25 Jun 2011

MANIFESTO KERAJAAN LANGIT

MANIFESTO KERAJAAN LANGIT



Pilihanraya semakin hampir...............RAKYAT HARUS SEDAR DAN BIJAK.........

Tiada Yang Payah Melainkan Yang Mudah. Kata2 itu menggambarkan satu pemikiran yang tulus ikhlas kearah perubahan yang konsisten dengan dunia hari ini. Tiada istilah PROTOKOL dan PROSEDUR. Perubahan dasar boleh ubah bila2 masa andainya pemimpin itu ikhlas untuk membantu rakyat. Kerana rakyat sudah muak isu saling menfitnah diantara satu sama lain seolah-olah sebuah Kerajaan Keluarga bukannya Kerajaan Rakyat dengan tidak mempedulikan isu-isu berkaitan rakyat sebaliknya sampai masa hanya pandai naikkan Harga PETROL yang benar2 menjejaskan sosioekonomi rakyat.Setiap hari media masa menberitakan isu yang lebih kepada fitnah tidak lagi memberitakan isu rakyat sejagat. Sedangkan masing2 ingin memperjuangkan rakyat bukan memperjuangkan pemimpin tapi yang berlaku adalah sebaliknya. Semakin dibiar ianya akan menular ke akar umbi bukan sekadar dalam parti tapi akan menjadi lumrah dan ajaran yang songsang kepada rakyat disegenap lapisan.

Keadaan ini jelas akan menghuru-harakan dan memundurkan negara lantas ekonomi dan demokrasi hanya menjadi omongan kosong kerana pemimpin sentiasa menipu rakyat dan menyebabkan negara terdedah pada ancaman dan kemunduran yang akan membinasakan generasi demi generasi. Lupakah pemimpin kenapa ingin jadi pemimpin?Untuk memperjuangkan rakyat atau sekadar ingin menjadi batu loncatan dalam mengejar cita-cita dan kemewahan. Dengan bertopengkan Pejuang Rakyat dan berselindung disebalik Agama dan Bangsa.Amalan demikian tidak lama jika diamalkan. Rakyat sekarang bukan seperti rakyat dahulu.

Kecanggihan teknologi tidak mampu menyekat pengetahuan diluar tempurung. Cara berpolitik pemimpin ketinggalan zaman sehingga dapat dibaca dengan jelas oleh rakyat. Segala drama telah rakyat mendahului skripnya.

Permainan politik yg dibawa pada hari ini amat dasyat dan akan mempapa kedanakan rakyat sehingga rakyat akan mengemis di negara sendiri dan meminta-minta walau untuk sekeping roti.Kenapa tidak???Tidak perlu saya detail kan .sendiri mau ingat.....

Rumusan dari apa yang berlaku, Tidak kira apa pun Partinya Jika jujur dan BENAR bagai Dikata saya sebagai rakyat mencabar mana-mana Parti Politik membuat penambahan pada Manifesto pilihanraya sebelum Kerajaan Langit melaksanakannya dan Ayah Pin menjadi Perdana Menteri......

1) - Kalau kereta rasmi Perdana V6 boleh ditukar kepada Toyota Camry atau Merc kenapa tidak kepada Perodua Viva atau lain2 kereta nasional yang menjimatkan petrol dan maintenance.Maintenance dan petrol boleh dijimatkan lebih dari satu kali ganda.Jika 5 tahun berkhidmat dengan penjimatan tadi boleh digunakan lebih 10 tahun dan begitulah seterusnya.Ramai lagi rakyat yg susah dan tidak terbela.
Kenapa perlu banyak 4x4 dan ber maintenance tinggi dalam jabatan kerajaan.Bila sesak rakyat jugak yg didahulukan???Mewah sungguh membazirkan wang rakyat.

2) - Beri semua keistimewaan dan kemudahan kepada Wakil Rakyat (YB) diatas urusan rakyat bukan berbentuk duit bahkan lebih kepada kemudahan.

3) - Selain dari parti BEBAS hendaklah memilih calon yang betul-betul berjuang untuk rakyat bukan berjuang untuk diri sendiri dan kroni.

