07 Ogos 2011

EKSKLUSIF - APA PENDAPAT ANDA?

REVOLUSI
 BANTU ORANG YANG MEMERLUKAN ADALAH SATU IBADAH

Bantuan kepada rakyat hendaklah ibarat "memberi joran bukan memberi ikan". Sebagai contoh satu DUN satu perniagaan rakyat. Penjelasan maksud ialah wang seperti Kwamp-off atau lain2 bantuan berbentuk kewangan ditukar kepada modal perniagaan rakyat seperti bengkel membaiki kereta, construction, atau seumpamanya yang diuruskan oleh rakyat yang layak dari segi akademik, kemahiran, dan taraf kehidupan . Semua pekerja juga dikalangan rakyat yang layak menerima bantuan dan memantau perniagaan ini pula ialah Penghulu/Ketua Penyelaras, Imam,Pesara dan Ajk serta orang yang dikenali jujur tanpa diketahui oleh orang lain akan tugas pemantaaunnya agar tidak berlaku ketirisan. dan perniagaan tersebut dibawah bimbingan seperti MARA dan yg berkaitan.

Cara pemberian keuntungan daripada perniagaan tersebut diberi kepada rakyat miskin yang memerlukan secara on d spot tanpa perlu karenah untuk mengisi borang atau mendapatkan tandatangan mana-mana penghulu atau pegawai kerajaan. Tanpa mengira fahaman politik,agama serta bangsa kerana semuanya manusia/Rakyat Malaysia yang mempunyai nilai nyawa dan makhluk Allah.

Pemberian wang tersebut dilakukan oleh penghulu yang mana penghulu hendaklah mengenal pasti setiap anak mukim terutamanya dari segi latar belakang dan taraf kehidupan supaya ianya telus dalam pemberian tersebut. Dan perkara tersebut pantau oleh sukarelawan pemantau yang tidak dikenali oleh penghulu atau yang berkaitan. Keuntungan bersih perniagaan rakyat ini mensasarkan RM 15,000-30,000 sebulan mengikut kepadatan penduduk miskin.

Had ini dimestikan kerana jika lebih pada sasaran itu ianya memberi satu saingan yang kurang selesa kepada individu yang menjalankan perniagaan yg sama. Selain pelanggan dari kalangan orang awam, projek kerajaan,kenderaan kerajaan atau yang berkaitan dengan kerajaan hendaklah diberi keutamaan kepada Perniagaan Rakyat supaya ianya terus relevan dari semasa ke semasa. Lantas kekayaan atau hasil wang dalam negara tidak berlegar dikalangan orang kaya atau individu sahaja.

Sasaran kepada rakyat miskin yang memerlukan seramai 30 orang dalam sesebuah kampung atau mukim. Sekiranya dalam satu-satu masa semua 30 orang memerlukan bantuan dapatlah ia dibahagikan RM500 seorang.Jika kurang dari itu baki tersebut disimpan untuk tujuan membantu rakyat ketika bancana alam seperti kebakaran,banjir,kemalangan,kematian dan sebagainya. Untuk tidak menjadikan rakyat besar kepala, takrif rakyat miskin yang memerlukan ialah :

I) - Pendapatan kurang dari RM 1500 serta menyara ahli keluarga yang ramai atau mengikut kajian ekonomi setempat berdasarkan kesederhanaan.

II) - Cacat,lumpuh, atau tidak mampu untuk bekerja dan mencari nafkah untuk menyara keluarga.

III) - Hanya rakyat yang berkeluarga atau bujang yang mempunyai akademik/kemahiran yang baik untuk menyambung pelajaran tetapi keluarga tidak mampu.

IV) - Ibu tunggal,anak yatim atau muallaf atau seumpama yang selayaknya.

V) - Lain2 hal yang tidak dinyatakan akan dibincang dan dipertimbangkan mengikut takrif miskin yang memerlukan.Juga menanggung perbelanjaan aktiviti kemasyarakatan seperti kemudahan peralatan sukan, kerja-kerja agama seperti majlis asyura, maulud nabi,majlis perkahwinan, menjaga keamanan kampung,
dan sosial remaja bagi pemulihan akhlak seperti gejala penagihan dadah,maksiat, dan sebagainya.
Dengan semangat ukhuwah yg terjalin dan rakyat bekerjasama menyumbang tenaga kepada saudara yang memerlukan seperti dalam pembaikan rumah dan sebagainya.


Makluman: Komen,sokongan serta pendapat anda sangat di alu-alukan bagi mencapai misi menghulurkan sumbangan kepada golongan yang memerlukan.Anda boleh memberi direct komen  di blog ini atau juga email ke revolusiblogger@gmail.com

06 Ogos 2011

KEMISKININAN TAK TERBELA - YB MANAKAH INI


DIMANA ORANG YANG MEREKA WAKILKAN?

Jika begini keadaannya dimana pembelaan terhadap golongan miskin seperti ini,memang tidak dapat dinafikan rakyat miskin masih ramai,Jika begitu apakah usaha untuk membantu golongan ini.Tidak kira wakil kepada parti mana sekalipun rakyat ingin melihat perubahan bukannya hidup tidak berubah.Sebagai wakil rakyat sepatutnya tidak membiarkan perkara ini terus berlaku,Usaha kearah memartabatkan golongan yang tidak bernasib baik ini mesti berterusan.Andaikata tidak mampu janganlah menerima pencalonan sebagai wakil rakyat.Berikan kepada yang layak,Ambo tidak ingin melihat rakyat susah tanpa pembelaan sekaligus akan menjejaskan nama Parti.Wakil Rakyat sepatutnya mesti nampak wujud dan hidup.Ini adalah susuatu yang perlu ditangani sebelum ia menjadi barah.Jika kerajaan tiada kewangan untuk membantu,banyak lagi idea untuk kita memperbaiki keadaan tersebut.Jika berusaha dan benar-benar prihatin kepada rakyat...

 TAK MAMPU MILIK RUMAH
BUKIT TANAH - Sekali pandang, rumah kayu yang didiami oleh suami isteri bersama empat anaknya tidak ubah seperti sebuah pondok, tetapi hakikatnya rumah usang yang tidak memiliki bilik itu adalah ibarat syurga bagi mereka.

Ku Leh Tuan Mat, 47, yang bekerja sebagai buruh kasar dengan pendapatan bulanan sekitar RM400, hanya mampu menyediakan rumah sekecil itu kepada isteri dan anak-anaknya.

“Ini pun bukan rumah kami sebenar, tetapi rumah ibu saudara beri kami tumpang,” katanya kepada Sinar Harian ketika ditemui semasa kunjungan Majlis Orang Besar (MOB) di rumahnya, di sini, semalam.

Hadir menyampaikan sumbangan tersebut ialah, wakil MOB isteri kepada Datuk Shukri Mohamed, iaitu Datin Rafiah Mohd Zin menyampaikan sumbangan berbentuk beras, susu, milo, sardin, biskut dan juga wang tunai sebagai bekalan untuk digunakan sepanjang Ramadan ini.

Turut serta pada kunjungan tersebut ialah, Ketua Jajahan Pasir Puteh, Nazran Mohamed dan isterinya serta Penggawa Daerah Bukit Jawa, Che Amat @ Rosli Che Abdullah dan juga isteri.

Ku Leh berkata, bukan dia tidak berusaha untuk memberikan keselesaan kepada anak-anak dan isteri, tetapi dengan kudrat yang ada hanya itu termampu.

Katanya, setiap kali melihat mereka sekeluarga tidur berhimpit-himpit di ruang yang sempit itu, pasti mencuit hatinya sebagai seorang ketua keluarga.

