30 Julai 2011

SIMBOLIK 1MALAYSIA DAH KELUAR KJ DAN PAPAGOMO TERBONGKARR

Shuhardi nafi enggan berkerjasama dengan polis

Umno jangan nak main2,juak2 dan penchachai
umno apa cerita,hero sudah keluar,dia bukan
suka cari publisiti sangat,tapi nampak melampau
sangat Juak2 Umno ni membuat FITNAH.
Mana Papagomo,Kickdefella jaguh Fitnah.Keh
tapa ko abe di kito keh.Sory boss..




SHUHARDI MD. ISA


KUALA LUMPUR 30 Julai — Shuhardi Md. Isa, lelaki yang didakwa berlakon sebagai Allahyarham Baharudin Ahmad yang meninggal dunia dalam perhimpunan haram di ibu negara pada 9 Julai lalu, hari ini menafikan dirinya bersembunyi, melarikan diri dan enggan bekerjasama dengan polis.
Shuhardi yang ditemui pada satu sidang akhbar di sini, sebaliknya berkata, beliau tidak pernah menerima sebarang surat rasmi memintanya menghadirkan diri bagi membantu siasatan dari mana-mana balai polis.
"Bukankah polis lebih profesional dan tahu segala prosidur jika mahu seseorang itu memberi keterangan berhubung apa-apa kes? Saya tidak bersembunyi, datanglah ke rumah saya dengan tertib. Saya akan bekerjasama dengan mereka (polis),” katanya.
Shuhardi yang juga Setiausaha Agung Persatuan Usahawan Konsultan dan Pengarah Islam Malaysia (Uruskop) menjelaskan, beliau terpaksa tampil memberi penjelasan berhubung kekeliruan kematian Allahyarham Baharudin kerana ia jelas menjatuhkan maruah dirinya.
Beliau berkata polis sepatutnya menyiasat mereka yang mengeluarkan kenyataan mengelirukan mengenai dirinya daripada menumpukan siasatan ke atas dirnya sendiri.

"Saya yakin pihak polis mampu membuat siasatan berdasarkan maklumat dalam internet tanpa perlu melibatkan saya. Malah saya rasa polis sepatutnya siasat mereka yang keluarkan kenyataan keliru mengenai mereka. Saya rasa sepatutnya saya yang menyaman mereka (blogger) yang salah dengan mengaitkan nama saya itu," katanya.

"Tetapi kerana kenyataan maaf dan pembetulan fakta yang dibuat seawal 10 Julai, maka saya menganggap perkara ini tidak perlu diperpanjangkan, malangnya kira-kira seminggu selepas peristiwa Bersih itu, pihak polis dan media masih mengaitkan nama saya," katanya.

Beliau berkata kekeliruan tersebut terlebih dahulu telah dijelaskan oleh anaknya menerusi "facebook" dengan menjelaskan bahawa gambar yang disiarkan bukanlah gambar Shuhardi yang pengsan dalam perhimpunan tersebut.

NONEBapa kepada dua isteri dan 10 anak ini mendakwa tidak berkomplot dengan mana-mana pihak tertentu untuk berlakon dalam apa jua "aksi" kematian serta tidak mengenali Allahyarham Baharudin (kanan) sendiri.

"Saya juga tidak kenal dengan mana-mana wartawan atau jurugambar yang datang buat liputan.Saya bukanlah "desperate" untuk dapatkan sogokan yang tidak bermaruah kerana Alhamdulillah saya hidup mewah," katanya.

Suhardi berkata beliau bersedia memberikan kerjasama dengan pihak polis."Saya masih hidup... yang meninggal Allahyarham Baharudin. Saya ingat perkara ini dah selesai dan saya tidak perlu tampil beri keterangan kerana ada blogger-blogger yang mengeluarkan gambar saya dengan mengatakan saya adalah Allahyarham Baharudin, telah meminta maaf kepada saya.

"Tapi semalam bila saya lihat komen Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Khalid Abu Bakar yang berkata saya dipercayai menyembunyikan diri, saya terpaksa mendedahkan perkara ini,” katanya.
Beliau berkata, polis sepatutnya menyiasat mereka yang mengeluarkan kenyataan mengelirukan mengenai dirinya daripada menumpukan siasatan ke atas dirnya sendiri.
Beliau berkata, kekeliruan tersebut terlebih dahulu telah dijelaskan oleh anaknya menerusi laman facebook dengan menjelaskan bahawa gambar yang disiarkan bukanlah gambar Shuhardi yang pengsan dalam perhimpunan tersebut.
Suhardi berkata, beliau bersedia memberikan kerjasama dengan pihak polis dan boleh dihubungi di talian 012-3900740. — Bernama

 KJ DAN PAPAGOMO DIBONGKARRRRR.BALA SUDAH SAMPAI..


Rancangan En. Khairi Jalalluddin, Pegawai Jabatan Penuntut Malaysia (JPMK) didedahkan di dalam Laman Sosial KJ Bocor.Menurut Wartawan SK di mesir,Kj Yang malas buat kerja dan suka main FB dan dikatakan Si KJ ni mempunyai 3 akaun Fb.Dia telah mengalahkan Pak najib kerana pak najib pun tak ada sampai 3 akaun FB dan wartawan SK melaporkan salah satu dari FBnya telah digodam oleh hacker Mesir. 
Akaun Pertama Beliau Di sini
Akaun Facebook beliau yang kedua di sini
Akaun yang ketiga yang menggunakan gelaran Ostaz Di sini

Tetapi Sebenarnya SK bukannya nak ceritakan tentang FB si KJ ni.SK sebenarnya nak dedahkan Usaha kotor KJ untuk menghapuskan PMRAM yang SK sebut semalam.Oooo..Baru SK tau Si KJ ni bukan orang kuat PMRAM tapi dia ni musuh PMRAM.

Perancangan beliau untuk menghapuskan PMRAM telah dikaitkan dengan Saudara Faizal Sabhon.Menurut Maklumat SK dapat,Si Faizal Sabhon ni pernah ditumbuk oleh seseorang di Mesir  dahulu.Kenapa dia ditumbuk adalah SK tidak mengetahuinya.Masuk FB dia pi tanya dia kenapa dia kena tumbuk dulu.hahahah 
Antara perancangan KJ ini ialah mendapatkan kepastian tentang beberapa perkara,

- Surat Prof Madya Jamil bin Hashim (Mantan Pengarah JPMK) yang mengaitkan PMRAM dengan parti pembangkan di Malaysia

- Program-program PMRAM yang melibatkan parti pembangkang

- Status penglibatan ahli Kelab UMNO di dalam program Kutub Sittah anjuran PMRAM

- Status pembatalan pendaftaran PMRAM sekiranya terlibat dengan politik di Malaysia

- Mendapatkan petikan undang-undang NGO di Mesir yang tidak dibenarkan berpolitik

- Mengkaji kesan terhadap program Kutub Sittah anjuran PMRAM.

Perancangan yang dilakukannya ini dikaitkan dengan program Kutub Sittah anjuran PMRAM. Program ini adalah Majlis Bacaan Hadis-hadis Nabi SAW yang dihimpunkan di dalam 6 kitab hadis. Namun, Si KJ cuba mengaitkan majlis ilmu ini dengan politik dan parti pembangkang. 

Inilah muka-muka Ostaz yang menjadi talibaut UMNO&pencacai Umno di Mesir.Mengikut sumber yang Sk dapat Ostaz yang gambarnya di tengah itu juga ada kaitan dengan Papagomo dan dialah yang telah mengadu kepada blogger Umno itu dalam menyerang Muhamad firdaus mazlan itu hari.Ini buktinya..


Sk akan terus mendedahkan konpirasi Pencacai UMNO kat mesir ni.Bagi membantu adik-adik kita di sana mempertahankan diri dan mendedahkan konpirasi KJ dan talibarutnya di sana 
Sumber : SiasahKini

28 Julai 2011



DEBAT TERBUKA DIANTARA BLOGGER
TAJUK 1: ARTIKEL DI BLOG LEBIH MENJURUS KEPADA FITNAH REALITI ATAU FANTASI?DAN APA KESANNYA KEPADA NEGARA
TAJUK 2: BERSIH 2.0 VIDEO VERSI PDRM DAN VIDEO VERSI RAKYAT YANG MANA FANTASI DAN REALITI

Penulis blog merupakan satu profesyen kewartawanan yang mampu menggegarkan negara dengan sesuatu isu yang diterbitkan.Walaubagaimanapun adakalanya sesuatu isu lebih terdedah kepada fitnah serta tohmahan semata-mata bagi memenuhi permintaan tuan atau juga memenuhi kepuasan hati penulis itu sendiri.

Bagi menambahbaik ilmu kewartawanan, ambo nak syorkan satu cadangan yang berbentuk debat secara terbuka diantara Blogger Pro Kerajaan dan Pro Pembangkang,ini bagi menjamin setiap Artikel yang dikeluarkan diketahui,diselidiki dan difahami akan isinya serta diperhujahkan menggunakan fakta dan dalil yang bijaksana.

Debat secara terbuka diantara Blogger juga dapat mewujudkan satu kefahaman didalam sebuah penulisan,dan ia akan menjadikan seseorang Blogger lebih berdisiplin dan bertanggungjawab pada setiap artikel yang diterbitkan.

Dengan cara yang ada sekarang seolah bacul dan tangkap muat sesuatu artikel dengan ianya lebih berbentuk fitnah dan mengaibkan seseorang,Perbuatan ini jelas akan menghancurkan negara,Blogger juga semakin berani mengeluarkan artikel-artikel liar kerana boleh berselindung di balik screen pc atau laptop.

Bagaimana dengan cadangan ini?Sila berikan komen anda untuk berbincang dengan selanjutnya.Bersangka baiklah didalam sesuatu perkara,Jangan berdalih dengan mengeji sesuatu pandangan hanya kerana kita seorang yang bacul dan mengambil kesempatan diatas alasan yang dongeng....Tapi ambo yakin Blogger yang ada dinegara ini semuanya berani...Buktikanlah.........

26 Julai 2011

DADAH-DUA ANAK ANGGOTA POLIS DIHUKUM GANTUNG

Dua anak anggota polis dihukum gantung


Allison Anak Isa (depan) dan Abang Firdaus Abang Jemain dijatuhi hukuman gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi Johor Bahru, semalam.


JOHOR BAHRU 25 Julai - Seorang anak pesara polis dan seorang anak anggota polis dihukum gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi di sini, hari ini setelah didapati bersalah mengedar dadah jenis methamphetamine seberat 1.35 kilogram, dua tahun lalu.
Dalam kejadian tersebut, dadah tersebut diselitkan di bahagian pinggang masing-masing dipercayai untuk diseludup ke Indonesia melalui terminal feri di Stulang Laut.
Hakim Samsudin Hassan memutuskan demikian terhadap Abang Firdaus Abang Jemain, 24, dan Allison Anak Isa, 23, yang berasal dari Sarawak setelah mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes melampaui keraguan yang munasabah.
Kedua-duanya disabitkan bersalah mengedar methamphetamine masing-masing seberat 666 gram dan 681.8 gram di Terminal Feri The Zon Stulang Laut di sini pada pukul 9 pagi, 14 Julai 2009.
Pendakwaan dikemukakan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Mohd. Azlan Shah mengikut Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 39B(2) akta sama yang memperuntukkan hukuman mati mandatori.
Dalam penghakimannya, Samsudin berkata, kedua-dua tertuduh disabitkan dengan kesalahan itu setelah keterangan pembelaan mereka gagal menafikan pemilikan dadah tersebut serta pengedaran dadah yang diikat pada tubuh mereka.
''Jumlah dadah yang dibawa juga adalah besar dan bukan untuk kegunaan sendiri tetapi bagi tujuan pengedaran. Hanya satu hukuman bagi kesalahan ini iaitu hukuman gantung sampai mati,'' katanya.
Kedua-dua tertuduh yang memakai baju kemeja putih dengan masing-masing berseluar biru dan hitam kelihatan tenang semasa hukuman dibacakan, namun air mata Abang Firdaus dan Allison kelihatan bergenangan ketika menoleh ke arah ahli keluarga mereka.
Beberapa anggota keluarga tertuduh yang duduk di galeri awam turut kelihatan menitiskan air mata, malah ada yang terus melangkah keluar dari mahkamah.
Kedua-dua tertuduh diwakili peguam bela, Roy Anak Gingkoi dan dan A. Vasudevan.
Mengikut fakta kes, ketika ditahan Abang Firdaus yang merupakan pekerja kilang memiliki lima paket besar dadah jenis methamphetamine seberat 666 gram manakala Allison seorang penganggur memiliki dadah seberat 681.8 gram yang diselit di bahagian pinggang mereka.

22 Julai 2011

KU LI TUBUHKAN ANGKATAN AMANAH MERDEKA


 PERKARA YANG BAIK SENTIASA AKAN DISOKONG RAKYAT YANG TIDAK HIPOKRIT.APAKAH KU LI AKAN MENGULANGI ZAMAN KEGEMILANGANNYA



KUALA LUMPUR, 20 Julai — Angkatan Amanah Merdeka (Amanah), sebuah pertubuhan bukan kerajaan yang akan diketuai oleh veteran negara Tengku Razaleigh Hamzah, yang akan bergerak bagi mengembalikan semangat jati perjuangan kemerdekaan dengan enam objektif, akan dilancarkan Jumaat ini.

Surat jemputan pelancaran yang diterima media menyebut Amanah diwujudkan dengan matlamat mahu menghidupkan legasi “Amanat Merdeka Bapa Malaysia” selaras dengan semangat Perlembagaan Persekutuan.

Tengku Razaleigh (gambar) yang mesra dikenali sebagai “Ku Li” akan mengetuai Amanah sebagai presiden.

Difahamkan akan ada lapan ahli jawatankuasa mewakili pelbagai kaum dan agama dari seluruh negara.

Tengku Razaleigh yang merupakan bekas menteri kewangan dan naib presiden Umno seringkali menimbulkan perkara-perkara yang menjadi teras objektif Amanah dalam ucapan dan kenyataan media beliau sejak kebelakangan ini.

Beliau kini merupakan ahli Parlimen dan Ketua Umno Gua Musang.

“Amanat Merdeka Bapa Merdeka menyebut bahawa jika kita mahu bersatu sebagai sebuah keluarga di bawah satu bumbung bernama Malaysia, kita mesti jujur antara satu sama lain — Melayu, Cina, India, Dayak, Kadazan, Siam dan lain-lain — Muslim, Buddha, Hindu, Kristian dan sebagainya,” kata surat jemputan media.

Ahli jawatankuasa pusat Amanah Wan Saiful Wan Jan ketika dihubungi The Malaysian Insider berkata, “idea ini diketengahkan oleh Tengku Razaleigh sendiri pada satu mesyuarat baru-baru ini dengan memfokus pada mesej kemerdekaan yang disampaikan oleh (Bapa Kemerdekaan dan Perdana Menteri pertama Almarhum) Tunku Abdul Rahman.”

“Pertubuhan ini mahu menekankan soal perpaduan di kalangan rakyat, agar isu perpecahan antara lain tidak menjadi semakin serius,” kata beliau.

Katanya, senarai ahli jawatankuasa kepimpinan Amanah akan diumumkan pada hari pelancaran Jumaat ini.

“Mereka terdiri daripada pemimpin-pemimpin yang disegani dalam masyarakat kita... mereka terdiri daripada ahli-ahli politik, sosial dan usahawan, ia barisan kepimpinan campuran mewakili semua lapisan masyarakat,” kata Wan Saiful.

Difahamkan pihak penganjur melancarkannya menjelang ulang tahun hari kemerdekaan yang jatuh pada 31 Ogos. Negara menyambut ulang tahun ke-54 akhir bulan depan.

Keseluruhannya, Amanah dilancarkan dengan enam tujuan utama iaitu mengembalikan legasi, janji-janji dan ideal Bapa Malaysia dan pengasas-pengasas negara ini agar kesemua rakyat Malaysia dapat hidup bersama sebagai satu komuniti yang adil, progresif, bersatu dan gembira.

Selain itu Amanah juga bertujuan memperakui, menegakkan semula dan menghormati kedaulatan negeri-negeri dalam Persekutuan Malaysia, memastikan institusi-institusi kebangsaan menghormati dan mempertahakan undang-undang, prinsip demokrasi, hak dan nilai-nilai universal.

Ia juga bersandarkan tujuan menyokong kerajaan dan pentadbiran yang telus dan bertanggungjawab, berdaya saing dan berkesan, bebas rasuah dan kronisme, bersih dan jujur, adil dan amanah yang boleh menjalankan tugas dan tanggungjawabnya.

The Malaysian Insider) - Presiden Angkatan Amanah Merdeka (Amanah) Tengku Razaleigh Hamzah berkata sudah tiba masanya untuk rakyat negara ini bangkit menentang segala penyelewengan yang berlaku termasuk rasuah, kronisme, sikap pelampau dan pembaziran. Tegas beliau, rakyat jangan membiarkan perbuatan memanipulasikan politik digunakan untuk memecahkan perpaduan rakyat melalui dasar dan keputusan yang memihak kepada pihak yang berkepentingan.

“Kita jangan membiarkan perbuatan manipulasi politik apa pun dan dari mana-mana pihak pun untuk memecahkan rakyat majoriti melalui dasar dan keputusan yang secara sengaja dibuat untuk kepentingan golongan-golongan minoriti yang berkepentingan.

“Saya memerhatikan dengan hati yang gusar melihat keadaan yang amat merunsingkan iaitu keadaan perhubungan antara kaum dan antara agama yang kian memburuk sejak beberapa tahun kebelakangan ini dan jika keadaan ini saya tambahkan lagi dengan perbuatan sesetengah pihak dan orang perseorangan yang secara terang-terangan sengaja merosakkan institusi-institusi perpaduan negara untuk kepentingan mereka,” katanya pada perasmian Amanah di Memorial Tunku Abdul Rahman Putra di sini.

Tegas Tengku Razaleigh yang lebih dikenali sebagai “Ku Li”, masa untuk melihat segala penyelewengan yang berlaku sudah tamat dan sekarang untuk bangkit menyatakan pendirian masing-masing.

“Inilah masanya golongan majoriti yang menyepi selama ini mendengarkan suara mereka, inilah masanya ayah yang selama ini senyap untuk bersuara bersama alunan dan jeritan suara yang lain dan bertanya ‘kami mahukan kebenaran, tidak paparan palsu dan penipuan’.

“Inilah masanya suri rumah tangga yang selama ini berdiam diri dan tidak bersuara berkata ‘saya mahukan masa depan anak-anak saya yang bebas daripada segala macam masalah yang dicetuskan oleh pelbagai pihak dan individu politik, ekonomi dan kumpulan sosial yang berkepentingan sendiri’.

“Ini masanya untuk orang muda dan dewasa yang bekerja berkata ‘kami mahu tahu ke manakah arah tuju negara kita dan kami mahu tahu bahawa keputusan dan pilihan yang dibuat adalah yang terbaik dan benar’,” katanya.

Ahli Parlimen dan Ketua Umno Gua Musang ini berkata, Amanah yang dianggotai beberapa tokoh pemimpin bukan untuk menentang kerajaan tapi adalah untuk hak rakyat.

“Suara ini adalah suara perpaduan, suara solidariti, suara kebenaran dan kita akan berdiri teguh menentang wabak rasuah, kronisme, perkauman, sikap pelampau dan pembaziran.

“Kita akan berkata dahulukan kepentingan kebangsaan yakni kepentingan negara dan kepentingan rakyat, ini matlamat kita,” katanya.

Tujuan Angkatan Amanah Merdeka, atau AMANAH "Untuk mengukuhkan lagi, bagi menanam dan menyalakan semula semangat perpaduan dan semangat keluarga, benar yang berlaku di kalangan semua rakyat Malaysia pada masa perjuangan kita bersama untuk mencapai kemerdekaan negara . "
Kami percaya bahawa ia adalah penting untuk menghidupkan semula warisan "Amanat MERDEKA Bapa Malaysia" mengikut surat dan semangat Perlembagaan Malaysia.
Tunku Abdul Rahman "Amanat Merdeka Bapa Malaysia" berbunyi:

"Jika kita benar-benar mahu untuk bersatu sebagai sebuah keluarga dan hidup di bawah satu bumbung yang dipanggil Malaysia, kita mesti ikhlas antara satu sama lain - Melayu, Chiense, India, Dayak, Kadazan, Siam dan lain-lain Islam, Budhists, Hindu, Kristian, dan lain-lain "

"Jika kita ikhlas maka kita tidak boleh berkata apa-apa yang akan menyakiti antara satu sama lain. Kita juga tidak boleh berbuat apa-apa yang akan menyakiti antara satu sama lain. "

"Sebagai ahli ikhlas satu keluarga kita perlu sentiasa berada di sana untuk membantu satu sama lain. Orang kaya mesti membantu golongan miskin dan yang berjaya mesti membantu yang kurang bernasib baik. Barulah kita boleh menjadi satu bangsa dan sebuah negara yang bersatu padu dan kuat. Semua orang akan gembira. Hanya selepas itu Malaysia akan dihormati oleh dunia "

Misi Amanah:

