27 Jun 2011

KEBENARAN DAN KEADILAN ISLAM UNTUK SEMUA MAKHLUK


Seorang datuk berusia 89 tahun dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini semalam atas tuduhan merogol cucunya berusia 10 tahun enam bulan.

Tertuduh yang hadir dengan memakai kain pelikat dan kopiah tidak mengaku bersalah atas tuduhan itu di hadapan Hakim Zainal L. Salleh.

Mengikut kertas pendakwaan, dia dituduh merogol mangsa di kandang lembu sebuah rumah tanpa nombor di Pasir Puteh pada pukul 9 malam 25 Ogos 2010.

Selepas mendengar pengakuan tertuduh, Hakim Zainal menasihatkannya mendapatkan khidmat peguam tetapi tertuduh mahu membela dirinya sendiri dengan alasan peguam memerlukan kos.

Zainal berkata: "Kes ini berat, bukan macam curi getah skrap. Kalau minta dibicarakan, kamu mesti 
menggunakan khidmat peguam sebab jika sabit kesalahan, bukan tiga tahun tetapi boleh dihukum penjara sehingga 30 tahun."...berita lanjut beli KOSMO :)

Persoalannya???Adakah Datuk ini dipertikaikan akan perbuatannya atau terus mempercayainya disebabkan dia orang kampung biasa bukan seorang pemimpin.Bukan niat ambo nak membela atau menyebelahi mana2 orang.
Tetapi adakah ini keadilan ISLAM yg dilaungkan oleh Pemimpin yg mengatakan memperjuangkan Islam???? Kenapa tiada seorang Pemimpin Islam yg mempertikaikan hal yg terjadi pada seorang org tua ni.Kenapa tidak cakap kena mendatangkan 4 org saksi.Atau Islam dan hudud hanya untuk pemimpin atau org kenamaan sahaja?????

Kalau begitu.betul lah sangkaan pemimpin yg dilabel sekular mengatakan HUDUD PAS.Kalau Hukum Allah tiada perbezaan darjat seseorang itu yg dinilai disisi Allah melainkan Takwa.

Dalam Kes Dato' Seri Anwar Ibrahim Ini jika di ambil Iktibar dan pengajaran kepada pemimpin yg konon memperjuangkan Islam amat jelaslah apa sebenarnya yg dibawa.POLITIK semata2 atau PERJUANGAN ISLAM yg sebenarnya.
Ini salah satu pengajaran dan petunjuk.Banyak lagi perkara yg boleh dibangkitkan.Tiada satu perkara yg terjadi itu diluar penguasaan ALLAH.Pasti ada hikmahnya.
Jangan dahulukan kepentingan politik mendahului kepentingan Agama.Tekadkan Hati dan buatlah apa yg diajarkan oleh ISLAM yg sebenarnya.Jangan berselindung disebalik Islam,Katakan Kebenaran Islam dalam semua perkara walau ia terkena pada diri sendiri.Jangan disesatkan lagi dengan perkara2 yg ada kepentingan Politik.

Sesungguhnya Allah Maha mengetahui setiap apa yg berlaku dimana sahaja dan segala2nya.Sebagai Pemimpin Islam lupakah kita akan kekuasaan Allah.Kerana banyak sejarah islam jika di ambil Iktibar akan menambahkan lagi kekuatan iman kita pada Allah.Tiada yg mustahil jika Allah mengkehendakinya.

Manusia tiada berkuasa keatas sesuatu perkara tanpa keizinan Allah.Bala tentera yg ramai belum pasti boleh menumpaskan yg sedikit.Jadi fikir2kanlah.Jangan kamu cinta pada dunia sehingga takut kepada MATI.Jangan Pemimpin Islam menjelajah negara dengan cacian,fitnah,dusta sebaliknya ceritalah ajaran ISLAM yg sebenarnya.Keterangan tentang hukum HUDUD masih samar dan ramai yg belum reti lagi.Pastikan Semua umat ISLAM reti pasal HUDUD.Pemahaman tentang hudud yg jelas.Insyaallah akan terbuka pintu hati manusia dengan keikhlasan kita dalam penyampaian Dakwah yg sebenar.

Jika pembawaan islam yg tidak ADIL maka setiap pengikutnya akan rugi Dunia dan AKHIRAT.Nikmat Dunia tak dapat dan Akhirat jauh sekali.Nauzubillah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan