong Umno-Bn tetapi melihat kepada kita semua berpolitik secara bijak dengan menundukkan pemimpin kepada rakyat bukannya Pemimpin rakus membaham hasil bumi negara.Cara kita itulah yang akan membuatkan Pemimpin itu insaf dan sedar hakikat menjadi seorang pemimpin bukannya mengampu dan menjadi kroni untuk kepentingan sendiri.


Jika mengampu cara kita itu maka jahanamlah negara dan diakhirat pula tuhan akan tentukan dimana tempat kita...Kita sebagai rakyat Tidak perlu nak belajar politik ni tinggi-tinggi sangat,Kerana masa akan membataskan kita untuk memahami dan mengesan tipudaya susunan kata yang hanya menggambarkan kesalahan orang lain tanpa menghayati masalah sebenar.Oleh itu cukup saja kita melihat perkara asas yang ada di depan mata yang tiada kaitan dengan perlembagaan atau apa saja yang nak didogengkan..
Lihatlah saja bukti yang ada didepan mata tanpa rasa TAKSUB dan menipu diri sendiri.Benci kita kepada UMNO bukan kerana Namanya itu UMNO,Tetapi kerana sikap pemimpinnya yang dianggap rakus.Tapi lupa untuk kita berfikir kerana apa Umno jadi seperti itu?Kerana apa lagi kalau bukan kerana si pengampu!!!Pengampu inilah sepatutnya mesti dihukum dan dihapuskan serta dilenyapkan dari muka bumi ini.....

26 September 2011

THE BOKBONG 3.0 RETURN KICK VERSION

Belakang Parang jika di asah lagikan tajam...


YB MANAKAH INI? BIASANYA JUTA-JUTA NI UMNO.TAPI VERSI KALI INI MASIH DALAM PENANTIAN.










Cerita lanjut mengenai BokBong sila klik

HUDUD DAN PERLAKSANAAN SEKADAR RETORIK

Belakang Parang jika di asah lagikan tajam... 

HUDUD DAN PERLAKSANAAN SEKADAR RETORIK

  بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Terlebih dahulu fahami maksud MENOLAK dan MENANGGUH.....
Pegangan akidah dan prinsip mengenai Hukum Hudud ini perlu diperbetulkan.Ambo percaya tiada seorangpun umat Islam yang berprasangka bahawa Hukum Hudud ni tidak baik atau menaruh syak yang buruk mengenainya..Kerana apa saja yang datangnya dari Allah,Yang Allah perintahkan yang terkandung didalam Al-Quran dan Hadis dari Rasulullah semuanya adalah benar dan tiada SEZARAH SANGSI mengenainya.Cuma perlaksanaannya sahaja belum sesuai diatas sebab-sebab yang seperti dinyatakan dibawah.
Sebagai contoh juga SOLAT adalah WAJIB ditunaikan mengikut rukunnya dan bila tiba waktunya.Tapi adakah sesuai jika berkeadaan uzur,musafir,dalam peperangan ataupun angakasawan di angkasa.Ianya tetap wajib tapi ada caranya tersendiri,Tidak wajib seperti kita tidak berkeadaan darurat.Islam tidak kejam ataupun  keras,ISLAM ada timbangrasa mengikut keadaan bukannya membuta tuli.,Tak boleh macam ni buat macam ni,Sebab yang nampak tidak cantiknya Islam sebabnya adalah orang yang membawa itu berkepentingan dan menjuruskan Islam kearah kehancuran dan kerosakkan akidah umat Islam itu sendiri.

Hudud datang kembali dengan bermusim dan bersiri,Hudud telah diklasifikasikan sebagai bahan politik kerana ianya bermusim dan tidak bersungguh untuk melaksanakannya seperti mana bersungguh membuat perhimpunan BERSIH 2.0..Apa yang ambo nak bangkitkan ialah Bagaimana nanti dengan keadaan negara yang masih belum sesuai untuk menjalankan Hukum Hudud tetapi setelah dilaksanakan juga ianya GAGAL.Tidak mustahil perkara itu boleh berlaku.Ia adalah ujian Allah kepada hambanya.Tetapi jika kita kuat imannya tidak apalah,Bagaimana dengan segolongan orang yang tidak kuat imannya?Bila berlaku kurangnya kepercayaan kita terhadap agama dan berlaku murtad,kita pun pancung,Adakah ianya menyelesaikan masalah,Kalau yang jenis duk pendam macam mana?Bukankah ia semakin merosakkan akidah umat Islam.

Allah maha mengetahui.Allah suruh kita buat,Apa kita tidak percaya dengan janji Allah?Tak percaya kafir,Jelas didalam Al-Quran menyebut barangsiapa yang menolak hukum Allah menjadi kafir..Itulah sentiasa yang dibawa kemana saja ceramah PAS yang menyebabkan orang kampung berasa takut dan gerun untuk menolak PAS.

Pernah satu ketika dahulu zaman kanak-kanak, orang tua ambo marah letak gambar Nik Aziz merata-rata,Katanya Nik Aziz adalah orang alim. (bersifat keramat),Menurut cerita yang ambo dengar Ketika gambar Nik Aziz ditampal di sebatang pokok ada orang khianat pada gambarnya dengan menjolok bijik matanya lalu bijik mata orang yang menjolok itu buta dengan tiba-tiba.Cerita ini boleh dikatakan popular juga, ketika itu slogan PAS ialah  "TAK DOK SEBAB DEMO NOK LAWE KAWE".Perkara macam ni lah yang ditanam dalam jiwa rakyat Kelantan sehingga takut kepada Nik Aziz lebih pada takutkan Allah.Bukan ambo tidak menghormati Nik Aziz,Tapi ambo menghormati ALLAH lebih dari menghormati makhluk.

Walaubagaimanapun apa yang ambo nak bawa disini ialah beberapa contoh yang kita umat Islam ni tak reti termasuk ambo jugok.Tak reti atas sebab minda kita terlalu dimomokkan dengan perkara yang tidak sahih dan tokok tambah yang melampau-lampau.Ambo kritikik PAS tidak bererti ambo menyokong UMNO.Ambo krtitik diatas sebab agama Islam yang ambo nampak sudah diseleweng dan dibuat barang permainan untuk kepentingan dan jauh lari dari dakwah Rasulullah.Mungkin ada yang tanya,apakah cara ambo ini dakwah Rasulullah,Ohh ambo katakan tidak,jauh ibarat langit dan bumi,kemuliaan Rasulullah tak perlu dipertikaikan,Ambo juga bukan seorang Ulamak.Hanya Blogger cabut yang merasakan berkewajipan mengambil tempat didalam politik kerana kemashalatan umat yang nyata di permainkan dalam bentuk kepuakkan/assobiyah.

Agama dan politik adalah sangat mudah dan tidak perlu kita meng-Eksklusifkannya.Memetik kata-kata Dr Asri "Jika Islam ini payah dan bersifat Eksklusif maka tidak Islamlah orang arab Badwi dimasa dahulu,Kerana Islam ini wajib difahami oleh semua golongan samada yang profesional ataupun bukan.Kalau payah macammana orang nak faham".Oleh sebab itu masyarakat meWahabbikannya.Terpulanglah kepada anda bagaimana anda mengetahui Ciri-ciri Islam yang sebenarnya.