“Itu belum lagi tiba musim hujan pasti ada atap yang bocor, tetapi hendak buat macam mana, duit yang ada hanya cukup untuk berbelanja harian seperti membeli makanan dan memastikan persekolahan anak-anak tidak terganggu.

“Kami ada membuat permohonan untuk dapatkan rumah, tetapi tidak tahulah macam mana kesudahannya sebab sudah dua tahun permohonan itu dibuat.

“Saya berharap sangat jika ia diluluskan, memandangkan untuk saya mengumpul wang untuk membina sebuah rumah sudah pasti tidak akan tercapai,” katanya.

“Kami sekeluarga berterima kasih kepada MOB kerana sudi menghulurkan bantuan ini,” katanya. 
sumber: Sinar Harian

DATANG JAUH DEMI SEKAMPIT BERAS

TANAH MERAH - Warga emas, Fatimah Mamat,70, sanggup menaiki bas dari Bukit Ros dekat sini ke bandar untuk mendapatkan bantuan beras bulanan di bawah Skim al-It’am.

Fatimah yang masih kelihatan sihat walaupun sudah mencecah usia 70 tahun adalah ibu tunggal yang mempunyai anak orang kurang upaya (OKU), Abdul Aziz Ali berumur pertengahan 30-an tidak mampu berjalan kerana mengalami sakit kaki.

Fatimah berkata, beras bulanan yang diterimanya mampu mengurangkan perbelanjaan bulanannya.

“Mak cik sanggup datang menaiki bas untuk menerima beras sendiri sebagai tanda menghargai pemberian itu. Hendak naik teksi tidak mempunyai wang lebih. Walaupun berjalan jauh dan terpaksa membawa beras yang berat, mak cik tidak kisah.

“Walaupun sudah berumur, namun mak cik bersyukur kerana dikurniakan kesihatan yang baik untuk menjaga anak tunggal yang memerlukan perhatian lebih,” katanya kepada Sinar Harian ketika hadir menerima bantuan beras bulanan, dekat sini.

Menurutnya, apabila hadir ke majlis agihan beras, dia rasa gembira dan ceria kerana dapat berkumpul dan bertemu dengan pemimpin setempat.

“Perjalanan jauh tidak menjadi penghalang untuk mak cik datang mendapatkan beras. Bagi mereka yang mampu sekampit beras tidak mendatangkan apa-apa makna, namun bagi orang miskin seperti mak cik amat besar ertinya.

“Susah senang menjadi ibu tunggal tidak mengenal erti lelah, malah ia menjadi sumber kekuatan untuk mak cik terus bertahan meneruskan kehidupan demi anak tunggal,” katanya.

Fatimah yang tidak bekerja disebabkan faktor usia bergantung harapan kepada bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebanyak RM100 sebulan serta anak tunggalnya turut menerima bantuan.


2,000 rumah dibaik pulih

KAMPUNG BENDANG PAK YONG – Kedatangan Ramadan buat seorang warga emas, Taib Awang Kechik, 69, memberi sinar baru untuknya apabila bakal mendiami rumah yang sempurna apabila rumahnya yang uzur dibaiki secara gotong–royong.

Taib merupakan Bekas Penyelia Pembangunan Mukim (PPM) Bendang Pak Yong yang kematian isteri enam tahun lalu, bukan sahaja tidak sabar menduduki rumahnya itu tetapi sambutan Aidilfitri tahun ini bagi keluarganya cukup bermakna.

Menurutnya, rumah peninggalan orang tuanya yang berusia 40 tahun memang patut dibaik pulih kerana dindingnya banyak yang reput.

“Bantuan ini satu rahmat buat saya, akhirnya dinding rumah yang reput ini berganti baru,” katanya yang mempunyai 11 anak.

Taib antara seorang penerima bantuan di bawah Program Baik Pulih Rumah membabitkan kos RM1,240,000 di Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Kubor melibatkan 1,240 penerima.