1. Untuk menghidupkan semula warisan, janji dan cita-cita Bapa Malaysia dan Bapa Pengasas supaya semua rakyat Malaysia boleh hidup bersama sebagai ahli-ahli yang benar-benar adil, adil, progresif, bersatu dan masyarakat negara gembira
2. Untuk bersungguh-sungguh mengakui, mengesahkan dan menghormati kedaulatan negara-negara anggota Persekutuan Malaysia, selaras dengan prinsip-prinsip federalisme, selaras dengan prinsip-prinsip demokrasi dan dalam semangat Perlembagaan sebenar.
3. Untuk memastikan bahawa institusi-institusi negara kita menghormati dan mendukung kedaulatan undang-undang, prinsip-prinsip demokrasi, hak dan nilai-nilai universal.
4. Bagi menyokong kerajaan dan pentadbiran iaitu: - Telus dan bertanggungjawab, - Benar-benar berwibawa dan cekap, - Bebas rasuah dan kronisme, - Bersih dan jujur, - Yang adil dan amanah, yang akan mampu untuk berkhidmat fungsi dan memenuhi tanggungjawabnya, bebas dan adil. Suatu pentadbiran yang akan sentiasa mengambil berat tentang hak-hak dan kepentingan rakyat di atas nama yang menyebabkan ia dilantik untuk berkhidmat.
5. Untuk menggalakkan sosioekonomi kesejahteraan rakyat, supaya semua rakyat Malaysia boleh menikmati kemajuan yang sebenar, progresif, kehidupan yang adil dan saksama - individu menegakkan ketaatan kepada ibu bapa dan lain-lain nilai-nilai murni dan kolektif menyertai bersama dalam persaudaraan keluarga ikhlas sebagai ahli masyarakat negara kita dan sebagai pihak-pihak yang berkepentingan dalam nasib yang sama negara kita.
6. Untuk menyokong dasar ekonomi yang akan membantu mencapai dan mengekalkan standard kehidupan yang tinggi untuk rakyat, berdasarkan prinsip keadilan, kesaksamaan dan keseimbangan, selaras dengan perlembagaan dan di bawah keadaan kewangan yang stabil.


The purpose of Angkatan Amanah Merdeka, or, in short, Amanah, is: “To reaffirm, to inculcate and to re-ignite the sense of togetherness and true family spirit that prevailed among all Malaysians during the time of our common struggle for national independence.”

We believe that it is important to revive the legacy of “AMANAT MERDEKA BAPA MALAYSIA” in accordance with the letter and spirit of the Constitution of Malaysia.

Tunku Abdul Rahman’s “Amanat Merdeka Bapa Malaysia” reads:

“If we really want to come together as a family and live under one roof called Malaysia, we must be sincere with one another – Malay, Chiense, Indian, Dayak, Kadazan, Siamese and others – Muslims, Budhists, Hindu, Christian, etc”

“If we are sincere then we cannot say anything that will hurt one another. We cannot also do anything that will hurt each other.”

“As sincere members of one family we must always be there to help one another. The rich must help the poor and the succesful must help the unfortunate. Only then can we become one people and a country that is united and strong. Everyone will be happy. Only then will Malaysia be respected by the world”

The mission of Amanah:

1. To rekindle the legacy, promise and ideals of Bapa Malaysia and the Founding Fathers so that all Malaysians may live together as members of a truly just, fair, progressive, united and happy national community

2. To earnestly acknowledge, affirm and respect the sovereignty of the constituent states of the Malaysian Federation, consistent with the principles of federalism, consistent with democratic principles and in true spirit of the Constitution

3. To ensure that our national institutions respect and uphold the rule of law, democratic principles, rights and universal values.

4. To support a government and administration that is:

- transparent and accountable,

- truly competent and efficient,

- free of corruption and cronyism,

- clean and honest,

- fair and trustworthy,

that will be fully able to serve its functions and meet its responsibilities, freely and fairly. An administration that will always be mindful of the rights and interests of the people in whose name and cause it is appointed to serve.

5. To promote the socioeconomic well-being of the people, so that all Malaysians may enjoy truly advanced, progressive, fair and equitable lives — individually upholding filial piety and other noble values and collectively joined together in sincere family kinship as members of our national community and as stakeholders in our common national destiny.

6. To support an economic policy that will help achieve and sustain a high standard of living for the people, based on the principle of justice, fairness and balance, consistent with the constitution and under a stable monetary condition.

Yours sincerely,

Wan Saiful Wan Jan

Amanah Central Committee Member

NEGRO DADAH 8KG MELAYU HISAP TERTIDUR DISIMBAH ASID



SEREMBAN 21 Julai - Cubaan seorang lelaki Nigeria menyeludup masuk dadah jenis syabu seberat lapan kilogram yang disorokkan di dalam enam buku tebal melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), malam semalam, gagal apabila berjaya dipatahkan pihak berkuasa.
Suspek berusia 25 tahun yang berlagak seperti seorang pelajar itu ditahan anggota Cawangan Narkotik Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) sejurus tiba di KLIA dari Dubai, pukul 11.53 malam.
Timbalan Pengarah Kastam Cawangan Narkotik, Liah Omar berkata, hasil pemeriksaan mesin pengimbas terhadap bagasi dibawa suspek menunjukkan imej yang mencurigakan.
"Berikutan itu, pemeriksaan lanjut dilakukan dan menemui enam buku tebal yang mencurigakan dalam bagasi tersebut.
"Kita dapati setiap helaian muka suratnya sukar untuk diselak seperti digam. Apabila dikoyakkan, kami dapati bahagian tengah buku-buku itu telah ditebuk dan bahan kristal jernih ditemui di situ.
"Ujian awal menunjukkan bahan itu adalah dadah jenis syabu dengan nilai pasaran dianggarkan RM2 juta," katanya pada sidang akhbar di pejabat Cawangan Narkotik JKDM di Kampung Jijan, Nilai, dekat sini, hari ini.
Menurut beliau, pihaknya mendapatkan perintah mahkamah bagi menahan reman suspek selama tujuh hari untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.
Liah menambah, suspek yang pernah ke negara ini pada 2008 melakukan perjalanan dari Logos ke Dubai sebelum ditahan di KLIA.
Beliau berkata, orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kegiatan penyeludupan dadah boleh menghubungi JKDM di talian bebas tol 1-800-88-8855 atau talian terus pejabat Cawangan Narkotik, 06-7917792/7587.

Pencuri kekenyangan diberkas


SEORANG pembantu rumah menunjukkan mi segera yang dinikmati oleh pencuri sebelum tertidur akibat kekenyangan di kawasan perumahan Jalan Bayam, Kota Bharu, semalam.


KOTA BHARU 21 Julai - Tindakan seorang pencuri mabuk menjamu selera dengan mi segera dan minum kopi di rumah yang dicerobohnya membawa padah apabila dia ditangkap polis selepas tertidur di sebuah bilik di rumah itu kerana kekenyangan.
Kejadian pukul 11.30 pagi di kawasan perumahan Jalan Bayam pada Sabtu lalu itu disedari pemilik rumah yang juga pesara guru, Foo Ai Siew, 63, sebaik sahaja pulang daripada menziarahi anaknya di Kampung Wakaf Stan dekat sini.
Ketika ditemui, lelaki berusia 30-an itu turut mengambil sebuah kipas di ruang tamu untuk keselesaan semasa tidur di dalam bilik di tingkat bawah rumah.
Menurut Ai Siew, dia ke rumah anaknya pada malam Khamis lalu kerana mempunyai urusan dan hanya pulang dua hari kemudian.
"Ketika cuba hendak buka pintu rumah, saya hairan apabila mendapati pintu tidak berkunci sedangkan saya menguncinya sebelum meninggalkan rumah tempoh hari.
"Sebaik sahaja membuka pintu, saya terkejut mendapati rumah dalam keadaan berselerak dan semua laci kabinet televisyen terbuka selain alat pemain cakera digital juga hilang," katanya ketika ditemui di rumahnya di sini hari ini.
Dia yang curiga membuat keputusan untuk tidak masuk ke dalam rumah kerana bimbang akan keselamatannya dan segera menelefon anaknya, Wong Hwee Hoon, 35.
"Sejurus sampai, anak saya segera masuk ke dalam rumah dan melihat pencuri itu sedang tidur nyenyak malah turut membawa masuk kipas dari ruang tamu ke dalam bilik untuk lebih selesa.
"Saya meminta bantuan daripada jiran-jiran dan mereka menasihatkan supaya memanggil polis untuk menahan pencuri tersebut. Beberapa minit kemudian polis datang dan menahan lelaki berkenaan," ujarnya.
Tambahnya, dia kerugian hampir RM1,000 selepas kehilangan alat pemain cakera digital, beberapa set pinggan mangkuk dan set minuman kesihatan serta beberapa bungkus mi segera serta minuman tin.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Azham Othman ketika dihubungi hari ini mengesahkan menerima laporan tersebut.
Menurutnya, kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 448 Kanun Keseksaan kerana pencerobohan rumah dan jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara maksimum tiga tahun atau denda sehingga RM5,000 atau kedua-duanya.

2 beradik parah disimbah asid

MARAN 21 Julai – Dua beradik cedera parah selepas menjadi mangsa simbahan cecair asid oleh jirannya di Felda Kesumba Jengka 9 dekat sini malam tadi.
Dalam kejadian pukul 8.30 malam itu, mangsa, Shafiq Haikal Mat Safar Zaidi, 13, dan adiknya, Shafiq Aiman, 10, sedang menunggang basikal ke rumah rakan mereka untuk belajar secara berkumpulan.
Ketua Polis Daerah, Deputi Supritendan Ahmad Johari Shahabudin berkata, suspek yang juga jiran mangsa menyimbah asid yang dipercayai cuka getah ke arah mangsa menyebabkannya cedera parah di muka, mata dan badan.
Berikutan kejadian itu, kata beliau, polis menahan reman seorang lelaki berusia 30-an bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 326 Kanun Jenayah yang membawa kecederaan parah.
“Shafiq Haikal cedera parah di badan dan di sebelah muka kiri manakala adiknya cedera seluruh muka dan mata dikejarkan ke Hospital Jengka sebelum dirujuk ke Hospital Kuala Lumpur (HKL),” katanya kepada Utusan Malaysia ketika dihubungi di sini hari ini.
Menurut Ahmad Johari, polis tidak teragak-agak mengambil tindakan undang-undang untuk mendakwa suspek kerana ia adalah perbuatan jenayah yang sangat serius.