Berbalik semula cerita ambo pasal HUKUM HUDUD.Hukum Hudud adalah Hukum dari Allah Taala yang cuba dipolitikkan oleh Parti Politik yang ingin mengambil tempat sebagai platform untuk memperjuangkan Islam kononnya.Janji Allah adalah benar,Memang benar dan tiada siapa yang boleh menafikannya.Nafikan memang ianya akan Kafir....Sekali lagi ambo jelaskan ambo tidak sekali-kali menolak apa-apa hukum yang datang dari Allah taala.Walaubagaimana sekalipun atau apa-apa sahaja jika datang dari agama Allah WAJIB kita percaya.

Tetapi janji Allah itu hendaklah kita lihat didalam banyak segi,Pertama Fahaman tafsiran ,Ujian,keadaan,individu dan sebagainya.Kita ajar dulu umat Islam biar betul-betul reti akidahnya mengenai Islam,Bukannya kita yakin bodoh/yakin sembarangan dengan berkepentingan.<Terpaksa digunakan perkataan ini<..Kalau laksanakan Hukum Hudud tetapi tak selesai juga masalah macam mana?Serah kepada Allah Taala ke???Berserah pun biar kena cara dia.Ajal kita Allah yang tentukan,Tapi adat kata kalau kita pergi duduk atas rail keretapi dan dilanggar apakah kita masih HIDUP?Adat kata kita mesti MATI.Jika tidak ia adalah keajaiban yang Allah nak tunjuk itu je.Bukan payah pun nak faham..

Anak baru je lahir kita nak suruh solat dah,sebab hukum Allah,Bolehke?Ugama pun tak suruh kita buat macamtu?Sebab apa?Sebab budak tak reti lagi..Suruh macam manapun tapi dah tak reti.Nak buat macammana?Cakap nak bunuh nak siksapun tapi bayi ni tak reti.Kena tunggu dia besar atau berusia 7tahun,Kena ajar dulu baru boleh suruh atau pukul sekadar yang mengingatkan...Hukuman belum pasti dapat mengajar seseorang itu menjadi seorang insan.Tetapi dakwah dan cara kita itu akan mengajar seorang insan menjadi insan...

Ketahuilah wahai sahabat-sahabat sekalian,Ingatkah kita di usia kanak-kanak dahulu ketika di Kampung bagaimana,?Walaupun IbuBapa kita seorang yang garang,Tak dengar cakap memang kena belasah,Kita juga tengok bagaimana abang atau kakak kita kena,Tapi itu tidak menjadikan kita seorang yang patuh pada ibubapa,Kalau ibubapa kita cakap jangan mandi baruh/paya/sungai nanti lemas,kalau pergi jugak kena rotan...berapa ramai diantara kita yang mendengar dan mengambil pakai arahan itu?.Ahh itu budak-budak mana boleh kira.Lagipun larangan ibubapa bukan Hukum Allah..Habis hukum siapa?Biarkan saja anak-anak nak buat apa sekalipun.Atau bagaimana?.Yang baik itu datangnya dari Allah dan yang buruk itu datangnya dari diri sendiri.macammana pula dengan ayat beradab dengan Allah yang selalu dilafazkan oleh Ustaz atau penceramah itu.

Contoh negara manakah dalam dunia ni yang telah menjalankan HUKUM HUDUD ini dan terbukti ianya terbaik dalam menangani jenayah???.Adakah Negaranya paling aman didunia?.Mungkin ada yang mengatakan ambo persenda Hukum Allah,Standardlah,Kalau sebelum buat keyakinannya dengan Hukum Allah mengatakan orang tak percaya,Bila sudah buat dan tidak berjaya dikatakan pula orang persenda..Maka episod ini tidak akan berakhir dengan jalan yang benar kecuali jalan yang sesat kerana KEPENTINGAN.Bukannya orang agama ni tak tahu situasi yang sebenar mengenai agama.Dia tahu.Tapi bila ada dengan sikap berkepentingan habis semua akan dirosakkannya..

Saudara semua,Cuba kita lihat kepada jenayah yang berlaku dalam negara kita yang telah dipertontonkan,Seperti peragut yang ada di youtube,Bagaimana ianya dibelasah,sampai teruk sekalipun ianya tetapi tidak diendahkan dan masih juga berlaku,Bukan soal itu bukan Hukum Allah,Tapi soalnya keimanan yang perlu ada dalam diri kita.Hukuman takkan boleh mengubah kita kecuali keimanan.Apa yang anda tahu tentang orang bersolat?Orang yang bersolat akan berkata benar,sebagai contohlahkan.Orang agama adalah orang yang baik atau orang yang mulia dan dimuliakan,Adakah seperti itu yang anda ketemui?Berapa ramai orang yang bersolat menipu?.Ini menunjukkan kita tak boleh sandarkan diatas sesuatu perkara pada agama dengan sewenang-wenangnya.Sila lihat klipvideo dibawah,Nak tepat lagi sila cari video yang belum disunting.Ambo tak sempat,Apa yang kita lihat adalah penipuan,katanya dilanggar oleh Land Rover Polis,Maksudnya Land Rover langgarlah,saya tak tahu yang langgar tu rupanya polis.Lebih kurang macam tu lah.Tapi yang berlaku adalah sebaliknya.


Dari segi contoh yang lain,Kadang-kadang kita melihat orang yang jelas baru lepas melakukan dosa tetapi meninggal dunia dihari yang baik iaitu hari jumaat.Orang yang alim pula tidak semestinya demikian..Itu contoh jika PAS nak kata takkan tak percaya dengan Hukum Allah,Allah Maha mengetahui,Allah tahu apa yang Allah suruh buat,Memanglah benar tapi seperti yang ambo kata perumpamaan dan pemahaman sedemikian tidak bertepatan dengan akidah yang sebenarnya.Allah Maha Pemurah,Kalau macam tu yakin Tak payah kerja duduk rumah jerlah,sedangkan yakin itu mesti berserta dengan usaha kita,Begitu jugak dengan Hukum Hudud,tanpa memberi pemahaman yang sejelasnya mengenai Islam tetiba sahaja dilaksanakan mana boleh?Takkan selesai masalah bahkan bertambah buruk lagi.Kerana apa?Kerana keadaan yang tidak kondusif,Keadaan yang tidak sesuai tidak boleh kita seolah nak menguji Tuhan..

Pas tak payahlah nak sibuk-sibuk tentang Hudud ni,Nampak sangat dah permainan Politik,Yang Umno tak nak yang tu dia asak nak buat,Kita kena fikir tu semua,kesan kepada seluruh umat Islam,yang perkara seperti tahlil,qunut,maulid Nabi pun dah bercanggah pendapat dah,Ini nak cari lagi masalah,Selesaikanlah setajuk-setajuk,Jangan dicelarukan lagi rakyat dengan isu-isu agama  yang khilaf ini sehingga menyebabkan perpecahan....Nabi pun orang cakap memecah belahkan juga kan.Nabi lain,Mukjizat serta kemuliaan yang ada pada Nabi tiada taranya untuk kita,Takkan kita nak kata Nabi Nuh tak pandai berdakwah kerana masa 900tahun hanya berapa puluh orang sahaja pengikut.Sedangkan kita pada hari ini berdakwah dengan menggunakan Facebook hanya beberapa tahun pun dah dapat beribu pengikut.Hebat kita lagikah dengan Nabi Nuh.?Sudah tentulah tidak...!Ini adalah gambaran yang jelas Allah tunjukkan untuk kita umat Nabi Muhammad berfikir.Walaupun Nabi sebagai utusan atau manusia yang dekat dengan Allah sekalipun tidak mudah untuk menyampaikan dakwah..

