03 Oktober 2011

PEMINAT BOLA VS PENGGUNA AIR....Anda mampu Mengubahnya

Tersebar cerita mengenai stadium baru yg akan dibina.macam2 komen di kedai kopi(sekarang kopitiam)Al-kisahnya apa nak jadik dengan kerajaan tok guru ni.Laporan kajian di bawah juga ada benarnya jika ditafsirkan dengan ikhlas bukan Fanatik.

Ambo tak ser lah takut2 Parti PAS ni bertukar Jadik Parti P2S/ PSS.yang membawa maksud Parti Pas Sebabok-Sebabok.Kito tahu kalu buat stadium di Tunjung tak dok guna.Mungkin penasihat bagitahu kita ni kalu nak buat benda tak ser lah 1 in 1.kalau buleh bia 2in1 ataupun lebih in 1.Kalu buat di P.Puteh sekurang2nyer kalu nak buat ceramoh pun mudoh.semua ore buleh mari.Lagipun sesuai dengan keadaan sekarang yang mana ore klate tgh gila dan Fanatik abis pada TRW atau Team Red Warriors.Abis pakat gilo bola.stat budak kecik pah ko ore tua.Inilah masanya kita nak menarik perhatian ore hok sedang tertarik.Tapi demo tak ingat ko dengan air nyoh.Air ni ore guna belako ore islam,ore tidok islam,ore kecik,ore besar,ore tua, ore muda ,ore mati ,pokok kayu, haiwan, kenderaan, bangunan ,tok bomoh nok wak bomoh,tok guru nak wak solat hajat.Jadi bilo nak buat buwi air ni cukup.

Buat hok asas dulu gak.Pah nok buat gapo pun buatlah.Takkan lah nak gi tengok bola tak basuh berak.tak menasabah tuh.buleh jadi kalu tidok diberi perhatian dan mengambil tindakan dari sekarang.Penduduk semakin bertambah pengurusan air pada tahap lama.

KOTA BHARU - Laporan Berita Harian menunjukkan Kajian pendapat oleh sebuah syarikat perundingan dan penyelidikan, mendedahkan penerimaan rakyat Kelantan terhadap kepemimpinan Menteri Besar, Datuk Nik Aziz Nik Mat, menurun kepada 48.3 peratus, berbanding 76 peratus pada 2006 kerana beberapa faktor, termasuk penentangan rakyat di negeri itu terhadap kerjasama PAS dengan DAP.
Bagaimanapun, kajian oleh Social Matrix Research (SOCMAT) itu mendapati penerimaan rakyat Kelantan terhadap Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed melonjak kepada 31 peratus berbanding enam peratus pada 2006, manakala Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Awang Adek Hussin meningkat kepada sembilan peratus.
Kaji selidik yang dinamakan Tinjauan Kepekaan Penduduk Tentang Kepemimpinan Kelantan 2011 itu dilakukan pada Mac lalu. Kaji selidik sama pernah dilakukan oleh syarikat berkenaan pada 2006.
Penasihat SOCMAT, Dr Khairudin Damhoeri, berkata kaji selidik juga mendapati pemimpin PAS lain seperti Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Datuk Husam Musa; Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakub dan Timbalan Pesuruhjaya III PAS Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah, gagal mengulangi pencapaian hebat lima tahun lalu, sekali gus menunjukkan kedudukan PAS untuk mempertahankan Kelantan dalam pilihan raya umum akan datang amat getir. 
Beliau yang juga pensyarah di sebuah institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) di Lembah Klang, berkata kaji selidik membabitkan 3,000 responden berumur 21 hingga 102 tahun dan setiap mereka dihubungi sekali lagi untuk pengesahan bagi memastikan integriti hasil kajian.
"Kajian ini tidak memihak kepada sesiapa kerana ia pernah dilakukan pada 2006. Ketika itu kami dapati PAS amat popular dan sukar untuk UMNO mengambil alih kerajaan. Bagaimanapun, kali ini, kaji selidik mendapati Barisan Nasional (BN) sudah mendapat tempat kerana selepas Nik Aziz, populariti adalah kepada Mustapa dan Awang Adek," katanya kepada Berita Harian.
Kajian juga mendapati golongan yang menyukai Nik Aziz adalah yang berusia 51 tahun ke atas dan bawah 30 tahun, manakala Mustapa menerima sokongan mereka yang berusia 30 hingga 50 tahun.
Beliau menegaskan hasil kajian pada 2006 menunjukkan rakyat Kelantan tetap akan memilih PAS walaupun Nik Aziz meletakkan jawatan ketika itu.
“Bagaimanapun, kali ini, jika Nik Aziz meletak jawatan BN dijangka akan kembali merampas Kelantan,” katanya.
Ditanya mengenai punca kemerosotan sokongan terhadap Nik Aziz, beliau berkata, rakyat Kelantan belum dapat menerima kerjasama PAS dengan pakatan pembangkang, terutama DAP.
Katanya, sebelum ini PAS melaungkan dasarnya menegak Islam dan menentang pihak yang berkawan dengan kafir, tetapi kini parti itu sendiri sudah berbaik dengan DAP yang jelas menentang Islam.
"Faktor kedua adalah perpecahan dalam PAS berikutan ada kem Erdogan, iaitu kepemimpinan profesional seperti Husam dan Dr Hatta Ramli. Selain itu, ada kumpulan kerajaan perpaduan terdiri daripada Timbalan Presiden PAS, Datuk Nasharuddin Mat Isa dan Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustapa Ali serta kumpulan tradisional yang diketuai Mohamad Sabu.
“Penurunan populariti Nik Aziz juga berpunca daripada menantunya, Abdul Ariffahmi Abdul Rahman dalam kes Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PBMK),” katanya.
Dr Khairudin berkata, isu pelbagai fatwa yang dikeluarkan Nik Aziz, mengelirukan orang Melayu sehingga menyebabkan mereka tidak lagi yakin padanya.
SOCMAT ditubuhkan sebagai badan perunding bebas kepada mana-mana pertubuhan bukan kerajaan (NGO) atau syarikat yang mahu mendapat nasihat serta penyelidikan berhubung isu masyarakat, politik, sosial, ekonomi dan pasaran. Kaji selidik terbaru itu dilaksanakan menerusi temubual di tempat awam, seperti pasar, masjid dan warung makan selama tiga hari bermula 25 hingga 27 Mac lalu.
Dr Khairudin pernah bertugas sebagai perunding bebas di Pusat Kajian Strategik Negeri Kelantan pada 2006 dan melakukan kaji selidik terhadap kepemimpinan Kelantan. Beliau juga ditugaskan melakukan analisis keputusan pilihan raya umum pada 2004 dan 2008 mengikut Parlimen, Dewan Undangan Negeri (DUN) termasuk daerah mengundi dan saluran. Kajian berkenaan membabitkan 6,000 daerah mengundi dan 18,000 saluran mengundi yang mendapat pembiayaan Universiti Tun Abdul Razak (UNIRAZAK).
FAKTA
Keputusan Kaji Selidik Social Matrix Research
Datuk Nik Aziz Nik Mat – 48.3 peratus
Datuk Seri Mustapa Mohamed – 31.4 peratus
Datuk Awang Adek – 9 peratus
Datuk Mohd Amar Nik Abdullah – 1.8 peratus
Datuk Husam Musa – 1.6 peratus
Datuk Mohd Alwi Che Ahmad – 1.3 peratus
Datuk Mohd Fatmi Che Salleh – 1.1 peratus

Tiada ulasan:

Catat Ulasan