21 Julai 2011

POLIS MATI DITEMBAK

CERITA NI DAH LAMA,BEBERAPA BULAN YG LALU.SEBAGAI RENUNGAN KITA MAKHLUK ALLAH.TIADA YANG KEKAL DIDUNIA INI.SEMUA AKAN DIJEMPUT.....KUATKAN AMALAN SOLEH KEPADA ALLAH,PATUHI SEGALA HAK ALLAH...RAKYAT MALAYSIA TIDAK MEMUSUHI POLIS SAMA SEKALI,BAHKAN BERTERIMA KASIH KERANA BERJAYA MELUMPUHKAN KEGIATAN JENAYAH DINEGARA INI.
Al-fatihah buat polis yang beragama islam dan yang menurut perintah ALLAH.Semoga ditempatkan mereka semua dikalangan orang2 yg beriman.
                  .....RAKYAT MASIH SAYANGKAN POLIS.....
...ADAKAH PEMIMPIN UMNO PUN SAYANGKAN POLIS BAWAHAN?...

KUALA SELANGOR 2 Feb. - Seorang anggota polis berpangkat sarjan ditemui mati dengan kesan tembakan di kepala di Jalan Mahang, Puncak Alam 2 di sini hari ini.
Mayat Mat Saini Omar, 50, yang bertugas di Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam ditemui tersandar berlumuran darah di tepi kereta jenis Proton Wira berwarna kelabu oleh orang awam yang lalu di tempat kejadian kira-kira pukul 11.45 pagi.
Kenderaan bernombor BGY 9676 didaftarkan atas nama isterinya yang merupakan seorang kontraktor Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn. Bhd. (Syabas).
Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Supritendan Mohd. Taib Ahmad berkata, turut ditemui di sisi mayat Mat Saini ialah sepucuk pistol jenis .38 'Smith & Wesson'.
Beliau berkata, siasatan awal mendapati, anggota polis itu mati akibat tembakan dari sebelah kiri kepalanya dan tembus ke kanan menggunakan sebutir peluru daripada pistol tersebut yang merupakan miliknya.
"Buat masa ini, kes tersebut disiasat sebagai kematian mengejut. Bagaimanapun, kita akan menjalankan siasatan terperinci mengenai kejadian ini dan mengenal pasti sama ada terdapat unsur jenayah atau tidak.
"Semuanya akan diketahui selepas bedah siasat dilakukan," katanya ketika ditemui di tempat kejadian.
Terdahulu, Timbalan Ketua Polis Selangor, Datuk A. Thaiveegan; Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Zahedi Ayob dan pegawai-pegawai kanan polis dari Shah Alam turut melawat tempat kejadian.
Mohd. Taib memberitahu, mangsa, Mat Saini yang merupakan anak jati Tanjung Karang telah berkhidmat dalam Polis Diraja Malaysia (PDRM) selama lebih 25 tahun.
Katanya, mangsa yang tidak mempunyai masalah disiplin di tempat kerja sepatutnya bertugas pagi ini.
Tambahnya, mayat bapa kepada empat orang anak itu dihantar ke Hospital Tanjung Karang untuk dibedah siasat.
Sementara itu, seorang pengawal keselamatan yang bertugas berhampiran tempat kejadian berkata, dia hanya terdengar bunyi satu das tembakan.
Saksi kejadian yang enggan dikenali memberitahu, curiga dengan bunyi tembakan itu, dia kemudian membuat rondaan dan terkejut apabila mendapati seorang lelaki bersandar dalam keadaan berlumuran darah berhampiran sebuah kereta Proton Wira.
"Kawasan ini memang sunyi dan agak jarang dilalui oleh kenderaan dan sebab itu saya boleh terdengar bunyi das tembakan.
"Sebaik sahaja sampai, saya nampak pintu dan bonet kereta ini terbuka seolah-olah rosak tetapi sebaik sahaja menghampirinya, saya nampak seorang lelaki dalam keadaan berlumuran darah," ujarnya.

Seorang anggota polis telah dijumpai mati dengan kesan satu das tembakan di kepala di bilik kuarters polis Salak South Baru menurut laporan akhbar Malay Mail 10 April 2011. Ini bukanlah kali pertama anggota polis dijumpai mati dengan kesan tembakan di balai polis mereka bertugas.
Pada Februari 2011 seorang anggota polis berpangkat sarjan ditemui mati dengan kesan tembakan di kepala di Jalan Mahang, Puncak Alam 2, Selangor.
Pada Disember 2009 pula seorang anggota polis berpangkat sub inspektor juga telah ditemui mati dengan kesan tembakan di pejabat cawangan Trafik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Jelebu.
Pada Disember 2004 seorang anggota polis berpangkat Sjn Mejar juga telah ditemui mati dengan kesan tembakan di pejabatnya di Balai Polis Paroi, Seremban.
Pada Oktober 2007 seorang anggota polis berpangkat koperal telah ditemui mati dengan kepala berlumuran darah di lorong belakang bangunan kedai di pusat perniagaan Lavender Heights, Senawang.
Sumber:Utusan/malaymail

"MORALNYA POLIS JUGA MERUPAKAN MAKHLUK ALLAH YANG MEMPUNYAI NYAWA DAN RASA"

"POLIS PUN KENA INGAT JUGA AKAN DIRINYA LEMAH DAN MEMERLUKAN PERTOLONGAN ALLAH,BUKAN PERTOLONGAN PEMERINTAH"

"ADA PEMIMPIN UMNO KISAH,MEMBELA NASIB POLIS YANG TELAH BANYAK BERJASA KEPADA MEREKA.PEMIMPIN UMNO BANYAK MENGGUNAKAN POLIS BAWAHAN DEMI KEPENTINGAN MEREKA"

"BILA POLIS DAH PENCEN POLIS AKAN BERCAMPUR DENGAN MASYARAKAT DISURAU BIASANYA.POLIS TIDAK LAGI PERGI KEBALAI POLIS,TAPI POLIS PERGI KE BALAI SOH."

"POLIS JANGAN BAGI MASYARAKAT MENYAMPAH!!!HORMATILAH HAK RAKYAT DAN PEMIMPIN PR,NAJIB TAK SELAMANYA KEKAL BERKUASA.
KITA DIBAWAH YG PENAT,DIMARAH,DIMAKI,DIMUSUHI.TAPI MEREKA DIATAS BERSENANG LENANG.MEREKA PENCEN PUN TAK PERLU PADA MASYARAKAT BAWAHAN KERANA MEREKA BANYAK WANG.

17 Julai 2011

AL-FATIHAH BUAT DR LO'LO'



KUALA LUMPUR, 17 Julai: Ahli parlimen Titiwangsa, Dr Lo' Lo' Mohd Ghazali (gambar) menghembuskan nafas terakhir di Hospital Selayang kira-kira jam 10.15 malam ini.

Jenazah beliau kini sedang diusahakan untuk dibawa ke Masjid Al-Akram, Dato Keramat.

Perkara itu disahkan oleh Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat, Siti Zailah Mohd Yusof ketika dihubungi Harakahdaily.

Maklumat berkenaan kematian itu juga turut dimuatkan pada laman Facebook dan Twitter Allahyarhamah atas nama keluarga.

Beliau sebelum ini menerima rawatan akibat kanser.

Dalam respons awal, Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan Allahyarhamuha seorang yang istiqamah berjuang untuk Islam sehingga akhir hayat.

"Saya dimaklumkan oleh keluarga terdekat almarhumah Dr Lo' Lo', MP PAS Titiwangsa tentang pemergian beliau sebentar tadi.

"Semoga Allah merahmati rohnya dan ditempatkan bersama orang-orang yang soleh. Beliau seorang yang istiqomah berjuang untuk Islam hingga ke saat akhir hayatnya," tulisnya di Facebook.

Ketua Dewan Pemuda PAS, Nasrudin Hassan pula menyifatkan Allahyarhamah seorang tokoh pejuang Islam yang tabah.

"PAS dan rakyat sebentar tadi kehilangan tokoh pejuang Islam yg tabah apabila sbentar td Dr Lo' Lo' telah kembali ke rahmatillah.. Al Faatiihah." tulisnya di Twitter.
Menurut anak allahyarhamuha, Muhd Fawwaz, jenazah akan diuruskan di Masjid al-Akram, Datuk Keramat pagi esok.
"Insya allah, akan dikebumikan pada waktu pagi di Tanah Perkuburan Islam Datuk Keramat," tulisnya melalui sistem mesej singkat (SMS) kepada Harakahdaily.
Smber:Harakah

13 Julai 2011

SENARAI 10 ILMUAN TERHEBAT DUNIA

Belakang Parang jika di asah lagikan tajam...

10 ILMUAN TERHEBAT DUNIA

1. Albert Einstein
Sebagai ilmuwan yang paling termasyur pada abad terakhir, Albert Einstein memutar ilmu fisika di dalam kepalanya seperti teorinya mengenai relatifitas, dan membuat kontribusi yang tidak ternilai pada teori gravitasi dan kuantum. Ia juga senang berperahu layar saat angin tidak kencang, “hanya untuk tantangan” katanya.
2. Leonardo da Vinci
Leonardo da Vinci adalah seorang Italia yang sangat eksentrik di mana lukisannya paling banyak di puji di abad pertengahan. Buku skets ilmiahnya, kebanyakan berisi fantasi tentang mesin-mesin aneh dan disain-disain brilian, banyak diantaranya tidak pernah diselesaikan dan ada yang baru dibuat beberapa abad sesudahnya, seperti rancangan helikopter.
3. Nikola Tesla
Tesla yang dikenal karena penemuannya atas gelombang radio dan arus bolak balik (AC) telah memulai lahirnya abad listrik. Ia juga dikenal sebagai jenius maniak yang hanya sedikit tidur dan senang dengan pertunjukkan seperti menggunakan tubuhnya sebagai konduktor dalam demonstrasi publik.
4. James Lovelock
Ilmuwan lingkungan modern dan penemu Hipotesa Gaia yang menganggap ‘dunia sebagai sebuah organisme’ ini sudah memberikan prediksi yang menakutkan mengenai perubahan iklim dan gambaran bumi kita pada masa puluhan tahun yang akan datang. Ia tidak malu-malu berkata mengenai masa depan bumi yang sangat suram, dengan krisis pada ekologi, sehingga kemusnahan massal manusia sebesar 80% pada tahun 2100 tidak dapat ditolak.
5. Jack Parsons
Jika Jack Parsons tidak sedang sibuk dalam mendirikan Jet Propulsion Laboratory, ia senang berlatih sulap dan menyebut dirinya seorang Anti Kristus. Anak nakal misterius yang mempunyai pendidikan non formal ini, bekerja mengatur program luar angkasa bagian pembuatan bahan bakar roket yang memandu Amerika Serikat dalam melewati Perang Dunia Kedua dan angkasa luar. Tetapi hidupnya berakhir tragis, setelah percobaan laboratoriumnya meledak beserta dirinya di dalam rumahnya pada tahun 1952.
6. Richard Feynman
Sebagai orang yang terlibat dalam tim jenius, Manhattan Project, yang membuat bom atom, ahli fisika Richard Feynman menjadi ilmuwanyang paling penting pada akhir abad ke 20. Jauh dari tipe seorang profesor, ia mempunyai semangat kebebasan dalam mengeksplorasi musik dan lingkungan alam. Selain itu ia mempunyai hobi memecahkan kode huruf Maya.
7. Freeman Dyson
Ahli ilmu fisika nuklir dan penulis aktif yang dihormati, Freeman Dyson bekerja sambilan sebagai penulis cerita sains fiksi. Pada tahun 1960, ia memuji ide bahwa di masa depan manusia perlu untuk membuat cangkang buatan, yang sekarang dikenal sebagai Dyson Sphere. Hal itu akan melingkari sistem solar dan memaksimalkan penggunaan energi matahari. Dyson sangat percaya dengan adanya kehidupan mahkluk luar angkasa dan akan membuat kontak dengan mereka dalam beberapa puluh tahun yang akan datang.
8. Robert Oppenheimer
Pemimpin Manhattan Project ini tidak pernah menyukai sosialisme dan perasaan konfliknya itu diwujudkan dengan menjatuhkan bom atom. Hal ini membuatnya dicoret dari akademi dan kekuasaan politiknya di copot. Meskipun di warnai kontroversi, ia yang dikenal oleh murid asuhannya sebagai “Oppie”, juga belajar bahasa Belanda dan Sansekerta, dan mengutip perkataan suci agama Hindu saat melihat percobaan bom atom yang pertama.
9. Wernher von Braun
Pada umur 12 tahun, Wernher von Braun yang pemberani mengisi mobil mainan-nya dengan beberapa petasan dan meledakkannya pada jalanan di Jerman yang ramai. Otak di balik program roket Hitler, V-2 ini, datang ke Amerika Serikat sebagai napi perang dan mengikuti riset eksplorasi ke angkasa luar dan bulan. Selain berhasil membawa orang ke bulan, von Braun juga menguasai ilmu psikologi dan menyelam.
10. Johann Konrad
Dippel Lahir dan besar di istana Frankenstein di Jerman pada abad 17, ahli kimia Johann Dippel dicatat sebagai penemu Prussian Blue, bahan celup kimia sintetis. Tetapi percobaan yang paling terkenal dan tidak pernah berakhir adalah pencariannya akan obat mujarab untuk keabadian. Percobaan terhadap mayat mungkin diinspirasi oleh Mary Shelley’s, karakter legenda.

11 Julai 2011

ORANG MUDA BANTU POLIS TANGKAP ORG HITAM

TIPS BLOGGER PAPAGOMO UNTUK BERSIH 3.0


Memang jahat kan bila FRU Sembur dengan Gas Pemedih Mata, Memang tak Berhati Perut kan? Gomo pun rasa kasihan dengan mangsa yang meninggal dunia ni. Tapi nak buat macam mana dia dah pun Mati meninggalkan kita semua.

Video di atas ini menjelaskan kenapa FRU Sembur GAS Pemedih Mata dan menyebabkan ada yang Mati sesak Nafas. Jika tidak ada provokasi dari pihak pendemo semalam tidak akan ada yang di sembur dengan Gas Pemedih Mata.

Pihak Polis terutamanya FRU menjalankan tanggungjawap mereka dalam menguatkuasakan Undang Undang dan menjaga keselamatan Awam. Walaupun dalam masa mereka menjaga kita nyawa mereka di dalam bahaya.

Pihak Polis tak tahu pun pakcik tu Sakit, lain lah kat Baju dia pakai tu Tulis "SAYA SAKIT"

Maaf lah Gomo cakap, memang Gomo takde belas kasihan pada pakcik yang Mati ni. Semalam ada lagi Ehsan belas kasihan tetapi bila Abang Pakcik ni keluarkan kenyataan "Salahkan Pihak Polis atas kematian Allahyarham Baharudin Ahmad" memang sudah agak melampau.

"Abang kepada Baharuddin Ahmad, seorang peserta perhimpunan Bersih 2.0 yang meninggal dunia semalam, mempersalahkan kematian mangsa adalah akibat sikap “kejam” pihak polis.
Kassim Ahmad, 72, memberitahu The Malaysian Insider bahawa Baharuddin mati kerana polis tidak memberikannya bantuan perubatan dengan segera sebaik sahaja Allahyarham pengsan akibat terkena air berasid dan gas pemedih mata yang dilepaskan oleh pasukan keselamatan.
“(Mereka) ada meminta polis agar membantu menghantar dia ke hospital tetapi mereka enggan. Jadi mereka menunggu satu setengah jam sebelum sebuah van datang,” katanya.
“Ramai yang cuba menyelamatkan dia... jika dia diberikan bantuan oksigen, dia kemungkinan masih hidup hari ini,” kata Kassim"


Petikan The Malaysian Insider



Ini Cara Aman Berdemo?

Buat pakcik kasim Ahmad, Harap pakcik tanya kepada pihak BERSIH kenapa mereka tidak bersiap sedia dengan segala kemungkinan yang bakal berlaku? Mereka berkempen Bersih agar pendemo membawa barang keperluan sahaja, Garam mesti di bawa dan Kad Pengenalan sahaja perlu di bawa.

Pakcik Kassim Ahmad tahu atau tidak bahawa mereka pihak BERSIH tidak pernah sama sekali menjelaskan kepada peserta akan soal soal keselamatan? Cara cara merawat mangsa yang mungkin mengalami kecederaan sewaktu berdemo juga tidak pernah mereka nyatakan.

Paling penting pekara yang perlu Pakcik Kassim Ahmad dan seluruh keluarga Arwah fikirkan ialah apa yang berlaku semalam adalah Demo Haram dan bukan lah aktiviti Sukaneka yang mana pasukan perubatan disediakan pihak Polis disetiap lokasi Demo. Demo tersebut adalah Haram dan tidak dibenarkan untuk diadakan.

Pakcik Kassim Ahmad menemplak pihak Polis kerana tidak menghulurkan bantuan, apakah Pakcik Kassim lupa pihak Polis sudah cuba menyelamatkan Nyawa Adik Pakcik Kassim agar berundur dan pulang sahaja ke rumah dan usah menyertai Demo haram tersebut. Namun Degil dan Engkar arahan pihak Polis.

Malah ramai yang terlepas pandang bahawa pihak POLIS lah yang menghubungi pasukan Perubatan dan pihak SB lah yang memberikan rawatan sementara pasukan perubatan Ambulans tiba.


Pasukan Perubatan PDRM Di Pulapol Semalam

Buat Rakyat Malaysia Khusunya puak Pakatan Pembangkang, Tanya dalam diri anda semua kenapa pihak BERSIH yang merupakan penganjur pada Demo Semalam tidak menyediakan satu Pasukan Perubatan bagi merawat mangsa mangsa yang mungkin cedera akibat dari aktiviti Demo yang berlaku.


KENAPA BERSIH TIDAK SEDIAKAN PASUKAN PERUBATAN?

Mereka pemimpin Pakatan Pembangkang menginap di Hotel 5 Bintang dan siap dengan pengawal Keselamatan dan para pengikut nya. Mereka siap segala galanya sampaikan Tuala Lap peluh pun di sediakan pembantu yang mengikuti mereka. Air Mineral yang mereka nak minum pun pengikut yang bawa. Apakah semua para penyokong Pakatan Pembangkang sedar hal ini?

Apalah sangat jika benar Pakatan Pembangkang benar benar Sayangkan Rakyat, Sayangkan para pendemo yang bersama mereka menyediakan pasukan Perubatan. Jika mereka Pakatan pembangkang boleh menyediakan Khidmat Guaman Percuma dan Wang jamin kepada yang di tangkap apatah sangat dengan Pasukan Perubatan?

Ini lah pekara pokok yang perlu setiap dari Rakyat Malaysia fikir dan renungkan. Matlamat mereka Pakatan Pembangkang sememangnya ingin ada Pendemo yang Cedera, Mati dan sebagainya pada hari tersebut. Ini memberikan keuntungan kepada mereka bagi menaikkan sentimen membenci Polis dan seterusnya Kerajaan Barisan Nasional.

Buat Pakcik Kassim Ahmad dan keluarga kepada Arwah, Gomo ucapkan takziah di atas apa yang berlaku. Bukan niat nak menghina tetapi nak menyedarkan kepada seluruh keluarga Arwah bahawa Arwah bukan mati sebagai seorang pejuang tetapi Arwah Mati dalam keadaan yang sia sia.

Arwah Tidak lebih dari Boneka Politik Pakatan Pembangkang Yang Akan Di Gunakan Sepanjang Masa. Percayalah............
http://www.papagomo.com/
Kadangkala kita mesti belajar dari musuh itulah perkara yg terbaekkk untuk sebuah kejayaan.Moga pihak penganjur untuk bersih 3.0 lebih menitikberatkan soal-soal yg disebut diatas.

10 Julai 2011

AL-FATIHAH BUAT ARWAH BAHARUDDIN








AL-FATIHAH
ALLAHUAKBAR!!!ALLAHUAKBAR!!!ALLAHUAKBAR!!!
TIADA YANG TERJADI IANYA SECARA KEBETULLAN.SETIAP YANG TERJADI ITU ADA HIKMAHNYA JUGA PETUNJUK BAGI MEREKA YANG BERIMAN,YAKIN DAN PERCAYA.

Bismillahirrahmanirrahim ..Kullu nafsin zaaikatul maut,Setiap yg bernyawa itu pasti akan merasai mati.Tidak kiralah dimana sekalipun malaikat maut tetap akan sampai bila tiba ajalnya.Perjuangan demi menegakkan keadilan pasti satu balasan yg baik dari Allah.Maka dengan itu ALLAH lebih menyayangi beliau daripada kita.Semoga Allah mencucuri rahmat diatas pemergian Allahyarham Burhanuddin.Insyaallah.

Walaubagaimanapun Syabas kpd iras arwah Burhanuddin kerana berjaya mencipta satu icon yg cukup dinamik.Beliau berdoa sambil seorang pemuda cina memegang pembesar suara.Ini tidak dapat dinafikan lagi.Saaaatu fenomena luar biasa yg jarang kita lihat.

Ambo cukup terhiba akan keunikkan ini.Tiada kata yang indah untuk menggambarkannya.Bermulalah kebangkitan rakyat MALAYSIA melakar sejarah negara.TAKBIRRRRRRR!!!!