Yakin hati kita ini adalah mesti mengikut sesuatu perkara yang munasabah bukannya mengharapkan keajaban kurniaan Allah semata-mata,Kalau kita bagi contoh,Adakah pemimpin PAS tidak percaya pada Allah sehingga sanggup berkongsi kuasa dengan DAP,?Begitu juga jawatan Menteri Besar,Andaikata TGNA tidak menyandang jawatan sebagai MB adakah TGNA tak yakin Ulamak seperti TGNA tidak dipatuhi segala arahan TGNA kepada kepimpinan PAS yang ada sekarang...Agak-agaklah sekiranya TGNA tidak menyandang Jawatan MB apakah anak buah TGNA sekarang ini akan mengikut segala perintah seppertimana beliau memegang jawatan MB.TGNA mesti kena yakin dengan ALLAH,bukan dengan jawatan MB,kerana kita nak buat kerja dakwah yang Allah perintah yakin jerlah dengan Allah tanpa memegang jawatan.Boleh ke macam tu,Cuba anda bandingkan dengan mesti laksanakan Hudud sebelum penjelasan dan pemahaman kepada rakyat dibuat terlebih dahulu dengan hanya berpegang kepada yakin dengan perintah Allah,Allah Maha Mengetahui.Apakah itu akan mendatangkan kebaikkan.
Sepertimana juga Alim dan Abid adalah dua keadaan yang berbeza,Jika abid tanpa alim tiada gunanya begitu juga sebaliknya,Sesuatu ibadah itu mestilah berserta dengan ilmu pengetahuan,Kuat ibadat tanpa ilmu ibarat senaman diwaktu pagi sahaja.Ujian Allah pada hambanya kadang-kadang hampir sama sifatnya berbeza hanya keadaanya sahaja.Ujian Allah kepada orang-orang agama lagilah dasyat,bermacam dugaan mesti ditempuhi,Walauapa jua dan bagaimana keadaan sekalipun kita mesti yakin pada Allah taala bukan dengan mengharapkan keajaiban semata-mata.Ketika kita dalam keadaan susahlah kita akan banyak belajar mengenai agama,semakin kita belajar semakin luas pengetahuan kita untuk menjadi bekalan hidup didunia dan diakhirat.Ambo rasa Pemimpin PAS kuat sangat main politik sehingga habis benda nak dipolitikkan.Bila bertemu susah nanti barulah ia akan dekat semula dengan Allah dan belajar daripada kesusahan dengan Ujian yang Allah berikan.
Untuk pengetahuan anda semua maksud dan perbandingan yang ambo bagi itu sebagai pemahaman untuk berkeyakinan kepada Allah taala,dan memahami bukan semua perkara yang kita minta atau harapkan itu dengan keyakinan sekalipun tidak semestinya Allah kurniakan  kepada kita serta merta..Kita hanyalah kuli/hamba kepada Allah.Jangan kita nak sangka kita ikhlas,jujur dan benar-benar yakin dah hati kita ni maka Allah akan terus bagi pada kita apa yang kita harapkan,kadang-kadang semakin sulit lagi kerana Allah nak uji tahap iman kita itu.Hari ni tak dapat mungkin esok,tak dapat didunia akhirat ada lagi.Semuanya diatas kekuasaan Allah Taala.Allah yang Maha Mengetahui.

Jika kita beranggapan keyakinan itu pasti kita dapati apa yang kita hajati,hancuslah kita...Kalau macam tu Maknanya DSAI betul lah perlakuannya pada Saiful.Kerana Saiful bersumpah dan dalam tempoh sudah lebih setahun tiada nampak bala atau laknat lagi padanya,bahkan sihat walafiat.Apakah itu menandakan kebenaran kepada Saiful..Tidak semestinya bukan?Bagi orang yang reti tak apa,Tapi bagi yang tak reti akan memikirkan macam-macamlah, Siapa suruh tak reti,Allah bagi mata suruh melihat,telinga mendengar,Itulah jawapan yang biasa kita dengar,Itu bukanlah jawapan berdakwah dan mengajak umat untuk bersama dalam melakukan kebaikkan.Habistu tak yakin dengan Allah ke.Kita mesti kuat akidah kita,

Awalludin Ma'rifatullah,Awal-awal dalam agama adalah mengenal Allah,Lahirnya kita di Azankan dengan kalimah Lailahaillallah akhirnya mati kita juga dengan mengucap kalimah Lailahaillallah..Tauhid kita kepada Allah mestilah kuat supaya tidak terhakis dengan Dakyah-dakyah yang boleh menyesatkan.Kita tidak hebat,kita tidak besar,Kita ni Hamba saja,Allah Yang Maha Berkuasa,Allah Yang Menentukan Segalanya. Buatlah apa sekalipun tapi hati kita wajib beriktikad dan berkeyakinan kepada Allah,Buat dosa besar pun boleh bertaubat,Tapi jika Syirik/menyekutukan Allah dengan benda lain,maknanya ada benda lain yang lebih hebat,lebih segalanya selain dari Allah maka itu akan jatuh Kafir dan tidak terampun dosanya kecuali dengan bertaubat dan mengucap dua kalimah syahadah.

Ambo rasa seeloknya Parti yang membawa dasar ISLAM ini memperjuangkan ISLAM dengan mengajar umat supaya mengenal Allah,Bukannya menghukum dengan Hukum Allah.Bagi rakyat kenal Allah dulu lepastu baru laksanakan Hukum Allah,Cukuplah digerunkan rakyat dengan sesiapa yang menolak hukum Allah adalah kafir,Tak payah rungsinglah tak kafir,Bukan tolakpun,tapi kiv dulu.Aik boleh kiv ke,jahil sungguh,Itulah ya...Allah Maha Mengetahui,Lihatlah apa yang didahulukan didalam Islam,Apakah ada dalam 5perkara didalam rukun Islam menyebut melaksanakan Hukum Hudud.Sudah pasti tiada.Kenapa tiada dan tidak didahulukan,

PAS saja yang mendahulukan ia lebih daripada apa yang ada dalam Rukun Islam.1)Mengucap,2)Menunaikan Solat 5 waktu sehari semalam,3) Berpuasa dibulan Ramadhan, 4) Mengeluarkan zakat dan 5) Menunaikan Haji bagi yang mampu.


Kalau bukan kerana Politik, Rukun ini mesti dipastikan ianya difahami dan dilakukan oleh rakyat,Tapi saja cari yang lain dari Umno buat..Macam biasalah mesti ada soalan atau tohmahankan.Kalau Hukum Hudud tu takder dalam Rukun Islam,Bersunat/berkhatan tu ada ke takder dalam rukun Islam,Mesti jawab takder kan,Habistu kenapa berkhatan?..Hah sudah nak jawab macam mana ni?Pendapat ambo perkara yang didahulukan dan yang dikemudiankan.Itulah Asas utama dalam Islam. 5perkara yang WAJIB didahulukan,Soal sunat atau khatan boleh KIV/tangguh dulu,Nak bersunat masa umur berapa pun tak apa mengikut kesesuaian,Umur 6tahun ke,12,tahun ke,nak kahwin baru nak bersunat ke,tak apa,asalkan menjaga kebersihannya...

Dengan panjang lebar penjelasan ambo ini semoga dapat membantu sahabat semua jika ada yang ragu-ragu mengenai permasalahan ini.Selanjutnya mengenai pemahaman eloklah terus berguru dengan mana-mana Ustaz yang tidak berkepentingan supaya ia akan menghukum dengan adil mengikut kehendak Islam yang sebenarnya.Ini mengenai hukum dan ambo anggap ianya selesai untuk ambo dengan pendapat dan tauhid kepada yang esa.Apa yang ambo nak sambung seterusnya mengenai sejauhmana kesungguhan PAS dengan ISLAM.Usaha untuk memartabatkan Islam yang benar ke fahaman rakyat supaya rakyat lebih beretika dan menjadi contoh kepada negeri-negeri lain.

Berubahlah wahai Pemimpin-Pemimpin yang diamanahkan membela dan menjaga kebajikan rakyat,Rakyat akan terima kamu  dengan hakikat kamu tidak maksum,Akan tetapi Rakyat yang melihat tidak akan menerima kamu dengan semua keadaan yang betul dan memihak kepada kamu tanpa sebarang salah.

25 September 2011

ANTARA KERAJAAN ISLAM 2 1/2 UMAR ABD AZIZ DAN 22 TAHUN NIK ABD AZIZ

Belakang Parang jika di asah lagikan tajam...

ANTARA KERAJAAN ISLAM 2 1/2 UMAR ABD AZIZ DAN 22 TAHUN NIK ABD AZIZ

Kerajaan Umno tidak perlu dibandingkan dengan Kerajaan Islam.Ini kerana ianya telah dillabelkan standard FIRAUN.Jadi kita akan bandingkan dengan FIRAUN sedikit masa lagi...Nanti kita lihat kerajaan FIRAUN dengan kerajaan UMNO mana lebih zalim dan kerajaan ISLAM PAS dengan kerajaan Islam Umar Abdul Aziz yang mana lebih ISLAMIK dan BERKEBAJIKAN....


DIANTARA RINGKASAN KETOKOHAN AMIRUL MUKMININ UMAR ABDUL AZIZ
Kepastian adalah bukan sekadar slogan tapi adalah perlaksanaan. 

- Beliau dilantik menjadi Khalifah selepas kematian Sulaiman bin Abdul Malik tetapi beliau tidak suka kepada pelantikan tersebut. Lalu beliau memerintahkan supaya memanggil orang ramai untuk mendirikan sembahyang. Selepas itu orang ramai mula berpusu-pusu pergi ke masjid. Apabila mereka semua telah berkumpul, beliau bangun menyampaikan ucapan. Lantas beliau mengucapkan puji-pujian kepada Allah dan berselawat kepada Nabi s.a.w kemudian beliau berkata: "Wahai sekalian umat manusia! Aku telah diuji untuk memegang tugas ini tanpa meminta pandangan daripada aku terlebih dahulu dan bukan juga permintaan daripada aku serta tidak dibincangkan bersama dengan umat Islam. Sekarang aku membatalkan baiah yang kamu berikan kepada aku dan pilihlah seorang Khalifah yang kamu reda. Tiba-tiba orang ramai serentak berkata: Kami telah memilih kamu wahai Amirul Mukminin dan kami juga reda kepada kamu. Oleh yang demikian perintahlah kami dengan kebaikan dan keberkatan. Lalu beliau berpesan kepada orang ramai supaya bertakwa, zuhud kepada kekayaan dunia dan mendorong mereka supaya cintakan akhirat kemudian beliau berkata pula kepada mereka: "Wahai sekalian umat manusia! Sesiapa yang taat kepada Allah, dia wajib ditaati dan sesiapa yang tidak taat kepada Allah, dia tidak wajib ditaati oleh sesiapapun. Wahai sekalian umat manusia! Taatlah kamu kepada aku selagi aku taat kepada Allah di dalam memimpin kamu dan sekiranya aku tidak taat kepada Allah, janganlah sesiapa mentaati aku". Setelah itu beliau turun dari mimbar.

- Menghapuskan cacian terhadap Saidina Ali b Abu Thalib dan keluarganya yang disebut dalam khutbah-khutbah Jumaat dan digantikan dengan beberapa potongan ayat suci al-Quran

-Merampas kembali harta-harta yang disalahgunakan oleh keluarga Khalifah dan mengembalikannya ke Baitulmal

-Memecat pegawai-pegawai yang tidak cekap, menyalahgunakan kuasa dan pegawai yang tidak layak yang dilantik atas pengaruh keluarga Khalifah (kronisme)

-Menghapuskan pegawai peribadi bagi Khalifah sebagaimana yang diamalkan oleh Khalifah terdahulu. Ini membolehkan beliau bebas bergaul dengan rakyat jelata tanpa sekatan tidak seperti khalifah dahulu yang mempunyai pengawal peribadi dan askar-askar yang mengawal istana yang menyebabkan rakyat sukar berjumpa.
-Mengambil berat tentang kebajikan rakyat miskin di mana beliau juga telah menaikkan gaji buruh sehingga ada yang menyamai gaji pegawai kerajaan.-

1- Umar Abdul Aziz adalah seorang bangsawan yang berbudi halus dan wara’. Walaupun dikelilingi dengan kekayaan dan kemewahan, beliau tidak hanyut dan leka. Beliau menjadi kegilaan anak gadis kerana ketampanannya, dan sering menjadi ikutan pemuda pada zaman itu. Sejak kecil lagi beliau didik dengan ilmu agama. Minat dan kecenderuangan beliau kepada ilmu, membawa beliau ke kota Madinah. Di sanalah beliau mempelajari dan mendalami ilmu agama dari tokoh-tokoh Islam zaman itu. Semasa pemerintahan al-Walid ibn Abdul Aziz, beliau telah menjadi gabenor Madinah selama 7 tahun. Di sini beliau telah menunjukkan ciri-ciri seorang pemimpin Islam sejati.

2- Anas ibn Malik berkata: “Aku tidak pernah menjumpai Imam selepas Rasulullah s.a.w. yang menyerupai sembahyangnya seperti Rasulullah s.a.w. kecuali pemuda ini, Umar Abdul Aziz iaitu gabenor Madinah”

3- Sebaik saja dilantik sebagai khalifah, Umar Abdul Aziz terus membersihkan kerajaan dengan memecat gebenor dan pegawai yang kejam dan tidak adil. Hamba sahaya milik keluarga di raja juga telah dimerdekakan, semua barang kemas dan hadiah yang diterima beliau dan isterinya semasa pertabalan telah diserahkan semuanya kepada Baitul Mal. Istana pula telah dihias secara sederhana sahaja. Umar Abdul Aziz menganggap dirinya sebagai pengganti kepada datuknya iaitu khalifah Umar al-Khattab. Kerana itulah beliau digelar sebagai Umar II. Hidup beliau telah berubah sama sekali, kemewahan dan kemegahan telah ditanggalkan dan digantikan dengan kehidupan yang penuh zuhud dan kesederhanaan.

4- Dalam pentadbiran pula, Umar Abdul Aziz telah mengubah kerajaannya sehingga kebajikan rakyat menjadi matlamat utama. Sebelum Umar, perhatian negara hanya terhad kepada memungut hasil cukai dan pembangunan material tanpa memberi penumpuan kepada pembangunan rohani dan keagamaan. Sebaliknya, semasa pemerintahan beliau, sangat sukar untuk berjumpa dengan pengemis atau fakir miskin yang berhak menerima zakat. Pernah Yahya Ibn Sa’id meriwayatkan, Umar melantik beliau memungut zakat di Afrika, setelah selesai memungut zakat beliau mencari orang-orang yang berhajat kepada zakat, tatapi gagal bertemu seorang pun yang boleh diberi bantuan. Lalu beliau membeli beberapa orang hamba sahaya dan memerdekakan mereka bagi pihak kaum muslimin.

5-Pernah suatu ketika, Umar Abdul Aziz memerhatikan anak-anak perempuannya menutup mulut dengan tangan ketika berbual dengannya. Selepas menyiasat, beliau dapati hanya bawang dan kacang sahaja yang terdapat dirumahnya. Anak-anaknya berbuat demikian kerana takut menganggu beliau dengan bau bawang. Dengan berlinangan air mata beliau berkata: “Wahai anakkku adakah kamu inginkan makanan yang enak sedangkan ayahmu dihumban ke dalam neraka?”

6- Beliau adalah khalifah kepada sebuah empayar terbesar zaman itu, namun tidak mempunyai duit yang mencukupi untuk menunaikan haji. Sehinggalah sampai satu masa, beliau diberitahu khadamnya, duit untuk menunaikan haji telah mencukupi hasil dari pendapatannya sebagai khalifah. Akan tetapi Umar menjawab: “Kami telah mengambil manfaat harta ini sekelian lama. Sekarang orang Islam berhak menikmati hasilnya.” Kemudian beliau memasukkan semua hasil pendapatan itu ke dalam Baitul Mal.

7-Beliau adalah seorang yang zuhud dan sangat berhati-hati. Jika ada mana-mana pegawai dan ahli keluarga yang ingin menemuinya atas urusan peribadi, serta merta beliau memadamkan lilin yang dibekalkan kerajaan dan menggunakan lilinnya sendiri. Beliau tidak pernah mengguna air panas daripada dapur awam atau menghidu wangi-wangian milik Baitul Mal.

8- Pernah beliau lewat menghadiri solat Jumaat kerana terpaksa menunggu bajunya yang sehelai itu kering.


9- KEBAJIKAN RAKYAT MATLAMAT UTAMA-Dalam pentadbiran pula, Umar Abdul Aziz telah mengubah kerajaannya sehingga kebajikan rakyat menjadi matlamat utama

10-MENDAHULUKAN KEPENTINGAN AGAMA-mengutamakan prinsip, tuntutan moral dan kehendak agama daripada keuntungan politik yang berbentuk duniawi. Dengan keunggulan peribadi dan kehebatan kerajaan yang dipimpinnya, semakin ramai orang bukan Islam memeluk Islam.

11- MENINGKATKAN PERBINCANGAN TENTANG AGAMA perubahan yang lebih besar lagi dalam kerajaannya iaitu mangubah kecenderungan dan sikap rakyat jelata. tajuk-tajuk yang berkaitan dengan sembahyang, doa dan ibadah menjadi topik perbualan utama. Masing-masing bermuhasabah untuk meningkatkan nilai ibadah mereka.

12- Keimanan yang teguh, cinta dan takut kepada Allah s.w.t. dan keyakinan terhadap hari pembalasan menjadikan beliau seorang pemimpin agung dalam sejarah Islam.

DIANTARA RINGKASAN PEMERINTAHAN ISLAM NIK ABDUL AZIZ N PARTNER

Detail keadaan/masalah sebenar rakyat serta sikap pemimpin-pemimpin/Wakil Rakyat   di negeri Kelantan akan di postkan sedikit masa lagi..Ia hanyalah bertujuan untuk menyatakan keadaan yang sebenar tanpa menipu diri sendiri.Di bawah ini cuma ringkasan yang ambo ambil dari blogger-blogger Pro Pakatan Rakyat yang satu ketika dahulu tampil dengan lantang dalam menyatakan kebenaran keadaan yang sebenar.

Untuk Kepimpinan PAS sila nyatakan kebenaran anda tentang kewibawaan sebenar Menteri Mesar Kelantan dalam menerajui kerajaan.Apakah ianya hanya seperti pengerusi tanpa berfungsi???Atau ianya diletak sebagai orang tua didalam kerajaan yang tidak sesuai dengan suasana dan keadaan politik masa kini?Ambo ada hujah ambo sendiri mengenai perkara ini.Sepertimana kekosongan atau Perkataan Vacuum yang perlu diisi juga adalah jarang-jarang di ungkapkan.Mungkin orang tertentu faham akan maksudnya.....

TAJUK 1
HADIAH ADALAH RASUAH???HADIAH MANA SATU NI?HADIAH UMRAH KAH?

Oleh kerana PAS adalah partai Islam, maka rujukan kita tidak lain dan tidak bukan adalah para Khulafa Ar Rasyidin serta Saidina Umar Abdul Aziz, Khalifah Islam yang kelima. Dalam permasalahan menerima atau mendapat hadiah dari orang di luar, di bawah dinukilkan sebuah kisah dari Saidina Umar Abdul Aziz. Saidina Umar Abdul Aziz memberikan kita apa hukumnya menerima hadiah setelah kita memegang jawatan yang penting yang melibatkan amanah rakyat.

Kisah saya dapati dari buku berjudul "Kisah-Kisah Islam Anti Korupsi" tulisan Nasiruddin Al Barabassi.

Terjemahannya dari Bahasa Indonesia adalah seperti berikut :

"Khalifah Umar Abdul Aziz pernah mengatakan kepada pembantunya 'Apakah kita mempunyai buah epal? Buah epal ini baunya sedap dan rasanya juga lazat".

Mendegar ucapan Umar, salah seorang ahli keluarga keluar mencarikan epal. Setelah kembalinya ahli keluarga itu, Umar berkata "alangkah sedap baunya (epal)! Dari mana buah epal ini datang?"

Ahli keluarga itu menjawab "Ia datang dari anak pakcik mu. Engkau tentu tahu bahawa Nabi SAW menerima hadiah, tetapi tidak menerima sedekah".

Umar lantas menjawab "Kembalikanlah (epal itu) wahai pembantu ku. Sampaikan salam ku (kepada anak pakcik Umar) dan katakan kepadanya Hadiahnya telah sampai kepada kami sebagaimana dia inginkan".

Umar menambah lagi " Hadiah untuk Nabi adalah benar-benar hadiah, sedangkan untuk kita sekarang hadiah adalah suap (rasuah)".

Imej dari buku ini boleh dilihat di kaki artikel ini.

Jelas saudara/ri sekelian. Saidina Umar Abdul Aziz menunjukkan kepada kita bahawa menerima hadiah pun adalah rasuah. Hadiah kepada Nabi SAW adalah benar-benar hadiah, tapi itupun setiap hadiah yang Nabi SAW dapat, dia akan sedekahkan kembali pada orang miskin dan yang memerlukan.

Cuba bayangkan, bagaimana hadiah yang mahal-mahal boleh diberi kepada pemegang-pemegang jawatan dalam PAS yang taraf mereka tak sampai pun taraf Khalifah, Amirul Mukminin.

Hanya kerana mereka itu Ketua Pemuda Negeri, YDP2 PAS kawasan, Anak MB, menantu MB, EXCO, Ketua Penerangan Pemuda Negeri dan banyak lagi jawatan2 yang kecil2 pun boleh kena "rasuah" mengikut "standard" yang ditunjukkan oleh Khalifah Umar Abdul Aziz.

Saya nak puji PAS Shah Alam kerana saya tahu aktivis2 mereka, terutama yang duduk dalam Ahli Majlis semuanya "makan duit bini" kerana mereka tak sanggup terima duit hadiah dan hadiah.

Mereka aktif dalam PAS 100% dengan berbekalkan elaun ahli Majlis yang tidak seberapa itu, terpaksalah isteri2 mereka mencari nafkah untuk menampung kos perjuangan.
Saya menyokong supaya elaun2 Ahli Majlis dinaikkan 5 kali ganda bagi membentras korupsi. Tapi, jangan sekali2 pemegang jawatan dalam PAS menjual diri mereka murah. Kita ada Saidina Umar Abdul Aziz sebagai rujukan kita.

Wallahualam bissawab
Tulang Besi
p/s Saya masih terkila bagaimana pimpinan2 PAS Pusat boleh duduk dalam hotel 5 bintang ekslusif di Shah Alam sewaktu Muktamar di Shah Alam baru-baru ini. Kenapa wang tersebut tak boleh dimasukkan dalam tabung perjuangan negeri dan pimpinan2 boleh duduk di hotel2 yang 3 atau 4 bintang.
Lihatlah betapa ekslusifnya hotel2 tersebut. Saya rasa Saidina Umar Abdul Aziz pun tak sanggup tinggal dalam hotel-hotel macam ni.


TAJUK 2
BARU SEBULAN MEMERINTAH,SUDAH MAHU BINCANG DENGAN UMNO
 WEDNESDAY, NOVEMBER 18, 2009
SUMBER: BPR
Ustaz Nasaruddin juga mengatakan dalam masa sebulan selepas pilihanraya umum 2008, Ustaz Harun Din telah melihat keadaan yang berlaku di Selangor dan Penang (tidak di Perak). Atas motivasi inilah kertas kerja bagi mengadakan perbincangan dengan UMNO.

Dengan kata lain, Ustaz Harun Din merasakan bahawa Islam dan Melayu dalam bahaya di negeri-negeri Pakatan sehingga membenarkan PAS mengadakan perbincangan dengan UMNO berdasarkan perkembangan hayat kerajaan Pakatan Rakyat yang baru sebulan (dalam kes Perak tidak sampai seminggu).
Apa Salah kerajaan Pakatan Rakyat pada Islam dan Melayu?
Malahan dalam isu arak sekalipun, ia hanya menunjukkan kejahilan serta kebodohan Hasan Ali dalam isu tersebut. Walaupun Enakmen Syariah Selangor mengharamkan penjualan arak kepada orang Islam, namun Enakmen tersebut tidak mengharamkan penjualan arak dalam kawasan majoriti Islam.

Itulah nampak gayanya. Pertamanya, apa asa Dr Harun Din menyuruh berbincang dengan UMNO padahal kerajaan Pakatan Rakyat baru berumur setahun?
Hakikatnya usaha menubuhkan kerajaan UMNO-PAS telah mula sejak lama sebelum kertas kerja “Tahaluf Siyasi Pasca 2008” lagi seperti yang didedahkan oleh Ustaz Ahmad Awang semasa Muktamar lepas

Dan benar, mengikut maklumat yang saya dapati, sememangnya Harun Din yang menelefon Ustaz Ahmad Awang untuk mengkaji semula keputusan menubuhkan kerajaan dengan PKR dan DAP.

Yang lebih lucu, Ustaz Nasa mengatakan kertas kerja Dr Harun Din dibentangkan dalam mesyuarat Majlis Syura Ulamak, sedangkan sehingga hari ini tiada satu bukti bertulis pun wujudnya mesyuarat pada 24 April 2008? Sehingga kini, minit mesyuarat tersebut TIDAK PERNAH DIBENTANGKAN hatta kepada Mursyidul Am sendiri.
Itulah dia sejarah bermulanya perpecahan dalam PAS. Apabila ada sekumpulan kepimpinan yang sudah kemaruk mahu duduk sekelambu dengan UMNO dan mengada2kan berbagai alasan untuk berbuat demikian.
Berita Penuh klik
TAJUK 3
TADBIR NEGERI PUN KUCAR LANAR MACAM MANA NAK TADBIR NEGARA..KALAU NEGERI ADA SULTAN ,NEGARA PULA ADA YANG DIPERTUAN AGONG
FRIDAY, NOVEMBER 27, 2009
SUMBER:BPR
NOTA: Penddedahan ini dilakukan oleh Topeng Perak berkenaan dengan MPKB-BI. Anggaplah ini satu muhasabah kepada kerajaan Negeri Kelantan kerana ia boleh diselesaikan dengan baik.Semalam lepas aku pos artikel (dari komen seorang pembaca) disini, aku dapat banyak panggilan dari pekerja bawahan MPKB dan pada siang hari kelmarin sampai ke malam, tak kurang dari 7 pertemuan dibuat dengan para pemanggil yang merupakan pekerja "kelas hamba abdi" MPKB - BRI di sekitar Kota Bharu.

Rupa-rupanya kes dalaman MPKB - BRI ni dah hampir setahun berlanjutan dan dah lama dah para pekerja "kelas hamba abdi" ni dok simpan masalah ni dan tak berani nak luah pada sape-sape sehinggalah timbul kekuatan akibat dari tekanan lantaran keadaan ekonomi yang semakin teruk di Malaysia.

Yang makin memenatkan para pekerja ini ialah bilamana hampir kesemua mereka sehingga ke hari ini telah berjaya mengumpul hampir 30 hari cuti ganti (overtime) dan setiap kali permohonan cuti dibuat, agak sukar untuk mendapat kelulusan sedangkan akhir tahun hampir tiba dan masa untuk menghabiskan cuti ganti (overtime) semakin suntuk.

Lain-lain hal yang agak berat ialah apabila MPKB mula memperkenalkan sistem bayaran kerja lebih masa (overtime) kepada sistem cuti ganti dengan alasan MPKB mempunyai masalah kewangan dan bajet yang terhad sedangkan dalam masa yang sama, hampir setiap bulan Ahli-Ahli Majlis, Pengarah-Pengarah dan SU menikmati "keseronokan" dalam program "Lawatan Sambil Belajar".
Dari apa yang disampaikan oleh beberapa informer, program tersebut kalau diikutkan sebenarnya adalah program "Lawatan Sambil Belajar" "gelek-gelek" atau "belajar untuk lagha", eh... "line dancing" tu menatang hape..? menatang tu pun ade jugak dalam program tu kalau korang nak tau...

Aku pun tak paham apa kebaikannya pergi jauh-jauh keluar negara untuk tengok aksi "gelek-gelek" dalam kelab malam... setakat nak tengok benda-benda macam tu, tak habis pun RM120.000 kalau ke Kolumpo atau Hadyai.

Aku ingat menatang Toyol dekat Selangor je yang pandai buat kerja haram jadah macam ni, rupanya geng-geng "Atasan MPKB - BRI" pun pandai jugak... Bangang sungguh...

Antara tempat-tempat yang geng-geng "Atasan" ni dah pergi kalau ikut info ialah Morocco, Turki, Perth, Uzbekistan dan China. Macau aku tak tau geng-geng ni dah sampai ke belum.

Kalau korang nak tau apa itu "5S" korang baca dekat sini.

Apa yang sebenarnya menjadi punca kepada masalah dalaman MPKB - BRI ialah bilamana para Ahli Majlis dalam MPKB mendapat lantikan dari "Politikus" dan kebanyakan "Politikus" yang melantik para Ahli Majlis ialah mereka-mereka yang 'tak de akal"... pilih orang-orang yang senang nak "dicucuk hidung" supaya "agenda masing-masing" dapat dijalankan.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Takiyuddin Hassan nak kena ambik tanggung-jawab ni sebab setahu aku, MPKB - BRI berada dibawah seliaan beliau. tapi kalau nak lagi bagus, tanya sendiri Datuk Takiyuddin dia tau atau tidak apa yang berlaku dalam MPKB - BRI.

Kalau Datuk Takiyuddin cakap tak tau, kena tanya balik betul atau tidak sebab dari info yang aku dapat, dia pun ada ikut program "Lawatan Sambil Belajar" ni.

Dari segi kebajikan pekerja pun ada jugak keluhan. kalau dulu, setiap bulan para pekerja bahagian "sisa pepejal" akan melalui "medical check-up" paling kurang sebulan sekali. tapi sekarang dah lebih dari 6 bulan hal tersebut telah diabaikan.

Tu belum cerita bab "uniform". macam mana korang nak bekerja kalau hanya dibekalkan dengan sepasang uniform dan jugak kasut sedangkan kerja korang tiap-tiap hari bergelumang dengan kotoran..?

TAJUK 4
Nota Editor: Dalam heboh-heboh kes Kickdefella dan RM4 juta ini, saya tertanya-tanya, apa yang puak-puak makan balak di Kelantan telah lakukan untuk mempertahankan Kelantan pada 2008?

Yang kita tahu, ada yang beli Honda Elyson dgn plet number PAS 17.Ada yang tambah bini lagi satu walaupun dah ada dua. Terus menerus mereka berusaha memburukkan Haji Annuar Bakhri dan terus menerus mereka mempertahankan Ariffahmi.

Tapi, yang kita nak tahu apa benda puak2 ni dah buat untuk mempertahankan Kelantan dari diambil UMNO pada 2008? Sekurang-kurangnya PAS Kelantan beruntung ada manusia nama Husam Musa yang berusaha mengumpul derma bagi mewujudkan usaha melemahkan UMNO dengan mempersoalkan kredibiliti Pak Lah sebelum 2008.

Hasilnya Kerajaan KElantan berjaya dipertahankan, alhamdulillah.

Malahan usaha ini juga menguntungkan PAS di Kedah dan beberapa negeri lagi. Cuma yang herannya, walaupun pada masa itu imej Pak Lah sudah lemah dan UMNO berpecah, PAS Terengganu masih GAGAL merampas Terengganu. Heran bin ajaib..

Apa yang Kickdefella telah lakukan hanyalah mendedahkan wujudnya derma RM4 juta bagi mengalahkan UMNO pada pilihanraya 2008. walaupun dia sebut "menjatuhkan Pak Lah" tapi kita harus ingat. Bahawa kemenangan besar UMNO 2004 adalah di atas imej Pak Lah. Dengan kata lain, serangan kepada Pak Lah adalah serangan kepada UMNO. Apa yang Kick buat hanyalah mendedahkan "FAKTA" berkaitan Pak Lah yang disenyapkan oleh media kawalan UMNO/BN. Itu sahaja.

Terima kasih pada Kickdefella kerana mendedahkan siapa yang bertanggungjawab di kalangan PAS Kelantan di dalam mempertahankan Kerajaan Kelantan dari dirampas UMNO pada 2008.
Sekurang-kurangnya kita tahu ada juga dalam PAS yang tidak hanya berceramah, tapi berbuat kerja bagi memenangkan parti.
TAJUK 5

KUALA LUMPUR, 4 Mei: Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar (gambar) mempersoalkan, apa salahnya menggunakan wang RM4 juta untuk mengalahkan Umno dalam pilihan raya umum ke 12 lalu asalkan ia bukan dari sumber yang tidak betul.

Bagi Mahfuz, isu itu sebenarnya, tidak wajar dipolemikkan kerana sebagai sebuah parti, memang menjadi kerja dan tugas PAS melawan kerajaan yang ada untuk menubuhkan kerajaan yang lebih baik.
Katanya, ahli PAS sanggup menggadaikan apa sahaja yang mereka ada untuk memperjuangkan Islam yang dibawa oleh PAS.
Beliau mengulas dakwaan blogger Sheikh Kickdefella atau Syed Azidi Abdul Aziz yang mendakwa beliau diberikan wang RM4 juta untuk menjalankan operasi gerak saraf menjatuhkan Umno dan BN pimpinan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menjelang pilihan raya umum ke 12 lalu.
Jika sekiranya tidak benar pun dakwaan Kickdefella itu, beliau berkata, PAS sebagai sebuah parti politik akan tetap berkempen supaya rakyat menolak politik perkauman dan kezaliman yang dilaksanakan oleh para pemimpin Umno dan BN yang menggunakan prasarana kerajaan untuk melawan rakyat.

“Benar tidak benar dakwaan RM4 juta itu, memang saya tidak tahu, tetapi kalau tak benar pun, PAS tetap buat kerjanya berkempen supaya Umno BN kalah dalam pilihan raya depan,” jelasnya yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena.

“Kalau betul pun, apa salahnya, memang keberadaan PAS dan parti-parti pembangkang yang lain sejak PRU 12 lalu adalah untuk pertahan kerajaan negeri (Kelantan), kuasai negeri-negeri (hatta) kerajaan Persekutuan sendiri,” tegas beliau.
Menurut Mahfuz, imej Abdullah sememangnya buruk bukan sahaja di kalangan pembangkang, malah di kalangan ahli-ahli Umno.

“Dia (Abdullah) sendiri memang lemah (dan) kelemahannya itu melengkapkan kelemahan yang sedia ada pada Umno itu sendiri (iaitu) mengamalkan rasuah, perkauman melampau dan sebagainya.
“Dia adalah simbol kepimpinan Umno, kalau kita berkempen menyerang Umno, tetapi tidak menyerang Abdullah, itu ajaib namanya,” ujarnya.

Sejak beberapa bulan lalu, Kickdefella dilihat mengkritik Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat serta beberapa pemimpin PAS Kelantan secara terbuka menggunakan blog peribadinya.
Ekoran kritikan tersebut, beberapa pihak seperti Datuk Nik Mohd Amar Abdullah (Exco Kerajaan Kelantan), Fadli Shaari (Ketua Penerangan Pemuda PAS negeri) serta blogger Tulang Besi atau Abdul Rahman Talib (pemilik blog MalaysiaWaves) bertindak mencabar beliau mendedahkan dalang di sebalik aktiviti korporatnya melalui Global Media Channel.

Demi membuktikan diri terlibat mempertahan kerajaan negeri Kelantan dari jatuh ke tangan Umno, Kickdefella mendedahkan bahawa beliau menerima RM4 juta dari pihak tertentu untuk menjalankan kerja-kerja mempertahankan kerajaan negeri.
Kini beliau disiasat oleh SPRM dan telah mendedahkan bagaimana dan daripada siapa wang itu diterimanya
Dalam sidang medianya tengah hari tadi, Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali menafikan PAS terlibat memberikan wang itu kepada Syed Azidi namun beliau tidak tahu kalau-kalau ada pemimpin PAS terlibat.
TAJUK 6
Isu Arak di Selangor: Pemuda UMNO Jangan Jadi Munafik
SATURDAY, AUGUST 8, 2009
Pemuda UMNO telah dilaporkan menjemput PAS bersama-sama dengan mereka untuk berdemontrasi mempertahankan isu pengharaman arak di MBSA baru-baru ini.
Khairy Jamaluddin dilaporkan berkata:

Saya tak tahu samada hendak tergelak atau menangis atas pelawaan Khairy Jamaluddin ini. Ini kerana apa yang hendak di demonstrari atau diprotes oleh Pemuda UMNO ini?

Saya tak nak cerita yang saya tahu berkenaan dengan geng-geng KJ sewaktu mereka belajar di Oxford dulu. It biarlah para pembaca siasat sendiri.
Saya cuma ingin mengetahui kalaulah pelawaan Khairy ini pelawaan ikhlas, saya ada beberapa pertanyaan kepada beliau dan seluruh warga UMNO Selangor dan Malaysia:

Nasib baiklah PAS tidak termakan dengan perangkap Pemuda UMNO ini. Kalau tidak PAS pun terpaksa menyokong amalan judi dan arak ini kelak.
 (Cerita diatas telah ambo sunting dan tidak menjejaskan maksud asal.Untuk lanjutan berita sila klik pada link  diatas.)
NAMA-NAMA,ORANG,PARTI YANG DISEBUTKAN DIATAS BUKANNYA PUAK MAHAFIRAUN TETAPI PUAK AMIRUL MUKMININ KONONNYALAH.....