4) - Setiap wakil rakyat ada akaun seperti Facebook seumpamanya seperti mana Tokoh Jeli Dato' Mustapa Mohamed yang menceritakan aktiviti beliau dalam program kemasyarakatan bersama rakyat. Kalau Dato' Pa sebagai Ahli Parlimen dan Menteri boleh, kenapa yang lain tak boleh? lebih-lebih lagi Ahli Parlimen yang bukan Menteri. Maknanya walaupun sibuk jika ikhlas dan benar-benar berbakti contohilah Dato' Pa.(Pasal ni boleh pujiLah Dato' Pa, Kalau pasal Royalti xleh pakai  jgk).

5) - Bantuan kepada rakyat hendaklah ibarat "memberi joran bukan memberi ikan". Sebagai contoh 1 kampung/mukim/seksyen atau seumpamanya 1 perniagaan rakyat. Penjelasan maksud ialah wang seperti Kwamp-off atau lain2 bantuan berbentuk kewangan ditukar kepada modal perniagaan rakyat seperti bengkel membaiki kereta, construction, atau seumpamanya yang diuruskan oleh rakyat yang layak dari segi akademik, kemahiran, dan taraf kehidupan . Semua pekerja juga dikalangan rakyat yang layak menerima bantuan dan memantau perniagaan ini pula ialah Penghulu, Imam,Pesara dan Ajk serta orang yang dikenali jujur tanpa diketahui oleh orang lain akan tugas pemantaaunnya agar tidak berlaku ketirisan. dan perniagaan tersebut dibawah bimbingan seperti MARA dan seumpamanya.

Cara pemberian keuntungan daripada perniagaan tersebut diberi kepada rakyat miskin yang memerlukan secara on the spot tanpa perlu karenah untuk mengisi borang atau mendapatkan tandatangan mana-mana penghulu atau pegawai kerajaan. Tanpa mengira fahaman politik,agama serta bangsa kerana semuanya manusia/Rakyat Malaysia yang mempunyai nilai nyawa dan makhluk Allah.

Pemberian wang tersebut dilakukan oleh penghulu yang mana penghulu hendaklah mengenal pasti setiap anak mukim terutamanya dari segi latar belakang dan taraf kehidupan supaya ianya telus dalam pemberian tersebut. Dan perkara tersebut pantau oleh sukarelawan pemantau yang tidak dikenali oleh penghulu atau yang berkaitan. Keuntungan bersih perniagaan rakyat ini mensasarkan RM 15,000-30,000 sebulan mengikut kepadatan penduduk miskin.

Had ini dimestikan kerana jika lebih pada sasaran itu ianya memberi satu saingan yang kurang selesa kepada individu yang menjalankan perniagaan yg sama. Selain pelanggan dari kalangan orang awam, projek kerajaan,kenderaan kerajaan atau yang berkaitan dengan kerajaan hendaklah diberi keutamaan kepada Perniagaan Rakyat supaya ianya terus relevan dari semasa ke semasa. Lantas kekayaan atau hasil wang dalam negara tidak berlegar dikalangan orang kaya atau individu sahaja.

Sasaran kepada rakyat miskin yang memerlukan seramai 30 orang dalam sesebuah kampung atau mukim. Sekiranya dalam satu-satu masa semua 30 orang memerlukan bantuan dapatlah ia dibahagikan RM500 seorang.Jika kurang dari itu baki tersebut disimpan untuk tujuan membantu rakyat ketika bancana alam seperti kebakaran,banjir,kemalangan,kematian dan sebagainya. Untuk tidak menjadikan alasan rakyat akan pemalas, takrif rakyat miskin yang memerlukan ialah :

I) - Pendapatan kurang dari RM 1500 serta menyara ahli keluarga yang ramai atau mengikut kajian ekonomi setempat berdasarkan kesederhanaan.

II) - Cacat,lumpuh, atau tidak mampu untuk bekerja dan mencari nafkah untuk menyara keluarga.

III) - Hanya rakyat yang berkeluarga atau bujang yang mempunyai akademik/kemahiran yang baik untuk menyambung pelajaran tetapi keluarga tidak mampu.

IV) - Ibu tunggal,anak yatim atau muallaf atau seumpama yang selayaknya.