Liputan Perhimpunan Bersih 2.0 sekitar 12.30pm - 4.30pm

KEBANGKITAN ORG2 MUDA TERJEMAHAN SURAH AL-KAHFI

Al-Kahf
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani
Segala puji tertentu bagi Allah yang telah menurunkan kepada hambaNya (Muhammad), Kitab suci Al-Quran dan tidak menjadikan padanya sesuatu yang bengkok (terpesong): (1) (Bahkan keadaannya) tetap benar lagi menjadi pengawas turunnya Al-Quran untuk memberi amaran (kepada orang-orang yang ingkar) dengan azab yang seberat-beratnya dari sisi Allah dan memberi berita gembira kepada orang-orang yang beriman yang mengerjakan amal-amal soleh, bahawa mereka akan beroleh balasan yang baik. (2) Mereka tinggal tetap dalam (balasan yang baik) itu selama-lamanya. (3) Dan juga Al-Quran itu memberi amaran kepada orang-orang yang berkata: Allah mempunyai anak. (4) (Sebenarnya) mereka tiada mempunyai sebarang pengetahuan mengenainya dan tiada juga bagi datuk nenek mereka; besar sungguh perkataan syirik yang keluar dari mulut mereka; mereka hanya mengatakan perkara yang dusta. (5) Maka jangan-jangan pula engkau (wahai Muhammad), membinasakan dirimu disebabkan menanggung dukacita terhadap kesan-kesan perbuatan buruk mereka, jika mereka enggan beriman kepada keterangan Al-Quran ini. (6) Sesungguhnya Kami telah jadikan apa yang ada di muka bumi sebagai perhiasan baginya, kerana kami hendak menguji mereka, siapakah di antaranya yang lebih baik amalnya. (7) Dan sesungguhnya Kami akan jadikan apa yang ada di bumi itu (punah-ranah) sebagai tanah yang tandus. (8) Adakah engkau menyangka (wahai Muhammad), bahawa kisah "Ashaabul Kahfi" dan "Ar-Raqiim" itu sahaja yang menakjubkan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaan Kami? (9) (Ingatkanlah peristiwa) ketika serombongan orang-orang muda pergi ke gua, lalu mereka berdoa: Wahai Tuhan kami! Kurniakanlah kami rahmat dari sisiMu dan berilah kemudahan-kemudahan serta pimpinan kepada kami untuk keselamatan agama kami. (10) Lalu Kami tidurkan mereka dengan nyenyaknya dalam gua itu, bertahun-tahun, yang banyak bilangannya. (11) Kemudian Kami bangkitkan mereka (dari tidurnya), untuk Kami menguji siapakah dari dua golongan di antara mereka yang lebih tepat kiraannya, tentang lamanya mereka hidup (dalam gua itu). (12) Kami ceritakan kepadamu (wahai Muhammad) perihal mereka dengan benar; sesungguhnya mereka itu orang-orang muda yang beriman kepada Tuhan mereka dan kami tambahi mereka dengan hidayat petunjuk. (13) Dan Kami kuatkan hati mereka (dengan kesabaran dan keberanian), semasa mereka bangun (menegaskan tauhid) lalu berkata: Tuhan kami ialah Tuhan yang mencipta dan mentadbirkan langit dan bumi; kami tidak sekali-kali akan menyembah Tuhan yang lain dari padanya; jika kami menyembah yang lainnya bermakna kami memperkatakan dan mengakui sesuatu yang jauh dari kebenaran. (14) (Mereka berkata pula sesama sendiri): Kaum kita itu, menyembah beberapa tuhan yang lain dari Allah; sepatutnya mereka mengemukakan keterangan yang nyata yang membuktikan ketuhanan makhluk-makhluk yang mereka sembah itu? (Tetapi mereka tidak dapat berbuat demikian); Maka tidak ada yang lebih zalim dari orang-orang yang berdusta terhadap Allah. (15) Dan oleh kerana kamu telah mengasingkan diri dari mereka dan dari apa yang mereka sembah yang lain dari Allah, maka pergilah kamu berlindung di gua itu, supaya Tuhan kamu melimpahkan dari rahmatnya kepada kamu dan menyediakan kemudahan-kemudahan untuk (menjayakan) urusan kamu dengan memberikan bantuan yang berguna. (16) Dan engkau akan melihat matahari ketika terbit, cenderung ke kanan dari gua mereka dan apabila ia terbenam, meninggalkan mereka ke arah kiri, sedang mereka berada dalam satu lapangan gua itu. Yang demikian ialah dari tanda-tanda (yang membuktikan kekuasaan) Allah. Sesiapa yang diberi hidayat petunjuk oleh Allah, maka dialah yang berjaya mencapai kebahagiaan dan sesiapa yang disesatkanNya maka engkau tidak sekali-kali akan beroleh sebarang penolong yang dapat menunjukkan (jalan yang benar) kepadanya. (17) Dan engkau sangka mereka sedar, padahal mereka tidur dan Kami balik-balikkan mereka dalam tidurnya ke sebelah kanan dan ke sebelah kiri; sedang anjing mereka menghulurkan dua kaki depannya dekat pintu gua; jika engkau melihat mereka, tentulah engkau akan berpaling melarikan diri dari mereka dan tentulah engkau akan merasa sepenuh-penuh gerun takut kepada mereka. (18) Dan demikianlah pula Kami bangkitkan mereka (dari tidurnya), supaya mereka bertanya-tanyaan sesama sendiri. Salah seorang di antaranya bertanya: Berapa lama kamu tidur? (sebahagian dari) mereka menjawab: Kita telah tidur selama sehari atau sebahagian dari sehari. (Sebahagian lagi dari) mereka berkata: Tuhan kamu lebih menengetahui tentang lamanya kamu tidur; sekarang utuslah salah seorang dari kamu, membawa wang perak kamu ini ke bandar; kemudian biarlah dia mencari dan memilih mana-mana jenis makanan yang lebih baik lagi halal (yang dijual di situ); kemudian hendaklah dia membawa untuk kamu sedikit habuan daripadanya; dan hendaklah dia berlemah-lembut dengan bersungguh-sungguh (semasa di bandar); dan janganlah dia melakukan sesuatu yang menyebabkan sesiapapun menyedari akan hal kamu. (19) Sesungguhnya, kalaulah mereka mengetahui hal kamu, tentulah mereka akan merejam dengan membunuh kamu atau mereka akan mengembalikan kamu kepada agama mereka (secara paksa) dan jika berlaku demikian, kamu tidak sekali-kali akan berjaya selama-lamanya. (20) Dan demikianlah Kami dedahkan hal mereka kepada orang ramai supaya orang-orang itu mengetahui bahawa janji Allah menghidupkan semula orang mati adalah benar, dan bahawa hari kiamat itu tidak ada sebarang syak padanya; pendedahan itu berlaku semasa orang-orang itu berbantahan sesama sendiri mengenai perkara hidupnya semula orang mati. Setelah itu maka (sebahagian dari) mereka berkata: Dirikanlah sebuah bangunan di sisi gua mereka, Allah jualah yang mengetahui akan hal ehwal mereka. orang-orang yang berkuasa atas urusan mereka (pihak raja) pula berkata: Sebenarnya kami hendak membina sebuah masjid di sisi gua mereka. (21) (Sebahagian dari) mereka akan berkata: Bilangan Ashaabul Kahfi itu tiga orang, yang keempatnya ialah anjing mereka dan setengahnya pula berkata: Bilangan mereka lima orang, yang keenamnya ialah anjing mereka secara meraba-raba dalam gelap akan sesuatu yang tidak diketahui dan setengahnya yang lain berkata: Bilangan mereka tujuh orang dan yang kelapannya ialah anjing mereka. Katakanlah (wahai Muhammad): Tuhanku lebih mengetahui akan bilangan mereka, tiada yang mengetahui bilangannya melainkan sedikit. Oleh itu, janganlah engkau berbahas dengan sesiapapun mengenai mereka melainkan dengan bahasan (secara sederhana) yang nyata (keterangannya di dalam Al-Quran) dan janganlah engkau meminta penjelasan mengenai hal mereka kepada seseorangpun dari golongan (yang membincangkannya). (22) Dan janganlah engkau berkata mengenai sesuatu (yang hendak dikerjakan): Bahawa aku akan lakukan yang demikian itu, kemudian nanti. (23) Melainkan (hendaklah disertakan dengan berkata): Insya Allah dan ingatlah serta sebutlah akan Tuhanmu jika engkau lupa dan katakanlah: Mudah-mudahan Tuhanku memimpinku ke jalan petunjuk yang lebih dekat dan lebih terang dari ini. (24) Dan mereka telah tinggal tidur dalam gua mereka: Tiga ratus tahun (dengan kiraan Ahli Kitab) dan sembilan lagi (dengan kiraan kamu). (25) Katakanlah (wahai Muhammad): Allah jua yang mengetahui tentang masa mereka tidur; bagiNyalah tertentu ilmu pengetahuan segala rahsia langit dan bumi; terang sungguh penglihatanNya dan jelas sungguh pendengaranNya (terhadap segala-galanya)! Tidak ada bagi penduduk langit dan bumi pengurus selain daripadaNya dan Dia tidak menjadikan sesiapapun masuk campur dalam hukumNya. (26) Dan baca serta turutlah apa yang diwahyukan kepadamu dari kitab Tuhanmu; tiada sesiapa yang dapat mengubah kalimah-kalimahNya dan engkau tidak sekali-kali akan mendapat tempat perlindungan selain daripadaNya. (27) Dan jadikanlah dirimu sentiasa berdamping rapat dengan orang-orang yang beribadat kepada Tuhan mereka pada waktu pagi dan petang, yang mengharapkan keredaan Allah semata-mata dan janganlah engkau memalingkan pandanganmu daripada mereka hanya kerana engkau mahukan kesenangan hidup di dunia dan janganlah engkau mematuhi orang yang Kami ketahui hatinya lalai daripada mengingati dan mematuhi pengajaran Kami di dalam Al-Quran, serta dia menurut hawa nafsunya dan tingkah-lakunya pula adalah melampaui kebenaran. (28) Dan katakanlah (wahai Muhammad): Kebenaran itu ialah yang datang dari Tuhan kamu, maka sesiapa yang mahu beriman, hendaklah dia beriman dan sesiapa yang mahu kufur ingkar, biarlah dia mengingkarinya. Kerana Kami telah menyediakan bagi orang-orang yang berlaku zalim itu api Neraka, yang meliputi mereka laksana khemah; dan jika mereka meminta pertolongan kerana dahaga, mereka diberi pertolongan dengan air yang seperti tembaga cair yang membakar muka; amatlah buruknya minuman itu dan amatlah buruknya Neraka sebagai tempat bersenang-senang. (29) Sebenarnya orang-orang yang beriman dan beramal soleh sudah tetap Kami tidak akan menghilangkan pahala orang-orang yang berusaha memperbaiki amalnya. (30) Mereka itu, disediakan baginya Syurga yang kekal, yang mengalir di bawahnya beberapa sungai; mereka dihiaskan di dalamnya dengan gelang-gelang tangan emas dan memakai pakaian hijau dari sutera yang nipis dan sutera tebal yang bersulam; mereka berehat di dalamnya dengan berbaring di atas pelamin-pelamin (yang berhias). Demikian itulah balasan yang sebaik-baiknya dan demikian itulah Syurga tempat berehat yang semolek-moleknya. (31) Dan berikanlah kepada mereka satu contoh: Dua orang lelaki, Kami adakan bagi salah seorang di antaranya, dua buah kebun anggur dan Kami kelilingi kebun-kebun itu dengan pohon-pohon tamar, serta Kami jadikan di antara keduanya, jenis-jenis tanaman yang lain. (32) Kedua-dua kebun itu mengeluarkan hasilnya dan tiada mengurangi sedikitpun dari hasil itu dan kami juga mengalirkan di antara keduanya sebatang sungai. (33) Tuan kebun itu pula ada mempunyai harta (yang lain); lalu berkatalah dia kepada rakannya, semasa dia berbincang dengannya: Aku lebih banyak harta daripadamu, dan lebih berpengaruh dengan pengikut-pengikutku yang ramai. (34) Dan dia pun masuk ke kebunnya (bersama-sama rakannya), sedang dia berlaku zalim kepada dirinya sendiri (dengan sebab kufurnya), sambil dia berkata: Aku tidak fikir, kebun ini akan binasa selama-lamanya. (35) Dan aku tidak fikir, hari kiamat akan berlaku dan kalaulah aku dikembalikan kepada Tuhanku (sebagaimana kepercayaanmu), tentulah aku akan mendapat tempat kembali yang lebih baik daripada ini. (36) berkatalah rakannya kepadanya, semasa dia berbincang dengannya: Patutkah engkau kufur ingkar kepada Allah yang menciptakan engkau dari tanah, kemudian dari air benih, kemudian Dia membentukmu dengan sempurna sebagai seorang lelaki? (37) Tetapi aku sendiri percaya dan yakin dengan sepenuhnya bahawa Dialah Allah, Tuhanku dan aku tidak sekutukan sesuatu pun dengan Tuhanku. (38) Dan sepatutnya semasa engkau masuk ke kebunmu, berkata: (Semuanya ialah barang yang dikehendaki Allah)! (tiada daya dan upaya melainkan dengan pertolongan Allah)? Kalau engkau memandang aku sangat kurang tentang harta dan anak berbanding denganmu. (39) Maka mudah-mudahan Tuhanku akan mengurniakan daku lebih baik daripada kebunmu, dan (aku bimbang) Dia akan menimpakannya dengan bala, bencana dari langit, sehinggalah menjadilah kebunmu itu tanah yang licin tandus. (40) Ataupun air kebun itu akan menjadi kering ditelan bumi, maka dengan yang demikian, engkau tidak akan dapat mencarinya lagi. (41) Dan segala tanaman serta hartabendanya itupun dibinasakan, lalu jadilah dia membalik-balikkan kedua tapak tangannya (kerana menyesal) terhadap segala perbelanjaan yang telah dibelanjakannya pada kebun-kebunnya, sedang kebun-kebun itu runtuh junjung-junjung tanamannya; sambil dia berkata: Alangkah baiknya kalau aku tidak sekutukan sesuatupun dengan Tuhanku! (42) Dan dia tidak mendapat sebarang golongan yang boleh menolongnya, selain dari Allah dan dia pula tidak dapat membela dirinya sendiri. (43) Pada saat yang sedemikian itu kekuasaan memberi pertolongan hanya tertentu bagi Allah, Tuhan yang sebenar-benarnya; Dialah sebaik-baik pemberi pahala, dan sebaik-baik pemberi kesudahan yang berbahagia (kepada hamba-hambaNya yang taat). (44) Dan kemukakanlah kepada mereka misal perbandingan: Kehidupan dunia ini samalah seperti air yang Kami turunkan dari langit, lalu bercampur aduklah tanaman di bumi antara satu sama lain (dan kembang suburlah ia) disebabkan air itu; kemudian menjadilah ia kering hancur ditiup angin dan (ingatlah) adalah Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu. (45) Harta benda dan anak pinak itu, ialah perhiasan hidup di dunia dan amal-amal soleh yang kekal faedahnya itu lebih baik pada sisi Tuhanmu sebagai pahala balasan, dan lebih baik sebagai asas yang memberi harapan. (46) Dan (ingatkanlah) hari Kami bongkar dan terbangkan gunung-ganang dan engkau akan melihat (seluruh) muka bumi terdedah nyata dan Kami himpunkan mereka (di padang Mahsyar) sehingga Kami tidak akan tinggalkan seorangpun dari mereka. (47) Dan mereka tetap akan dibawa mengadap Tuhanmu dengan berbaris teratur, (sambil dikatakan kepada mereka): Kamu sekarang telah datang kepada Kami (berseorangan) sebagaimana Kami telah jadikan kamu pada mulanya; bahkan kamu dahulu menyangka, bahawa kami tidak akan menjadikan bagi kamu masa yang tertentu (untuk melaksanakan apa yang Kami telah janjikan). (48) Dan Kitab-kitab Amal juga tetap akan dibentangkan, maka engkau akan melihat orang-orang yang berdosa itu, merasa takut akan apa yang tersurat di dalamnya dan mereka akan berkata: Aduhai celakanya kami, mengapa kitab ini demikian keadaannya? Ia tidak meninggalkan yang kecil atau yang besar, melainkan semua dihitungnya dan mereka dapati segala yang mereka kerjakan itu sedia (tertulis di dalamnya) dan (ingatlah) Tuhanmu tidak berlaku zalim kepada seseorangpun. (49) Dan (ingatkanlah peristiwa) ketika Kami berfirman kepada malaikat: Sujudlah kamu kepada Adam; lalu mereka sujud melainkan iblis; dia adalah berasal dari golongan jin, lalu dia menderhaka terhadap perintah Tuhannya. Oleh itu, patutkah kamu hendak menjadikan iblis dan keturunannya sebagai sahabat-sahabat karib yang menjadi pemimpin selain daripadaku? Sedang mereka itu ialah musuh bagi kamu. Amatlah buruknya bagi orang-orang yang zalim: Pengganti yang mereka pilih itu. (50) Aku tidak memanggil mereka menyaksi atau membantuKu menciptakan langit dan bumi, dan tidak juga meminta bantuan setengahnya untuk menciptakan setengahnya yang lain dan tidak sepatutnya Aku mengambil makhluk-makhluk yang menyesatkan itu sebagai pembantu. (51) Dan (ingatkanlah) masa Allah berfirman: Panggillah sekutu-sekutuKu yang kamu katakan itu (untuk menolong kamu); lalu mereka memanggilnya, tetapi sia-sia sahaja, kerana makhluk-makhluk itu tidak menyahut seruan mereka dan kami jadikan untuk mereka bersama sebuah tempat azab yang membinasakan. (52) Dan orang-orang yang berdosa itu tetap akan melihat Neraka, maka yakinlah mereka, bahawa mereka akan jatuh ke dalamnya dan mereka tidak akan mendapati sebarang jalan untuk mengelakkan diri daripadanya. (53) Dan demi sesungguhnya Kami telah huraikan dengan berbagai-bagai cara di dalam Al-Quran ini untuk umat manusia, dari segala jenis contoh bandingan dan sememangnya manusia itu, sejenis makhluk yang banyak sekali bantahannya. (54) Dan tiada yang menghalang manusia daripada beriman, ketika datang petunjuk Al-Quran kepada mereka dan daripada memohon ampun kepada Tuhan mereka, melainkan (kerana kedegilan mereka dan kerana mereka) menunggu didatangi azab yang memusnahkan yang telah menimpa orang-orang dahulu atau di datangi azab yang dilihat dan dihadapi. (55) Dan tidak Kami mengutus Rasul-rasul, melainkan sebagai pemberi berita gembira dan pemberi amaran dan orang-orang yang kafir membantah dengan alasan yang salah untuk menghapuskan kebenaran dengan bantahan itu dan mereka jadikan ayat-ayatku, dan amaran yang diberikan kepada mereka sebagai ejek-ejekan. (56) Dan tidaklah ada yang lebih zalim daripada orang yang diberi ingat dengan ayat-ayat Tuhannya, lalu dia berpaling daripadanya dan lupa akan apa yang telah dilakukan oleh kedua tangannya; sesungguhnya (disebabkan bawaan mereka yang buruk itu) Kami jadikan tutupan berlapis-lapis atas hati mereka, menghalang mereka daripada memahaminya dan (Kami jadikan) pada telinga mereka penyumbat (yang menyebabkan mereka pekak) dan jika engkau menyeru mereka kepada petunjuk, maka dengan keadaan yang demikian, mereka tidak sekali-kali akan beroleh hidayat petunjuk selama-lamanya. (57) Dan Tuhanmu Maha Pengampun, lagi melimpah-limpah rahmatnya. Jika Dia mahu menyeksa mereka (di dunia) disebabkan apa yang mereka telah usahakan, tentulah Dia akan menyegerakan azab itu menimpa mereka; (tetapi Dia tidak berbuat demikian) bahkan ditentukan bagi mereka satu masa yang mereka tidak sekali-kali akan dapat sebarang tempat perlindungan, yang lain daripadanya. (58) Dan penduduk negeri-negeri (yang derhaka) itu Kami telah binasakan ketika mereka melakukan kezaliman dan Kami telah tetapkan satu masa yang tertentu bagi kebinasaan mereka. (59) Dan (ingatkanlah peristiwa) ketika Nabi Musa berkata kepada temannya: Aku tidak akan berhenti berjalan sehingga aku sampai di tempat pertemuan dua laut itu atau aku berjalan terus bertahun-tahun. (60) Maka apabila mereka berdua sampai ke tempat pertemuan dua laut itu, lupalah mereka akan hal ikan mereka, lalu ikan itu menggelongsor menempuh jalannya di laut, yang merupakan lorong di bawah tanah. (61) Setelah mereka melampaui (tempat itu), berkatalah Nabi Musa kepada temannya: Bawalah makan tengah hari kita sebenarnya kita telah mengalami penat lelah dalam perjalanan kita ini. (62) Temannya berkata: Tahukah apa yang telah terjadi ketika kita berehat di batu besar itu? Sebenarnya aku lupakan hal ikan itu dan tiadalah yang menyebabkan aku lupa daripada menyebutkan halnya kepadamu melainkan Syaitan dan ikan itu telah menggelongsor menempuh jalannya di laut, dengan cara yang