24 September 2011

APA YANG PERLU ANDA TAHU MENGENAI POLITIK

Belakang Parang jika di asah lagikan tajam...

KEIKHLASAN HATI BERKATA-KATA DENGAN LAFAZ


  بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
Diatas kesedaran mengimbau kembali sejarah lampau dan Realiti keadaan pada hari ini.Jadikan sejarah dahulu sebagai tauladan untuk hari ini dan sejarah hari ini jadikannya sempadan untuk hari esok.Berfikiran bebas adalah satu perubahan minda kepada keterbukaan dalam menilai segala isu tentang siasah dalam negara pada hari ini.Jika kita masih berfikiran konservatif itu tidak akan mengubah apa yang kita ingin mengubahnya.      

Saudara-saudara sekelian percayalah,
Kita menentang UMNO, bukan kerana nama dia UMNO. Kita menentang Barisan Nasional bukan kerana dia lama memerintah kerajaan. Kita menentang dia ialah kerana dia mengekalkan perlembagaan penjajah, mengekalkan undang-undang kafir, mengekalkan peraturan jahiliyah. Oleh kerana itulah kita menentang mereka. Oleh kerana itulah kita menghadapi mereka. Oleh itulah kita cuba berlawan dengan mereka.

Percayalah saudara-saudara sekelian,
Perjuangan kita adalah jihad, ucapan kita adalah jihad, derma kita adalah jihad. Bergantunglah kita kepada Allah dengan (menghadapi) puak-puak ini kerana kalau kita mati melawan puak-puak ini, mati kita adalah syahid. Mati kita adalah Islam. Kita tidak perlu masuk Buddha, Kita tidak perlu masuk Hindu, Kita tidak perlu masuk Kristian, Tapi kita menjadi kafir dengan mengamalkan 'politik suku, agama suku'.
-Amanat Hj Hadi-
 Hakikat dan kenyataan itu perlu kita renungi sebagai kita ni hamba Allah.Tulisan ambo ini terlahir dari ambo bertapak pada hakikat kebenaran dan kejujuran dalam menyampaikan sesuatu maklumat kepada rakyat.Ambo salah seorang dari berjuta penyokong kuat PAS yang tegar serta TAKSUB.Menyalahkan Umno-Bn yang memang sedia salahnya itulah kerja ambo ikhlas tanpa sebarang imbuhan selain mengharapkan keredhaan Allah.

Tapi prinsip ambo mengkaji setahap mana yang mampu otak ambo kaji telah menemukan beberapa perkara yang membuat ambo tersentak dan terfikir sejenak.Ambo berjuang Islam,Ikhlas kerana Allah tiada apa-apa imbuhan,Jika untuk Islam,minta nyawa pun ambo bagi.Bukan alim tapi ambo rasa tiada guna untuk hidup tanpa penghayatan Islam yang sebenar terutamanya atas perkara yang melibatkan kita dengan manusia.

Parti adalah ciptaan atau rekaan atau juga alternatif manusia.ISLAM adalah AGAMA yang benar dan datangnya dari ALLAH tuhan sekalian alam.Pemahaman dan pemikiran atau kepercayaan kepada PARTI tidak sama dengan Kepercayaan kepada ISLAM.Dasar parti boleh diubah,DASAR atau rukun ISLAM tidak pernah sesekali berubah atau berpolitik mengikut kesukaan manusia.

Contoh seperti SOLAT,Tidak kira samada kamu suka atau tidak suka jika kamu  ISLAM ,WAJIB kamu SOLAT.Tidak boleh ubah.Atau kita nak gula-gulakannya demi kepentingan bukan diatas tuntutan ALLAH.Sebelum anda menilai sesuatu perkara ada eloknya anda tanya pada diri anda beberapa soalan yang pernah ambo tanya pada diri ambo....

1.)" Ya ke aku ni perjuangkan Islam,Islam mana? Allah redha ke aku berjuang Islam dengan cara aku ni,
2.) Betul ke orang yang aku nak buat pemimpin ni merupakan seorang insan yang jujur dan tidak pentingkan dunia..Aku ni ikhlas sungguh,Tapi jika aku ikut pemimpin yang tidak ikhlas dengan bukti sudah nampak depan mata tapi aku sorokkon dan aku alasankan buat penyedap hati demi melihat kejatuhan Pemerintah yang aku anggap jahat walhal jika berlaku sedemikian pada Parti lain aku akan kecohkan bak ayam nak bertelur. demi kerana aku benci dengan Umno tak betul cara aku ni kalau mengikut Islam.Takkan aku nak buang yang keruh ambil pulak yang keruh jugak...

3.) Kena tipulah aku,Aku berjuang makan ikan masin,Pemimpin berjuang makan ayam golek,Sepatutnya jika ikhlas mengikut Islam wajib kena pentingkan rakyat dulu..Kutip dulu dengan pemimpin,bila pemimpin pun dah habis baru boleh kutip dengan rakyat.
4.) Islam mengajar kepada sifat-sifat terpuji,yang aku ni duk caci maki orang ni betul ke kehendak Islam,Betullah aku ni nak nyatakan kebenaran tapi apakah cara ini yang dikehendaki oleh Allah.?
5.) .Bodoh ni kerja aku ni,Rugi dunia untung Akhirat ok lah juga,kalau macam ni aku tipu diri sendiri demi kebencian aku pada Umno yang disemarakkan oleh beberapa isu.
6.) Kalau berjuang Umno dapat duit.(hanyalah tanggapan aku dengan terpengaruh)Berjuang dengan PAS kalau cara macam ni tak dapat apa-apa.Dunia pun tak dapat akhirat jauh sekali...Orang berjuang dapat juta-juta,Pemimpin senang lenang,Kalau zaman khalifah Umar pemerintahan mengikut Islam yang dibawanya jauh sekali berbeza dengan pemerintahan PAS.
7.) Kalau benar ikut Islam sungguh dengan cara Islam yang sebenar,Kenapa Tok Guru-Tok Guru Pondok tidak bersama PAS dalam jemaah kepimpinan...Sila Klik Bukti
8.) Mengambil kisah tauladan Beralasan dengan perkara yang menguntungkan dan menolak diatas perkara yang merugikan.  Sila Klik

WAJIB TONTON VIDEO KEBENARAN INI DEMI PENYATUAN SELURUH UMAT ISLAM

Nantikan kemunculan KEBENARAN yang lebih nyata akan ambo persembahkan sedikit masa lagi KERANA ALLAH bukan kerana Pemimpin atau PARTI...Wajib taat kepada ALLAH bukan kepada PARTI.Anda berbeza pendapat dengan ambo terpulanglah kepada diri sendiri.Kerana hidayat itu kerja ALLAH bukan kerja Ambo.Ambo hanya menyampaikan apa yang ambo lihat benar mengikut landasan ISLAM bukan landasan KEPENTINGAN.

"Keraguan anda adalah satu tanda anda akan dipertemukan dengan kebenaran..
Ketaksuban anda kepada makhluk adalah satu tanda anda akan terus disesatkan.
Keyakinan dan ketakwaan anda kepada ALLAH adalah satu tanda anda benar-benar orang yang beriman."