Sementara itu, Pegawai Jabatan Pembangunan Persekutuan Tumpat, Wan Muzani Wan Indris berkata, di bawah Program Baik Pulih Rumah ini, hampir 2,000 buah rumah dibaiki di Parlimen Tumpat termasuk empat daripadanya adalah bina baru.

“Berkonsepkan baik pulih secara gotong–royong dengan peruntukan RM1,000 setiap rumah yang bermula bulan Julai lagi, dan perlu disiapkan sebelum Aidilfitri ini bagi membantu golongan miskin,” katanya.

Menurutnya, kesemua bantuan Kerajaan Persekutuan ini bagi memastikan golongan tersebut mendapat pembelaan yang sewajarnya.

 Syukur keprihatinan Kerajaan Negeri salur bantuan


KIJAL – Kerajaan Negeri memperuntukkan lebih RM400,000 bagi menyediakan dana kepada lebih 2,000 remaja dan belia yang layak di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kijal.
Kebanyakan penerima bantuan yang ditemui turut melahirkan rasa gembira dan terima kasih kepada Kerajaan Negeri khususnya Menteri Besar yang memilih mereka menerima bantuan yang dianggap dapat membantu mereka dalam membuat persiapan menyambut lebaran.

Rahimah Ali, 25, berkata, bantuan yang diterima itu dapat membantu meringankan beban ibu bapanya dalam menyediakan pakaian hari raya nanti.

“Saya gembira kerana terpilih menerima bantuan dan dengan ini saya dapat membeli beberapa keperluan seperti baju serta kasut baru untuk menyambut lebaran dalam suasana yang meriah,” katanya selepas menerima dana terbabit pada majlis yang diadakan di Dewan Sivik Kijal.

Che Wan Fazanaki Che Wan Jusoh, 28, pula berkata, pembahagian dana remaja itu membuktikan keprihatinan pemimpin negeri ini terhadap kebajikan dan masalah yang dihadapi penduduk negeri itu.

“Saya berasa bertuah kerana dilahirkan di negeri ini kerana banyak bantuan disediakan kerajaan tidak sebagaimana negeri lain.

“Bantuan ini sekali gus mengurangkan bebanan ditanggung rakyat terutama bagi keluarga yang mempunyai ramai tanggungan dan berpendapatan rendah,” katanya.

Sementara itu, Salwa Abdul Rahman, 24, dari Kampung Kijal berkata, pemberian bantuan dana remaja yang diterima sebelum hari raya itu tepat pada masanya kerana boleh meringankan beban keluarga dalam menyambut Ramadan dan menyediakan persiapan Aidilfitri.

“Saya bersyukur dan berterima kasih kerana Kerajaan Negeri mengambil berat keperitan hidup keluarga miskin dan saya akan membelanjakan wang ini dengan sebaik mungkin termasuk menyediakan kelengkapan untuk hari raya,” katanya.

4 SUSPEK BUNUH TIMB.PENG.VETERINAR DITAHAN

REVOLUSI

Empat suspek direman


EMPAT suspek kes bunuh Dr. Rohani Kassim dibawa ke Mahkamah Majistret Ipoh, semalam untuk mendapatkan perintah tahanan reman.


IPOH 5 Ogos - Polis percaya dapat menyelesaikan kes pembunuhan Timbalan Pengarah (Kesihatan) Jabatan Veterinar Perak, Dr. Rohani Kasim yang dipercayai bermotifkan samun ekoran penahanan empat suspek iaitu seorang posmen, dua penganggur dan tentera yang melarikan diri daripada tugas.
Timbalan Ketua Polis Perak, Datuk Zakaria Yusof berkata, suspek berusia antara 20 hingga 26 tahun diberkas dalam tiga tangkapan berasingan kurang 24 jam selepas mayat mangsa ditemui.
Menurut beliau, polis merampas barang kemas dan telefon bimbit dipercayai milik mangsa selepas tertangkapnya dua suspek pertama tidak jauh dari tempat kejadian di Pangsapuri Permai Lake View, Tambun pada pukul 4 pagi semalam.
"Dua lagi suspek masing-masing ditahan di Tanjung Malim dan Slim River. Salah seorang daripadanya mempunyai rekod dikehendaki polis bersabit kes rogol di Slim River pada tahun ini.
"Seorang lagi dipercayai terlibat dalam kejadian pecah masuk rumah mangsa pada 14 Julai lalu. Laporan bedah siasat belum diterima dan setakat ini belum dapat dipastikan punca kematian mangsa serta sama ada berlaku serangan seksual," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.
Semalam, mayat Rohani ditemui seorang pengawal keselamatan di pangsapuri berkenaan selepas terserempak dengan seorang lelaki Melayu sedang memikul satu bungkusan menuruni tangga dari tingkat satu kira-kira pukul 3.30 pagi.
Hasil pemeriksaan pengawal keselamatan itu mendapati bungkusan yang dicampakkan oleh suspek selepas terkejut melihatnya itu adalah sehelai gebar yang membalut mayat seorang wanita dengan kedua-dua tangan dan kakinya diikat.
Dalam pada itu, Zakaria berkata, beberapa sampel forensik dan ujian air kencing telah diambil ke atas suspek namun keputusannya masih belum diperoleh.
Selain itu, katanya, keempat-empat suspek yang merupakan teman serumah dan tinggal berdekatan pangsapuri mangsa direman antara empat hingga tujuh hari bagi membantu siasatan.
Beliau berkata, kes tersebut akan disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

 POLIS TUNGGU DNA

KUALA LUMPUR 5 Ogos - Laporan bedah siasat berhubung penemuan anggota badan seorang wanita dewasa dan kanak-kanak lelaki yang dikerat-kerat di dalam mangkuk tandas dan beg plastik di sebuah rumah, Taman Kosas, Ampang, kelmarin, dijangka diketahui dalam waktu terdekat.
Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Amiruddin Jamaluddin berkata, analisis cap jari bagi mengenal pasti identiti serta bangsa kedua-dua mangsa masih dijalankan.
"Pihak polis sedang menunggu laporan Asid Deoksiribonukleik (DNA) untuk menentukan sama ada dua mangsa terbabit mempunyai pertalian atau tidak.
"Siasatan awal polis tidak menolak kemungkinan kedua-dua mangsa mempunyai pertalian kekeluargaan.
"Selain ujian cap jari dan DNA, polis turut menyemak laporan kehilangan orang sekiranya ada berkaitan dengan kes ini," katanya pada satu sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya di sini, hari ini.
Amiruddin berkata, siasatan berhubung motif, senjata digunakan akan dijalankan mengikut semua kemungkinan termasuk wujudnya unsur pemujaan atau ajaran sesat dalam kes tersebut.
Katanya, polis juga merakam percakapan beberapa penghuni pangsapuri berkenaan bagi membantu siasatan.
"Pemilik rumah itu belum dikenal pasti dan dipercayai telah ditinggalkan hampir 10 tahun lepas. Jadi, apa yang pihak polis boleh lakukan bagi mencari petunjuk kes adalah dengan mengambil keterangan jiran dan menganalisis bukti yang ada dari kedua-dua mayat yang ditemui
"Setakat ini pihak polis belum menemui sebarang senjata tajam di lokasi kejadian dan masih menyiasat sama ada kedua-dua mangsa dibunuh di lokasi yang sama ditemui atau di lokasi lain.
"Kesan darah pada baju T yang ditemui dalam beg bersama anggota badan mangsa yang dikerat-kerat itu turut dianalisis bagi mengesahkan ia milik kedua-dua mangsa," katanya.
Penemuan anggota badan manusia yang dikerat-kerat sebanyak 15 bahagian di dalam mangkuk tandas dan beg plastik di sebuah rumah menggemparkan penghuni Blok Charyssa, Pangsapuri Astaria di Taman Kosas, Ampang dekat sini, kelmarin.