menakjubkan. (63) Nabi Musa berkata: Itulah yang kita kehendaki; merekapun balik semula ke situ, dengan menurut jejak mereka. (64) Lalu mereka dapati seorang dari hamba-hamba Kami yang telah kami kurniakan kepadanya rahmat dari Kami dan Kami telah mengajarnya sejenis ilmu; dari sisi Kami. (65) Nabi Musa berkata kepadanya: Bolehkah aku mengikutmu, dengan syarat engkau mengajarku dari apa yang telah diajarkan oleh Allah kepadamu, ilmu yang menjadi petunjuk bagiku? (66) Dia menjawab: Sesungguhnya engkau (wahai Musa), tidak sekali-kali akan dapat bersabar bersamaku. (67) Dan bagaimana engkau akan sabar terhadap perkara yang engkau tidak mengetahuinya secara meliputi? (68) Nabi Musa berkata: Engkau akan dapati aku, Insya Allah: Orang yang sabar; dan aku tidak akan membantah sebarang perintahmu. (69) Dia menjawab: Sekiranya engkau mengikutku, maka janganlah engkau bertanya kepadaku akan sesuatupun sehingga aku ceritakan halnya kepadamu. (70) Lalu berjalanlah keduanya sehingga apabila mereka naik ke sebuah perahu, dia membocorkannya. Nabi Musa berkata: Patutkah engkau membocorkannya sedang akibat perbuatan itu menenggelamkan penumpang-penumpangnya? Sesungguhnya engkau telah melakukan satu perkara yang besar. (71) Dia menjawab: Bukankah aku telah katakan, bahawa engkau tidak sekali-kali akan dapat bersabar bersamaku? (72) Nabi Musa berkata: Janganlah engkau marah akan daku disebabkan aku lupa (akan syaratmu) dan janganlah engkau memberati daku dengan sebarang kesukaran dalam urusanku (menuntut ilmu). (73) Kemudian keduanya berjalan lagi sehingga apabila mereka bertemu dengan seorang pemuda lalu dia membunuhnya. Nabi Musa berkata Patutkah engkau membunuh satu jiwa yang bersih, yang tidak berdosa membunuh orang? Sesungguhnya engkau telah melakukan satu perbuatan yang mungkar! (74) Dia menjawab: Bukankah, aku telah katakan kepadamu, bahawa engkau tidak sekali-kali akan dapat bersabar bersamaku? (75) Nabi Musa berkata: Jika aku bertanya kepadamu tentang sebarang perkara sesudah ini, maka janganlah engkau jadikan daku sahabatmu lagi; sesungguhnya engkau telah cukup mendapat alasan-alasan berbuat demikian disebabkan pertanyaan-pertanyaan dan bantahanku. (76) Kemudian keduanya berjalan lagi, sehingga apabila mereka sampai kepada penduduk sebuah bandar, mereka meminta makan kepada orang-orang di situ, lalu orang-orang itu enggan menjamu mereka. Kemudian mereka dapati di situ sebuah tembok yang hendak runtuh, lalu dia membinanya. Nabi Musa berkata: Jika engkau mahu, tentulah engkau berhak mengambil upah mengenainya! (77) Dia menjawab: Inilah masanya perpisahan antaraku denganmu, aku akan terangkan kepadamu maksud (kejadian-kejadian yang dimusykilkan) yang engkau tidak dapat bersabar mengenainya. (78) Adapun perahu itu adalah ia dipunyai oleh orang-orang miskin yang bekerja di laut; oleh itu, aku bocorkan dengan tujuan hendak mencacatkannya, kerana di belakang mereka nanti ada seorang raja yang merampas tiap-tiap sebuah perahu yang tidak cacat. (79) Adapun pemuda itu, kedua ibu bapanya adalah orang-orang yang beriman, maka kami bimbang bahawa dia akan mendesak mereka melakukan perbuatan yang zalim dan kufur. (80) Oleh itu, kami ingin dan berharap, supaya Tuhan mereka gantikan bagi mereka anak yang lebih baik daripadanya tentang kebersihan jiwa dan lebih mesra kasih sayangnya. (81) Adapun tembok itu pula, adalah ia dipunyai oleh dua orang anak yatim di bandar itu dan di bawahnya ada harta terpendam kepuyaan mereka dan bapa mereka pula adalah orang yang soleh. Maka Tuhanmu menghendaki supaya mereka cukup umur dan dapat mengeluarkan harta mereka yang terpendam itu, sebagai satu rahmat dari Tuhanmu (kepada mereka) dan (ingatlah) aku tidak melakukannya menurut fikiranku sendiri. Demikianlah penjelasan tentang maksud dan tujuan perkara-perkara yang engkau tidak dapat bersabar mengenainya. (82) Dan mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad), mengenai Zulkarnain. Katakanlah: Aku akan bacakan kepada kamu (wahyu dari Allah yang menerangkan) sedikit tentang perihalnya. (83) Sesungguhnya Kami telah memberikan kepadanya kekuasaan memerintah di bumi dan Kami beri kepadanya jalan bagi menjayakan tiap-tiap sesuatu yang diperlukannya. (84) Lalu dia menurut jalan (yang menyampaikan maksudnya). (85) Sehingga apabila dia sampai ke daerah matahari terbenam, dia mendapatinya terbenam di sebuah mata air yang hitam berlumpur dan dia dapati di sisinya satu kaum (yang kufur ingkar). Kami berfirman (dengan mengilhamkan kepadanya): Wahai Zulkarnain! Pilihlah samada engkau hendak menyeksa mereka atau engkau bertindak secara baik terhadap mereka. (86) Dia berkata: Adapun orang yang melakukan kezaliman (kufur derhaka), maka kami akan menyeksanya; kemudian dia akan dikembalikan kepada Tuhannya, lalu diazabkannya dengan azab seksa yang seburuk-buruknya. (87) Adapun orang yang beriman serta beramal soleh, maka baginya balasan yang sebaik-baiknya; dan kami akan perintahkan kepadanya perintah-perintah kami yang tidak memberati. (88) Kemudian dia berpatah balik menurut jalan yang lain. (89) Sehingga apabila dia sampai di daerah matahari terbit, dia mendapatinya terbit kepada suatu kaum yang kami tidak menjadikan bagi mereka sebarang perlindungan daripadanya. (90) Demikianlah halnya dan sesungguhnya Kami mengetahui secara meliputi akan segala yang ada padanya. (91) kemudian dia berpatah balik menurut jalan yang lain. (92) Sehingga apabila dia sampai di antara dua gunung, dia dapati di sisinya satu kaum yang hampir-hampir mereka tidak dapat memahami perkataan. (93) Mereka berkata: Wahai Zulkarnain, sesungguhnya kaum Yakjuj dan Makjuj sentiasa melakukan kerosakan di bumi; oleh itu, setujukah kiranya kami menentukan sejumlah bayaran kepadamu (dari hasil pendapatan kami) dengan syarat engkau membina sebuah tembok di antara kami dengan mereka? (94) Dia menjawab: (Kekuasaan dan kekayaan) yang Tuhanku jadikan daku menguasainya, lebih baik (dari bayaran kamu); oleh itu bantulah daku dengan tenaga (kamu beramai-ramai) aku akan bina antara kamu dengan mereka sebuah tembok penutup yang kukuh. (95) Bawalah kepadaku ketul-ketul besi; sehingga apabila ia terkumpul separas tingginya menutup lapangan antara dua gunung itu, dia pun perintahkan mereka membakarnya dengan berkata: Tiuplah dengan alat-alat kamu sehingga apabila ia menjadikannya merah menyala seperti api, berkatalah dia: Bawalah tembaga cair supaya aku tuangkan atasnya. (96) Maka mereka tidak dapat memanjat tembok itu dan mereka juga tidak dapat menebuknya. (97) (Setelah itu) berkatalah Zulkarnain: Ini ialah suatu rahmat dari Tuhanku; dalam pada itu, apabila sampai janji Tuhanku, Dia akan menjadikan tembok itu hancur lebur dan adalah janji Tuhanku itu benar. (98) Dan Kami biarkan mereka pada hari itu (keluar beramai-ramai) bercampur-baur antara satu dengan yang lain dan (kemudiannya) akan ditiup sangkakala, lalu Kami himpunkan makhluk-makhluk seluruhnya di Padang Mahsyar. (99) Dan Kami perlihatkan Neraka Jahanam, pada hari itu kepada orang-orang kafir, dengan pendedahan yang jelas nyata; (100) (Iaitu) orang-orang yang matanya telah tertutup daripada melihat tanda-tanda yang membawa kepada mengingatiKu dan mereka pula tidak dapat mendengar sama sekali. (101) Maka adakah orang-orang kafir menyangka bahawa mereka mengambil hamba-hambaKu sebagai makhluk-makhluk yang disembah, selain daripadaKu, dapat menolong mereka? Sesungguhnya Kami telah sediakan Neraka Jahanam bagi orang-orang kafir itu sebagai tempat tetamu. (102) Katakanlah (wahai Muhammad): Mahukah Kami khabarkan kepada kamu akan orang-orang yang paling rugi amal-amal perbuatannya? (103) (Iaitu) orang-orang yang telah sia-sia amal usahanya dalam kehidupan dunia ini, sedang mereka menyangka bahawa mereka sentiasa betul dan baik pada apa sahaja yang mereka lakukan. (104) Merekalah orang-orang yang kufur ingkar akan ayat-ayat Tuhan mereka dan akan pertemuan denganNya; oleh itu gugurlah amal-amal mereka; maka akibatya Kami tidak akan memberi sebarang timbangan untuk menilai amal mereka, pada hari kiamat kelak. (105) (Mereka yang bersifat) demikian, balasannya Neraka Jahanam, disebabkan mereka kufur ingkar dan mereka pula menjadikan ayat-ayatKu dan Rasul-rasulKu sebagai ejek-ejekan. (106) Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan beramal soleh, disediakan bagi mereka Syurga-syurga Firdaus, sebagai tempat tetamu (yang serba mewah). (107) Mereka kekal di dalamnya, (dan) tidak ingin berpindah daripadanya. (108) Katakanlah (wahai Muhammad): Kalaulah semua jenis lautan menjadi tinta untuk menulis Kalimah-kalimah Tuhanku, sudah tentu akan habis kering lautan itu sebelum habis Kalimah-kalimah Tuhanku, walaupun Kami tambahi lagi dengan lautan yang sebanding dengannya, sebagai bantuan. (109) Katakanlah (wahai Muhammad): Sesungguhnya aku hanyalah seorang manusia seperti kamu, diwahyukan kepadaku bahawa Tuhan kamu hanyalah Tuhan Yang Satu; Oleh itu, sesiapa yang percaya dan berharap akan pertemuan dengan Tuhannya, hendaklah dia mengerjakan amal yang soleh dan janganlah dia mempersekutukan sesiapapun dalam ibadatnya kepada Tuhannya. (110)