V) - Lain2 hal yang tidak dinyatakan akan dibincang dan dipertimbangkan mengikut takrif miskin yang memerlukan.Juga menanggung perbelanjaan aktiviti kemasyarakatan seperti kemudahan peralatan sukan, kerja-kerja agama seperti majlis asyura, maulud nabi,majlis perkahwinan, menjaga keamanan kampung,
dan sosial remaja bagi pemulihan akhlak seperti gejala penagihan dadah,maksiat, dan sebagainya.

6) - Mewujudkan 1 Yayasan 1 Kampung dengan membolehkannya memiliki hartanah/aset bagi menjamin masa depan generasi yang akan datang dengan Perniagaan Rakyat.

7) - Dengan semangat ukhuwah yg terjalin dan rakyat bekerjasama menyumbang tenaga kepada saudara yang memerlukan seperti dalam pembaikan rumah dan sebagainya.

8) - Membantu lepasan siswazah yang menganggur untuk mendapatkan pekerjaan di sektor Kerajaan,GLC dan swasta didalam rangkaian kerjasama bagi mengelakkan menjadi keldai dadah atau ditipu oleh agen pekerjaan.

9) - Menyelaraskan gaji semua pekerja swasta kepada minima RM 1500 bagi syarikat yang mempunyai keuntungan lebih daripada RM 30,000 sebulan. Tidak fikirkah kerajaan jika petrol naik, barang naik tapi gaji tak naik,apa yang akan jadi??

10) - Elaun khas kepada sukarelawan Pendakwah Agama.Tidak perlu permit untuk kuliah agama jika pendakwah tersebut dikenali umum akan ilmu agamanya yg tidak lari dari ajaran agama

11) - BPR (Badan Pencegah Rasuah) diletakkan terus dibawah kuasa Raja-Raja Melayu dan Yang Di-Pertuan Agong dengan tiada kaitan langsung dengan kerajaan.

12) - Mewujudkan unit risik di semua jabatan kerajaan bagi mengenal pasti keberlakuan salah guna kuasa terutamanya yang melibatkan hal dengan rakyat.

13) - Memantau penyiaran stesen televisyen dengan meletakkan syarat2 penyiaran yang melibatkan waktu dan pemesongan daya fikir kanak-kanak dan remaja kearah perlakuan yang tidak bermoral. Sebaliknya memperbanyakkan cerita/drama yang bermanfaat dan menjadi tauladan kearah perpaduan dan kesejahteraan semua kaum didalam negara.

14) - Menghapuskan sekolah jenis kebangsaan dan mewujudkan sekolah 1 Malaysia (Mengikut bahasa Rasmi) supaya tiada perbezaan bahasa yang ketara diantara kaum dan juga dengan tidak meninggalkan warisan bahasa ibunda masing-masing bahkan memperkayakan bahasa diantara kaum menjadikan 1 Bahasa 1 Malaysia bagi mewujudkan masyarakat yang penyayang lagi bersaudara.

15) - Memberi seberat-berat hukuman bagi mana-mana individu atau kumpulan yang membangkitkan soal perkauman yang telah dipersetujui oleh Tokoh-Tokoh kaum terdahulu. Jikalau perjanjian Tokoh terdahulu dibangkit atau dipertikaikan dan terubah maka ia adalah satu pengkhianatan dan mencabul keadilan kepada kaum lain. Berpuashatilah dengan apa yang ada kerana lain-lain kaum juga ada hak yang telah termaktub kerana sejarah telah membuktikan ketamakan dan kepentingan politik boleh menjejaskan perpaduan kaum dan mengganggu gugat kestabilan negara. Hukuman pancung amatlah setimpal kepada pencetus pencabulan hak kaum lain kerana dengannya juga akan menyebabkan pertumpahan darah seperti Tragedi 13 Mei 1969 seumpamanya.

Permudahkan cara dan buang segala karenah birokrasi kerana undi itu dari rakyat.kembalikan hak rakyat.Jangan nanti Rakyat menghukum anda.Allah Maha Berkuasa.Anda akan kecil dan tidak besar jika ALLAH mengkehendakinya.

MANIFESTO INI AKAN BERSAMBUNG LAGI........



Makluman: Komen,sokongan serta pendapat anda sangat di alu-alukan bagi mencapai misi menghulurkan sumbangan kepada golongan yang memerlukan.Anda boleh memberi direct komen  di blog ini atau juga email ke revolusiblogger@gmail.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan