06 Ogos 2011

KEMISKININAN TAK TERBELA - YB MANAKAH INI


DIMANA ORANG YANG MEREKA WAKILKAN?

Jika begini keadaannya dimana pembelaan terhadap golongan miskin seperti ini,memang tidak dapat dinafikan rakyat miskin masih ramai,Jika begitu apakah usaha untuk membantu golongan ini.Tidak kira wakil kepada parti mana sekalipun rakyat ingin melihat perubahan bukannya hidup tidak berubah.Sebagai wakil rakyat sepatutnya tidak membiarkan perkara ini terus berlaku,Usaha kearah memartabatkan golongan yang tidak bernasib baik ini mesti berterusan.Andaikata tidak mampu janganlah menerima pencalonan sebagai wakil rakyat.Berikan kepada yang layak,Ambo tidak ingin melihat rakyat susah tanpa pembelaan sekaligus akan menjejaskan nama Parti.Wakil Rakyat sepatutnya mesti nampak wujud dan hidup.Ini adalah susuatu yang perlu ditangani sebelum ia menjadi barah.Jika kerajaan tiada kewangan untuk membantu,banyak lagi idea untuk kita memperbaiki keadaan tersebut.Jika berusaha dan benar-benar prihatin kepada rakyat...

 TAK MAMPU MILIK RUMAH
BUKIT TANAH - Sekali pandang, rumah kayu yang didiami oleh suami isteri bersama empat anaknya tidak ubah seperti sebuah pondok, tetapi hakikatnya rumah usang yang tidak memiliki bilik itu adalah ibarat syurga bagi mereka.

Ku Leh Tuan Mat, 47, yang bekerja sebagai buruh kasar dengan pendapatan bulanan sekitar RM400, hanya mampu menyediakan rumah sekecil itu kepada isteri dan anak-anaknya.

“Ini pun bukan rumah kami sebenar, tetapi rumah ibu saudara beri kami tumpang,” katanya kepada Sinar Harian ketika ditemui semasa kunjungan Majlis Orang Besar (MOB) di rumahnya, di sini, semalam.

Hadir menyampaikan sumbangan tersebut ialah, wakil MOB isteri kepada Datuk Shukri Mohamed, iaitu Datin Rafiah Mohd Zin menyampaikan sumbangan berbentuk beras, susu, milo, sardin, biskut dan juga wang tunai sebagai bekalan untuk digunakan sepanjang Ramadan ini.

Turut serta pada kunjungan tersebut ialah, Ketua Jajahan Pasir Puteh, Nazran Mohamed dan isterinya serta Penggawa Daerah Bukit Jawa, Che Amat @ Rosli Che Abdullah dan juga isteri.

Ku Leh berkata, bukan dia tidak berusaha untuk memberikan keselesaan kepada anak-anak dan isteri, tetapi dengan kudrat yang ada hanya itu termampu.

Katanya, setiap kali melihat mereka sekeluarga tidur berhimpit-himpit di ruang yang sempit itu, pasti mencuit hatinya sebagai seorang ketua keluarga.

“Itu belum lagi tiba musim hujan pasti ada atap yang bocor, tetapi hendak buat macam mana, duit yang ada hanya cukup untuk berbelanja harian seperti membeli makanan dan memastikan persekolahan anak-anak tidak terganggu.

“Kami ada membuat permohonan untuk dapatkan rumah, tetapi tidak tahulah macam mana kesudahannya sebab sudah dua tahun permohonan itu dibuat.

“Saya berharap sangat jika ia diluluskan, memandangkan untuk saya mengumpul wang untuk membina sebuah rumah sudah pasti tidak akan tercapai,” katanya.

“Kami sekeluarga berterima kasih kepada MOB kerana sudi menghulurkan bantuan ini,” katanya. 
sumber: Sinar Harian

DATANG JAUH DEMI SEKAMPIT BERAS

TANAH MERAH - Warga emas, Fatimah Mamat,70, sanggup menaiki bas dari Bukit Ros dekat sini ke bandar untuk mendapatkan bantuan beras bulanan di bawah Skim al-It’am.

Fatimah yang masih kelihatan sihat walaupun sudah mencecah usia 70 tahun adalah ibu tunggal yang mempunyai anak orang kurang upaya (OKU), Abdul Aziz Ali berumur pertengahan 30-an tidak mampu berjalan kerana mengalami sakit kaki.

Fatimah berkata, beras bulanan yang diterimanya mampu mengurangkan perbelanjaan bulanannya.

“Mak cik sanggup datang menaiki bas untuk menerima beras sendiri sebagai tanda menghargai pemberian itu. Hendak naik teksi tidak mempunyai wang lebih. Walaupun berjalan jauh dan terpaksa membawa beras yang berat, mak cik tidak kisah.

“Walaupun sudah berumur, namun mak cik bersyukur kerana dikurniakan kesihatan yang baik untuk menjaga anak tunggal yang memerlukan perhatian lebih,” katanya kepada Sinar Harian ketika hadir menerima bantuan beras bulanan, dekat sini.

Menurutnya, apabila hadir ke majlis agihan beras, dia rasa gembira dan ceria kerana dapat berkumpul dan bertemu dengan pemimpin setempat.

“Perjalanan jauh tidak menjadi penghalang untuk mak cik datang mendapatkan beras. Bagi mereka yang mampu sekampit beras tidak mendatangkan apa-apa makna, namun bagi orang miskin seperti mak cik amat besar ertinya.

“Susah senang menjadi ibu tunggal tidak mengenal erti lelah, malah ia menjadi sumber kekuatan untuk mak cik terus bertahan meneruskan kehidupan demi anak tunggal,” katanya.

Fatimah yang tidak bekerja disebabkan faktor usia bergantung harapan kepada bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebanyak RM100 sebulan serta anak tunggalnya turut menerima bantuan.


2,000 rumah dibaik pulih

KAMPUNG BENDANG PAK YONG – Kedatangan Ramadan buat seorang warga emas, Taib Awang Kechik, 69, memberi sinar baru untuknya apabila bakal mendiami rumah yang sempurna apabila rumahnya yang uzur dibaiki secara gotong–royong.

Taib merupakan Bekas Penyelia Pembangunan Mukim (PPM) Bendang Pak Yong yang kematian isteri enam tahun lalu, bukan sahaja tidak sabar menduduki rumahnya itu tetapi sambutan Aidilfitri tahun ini bagi keluarganya cukup bermakna.

Menurutnya, rumah peninggalan orang tuanya yang berusia 40 tahun memang patut dibaik pulih kerana dindingnya banyak yang reput.

“Bantuan ini satu rahmat buat saya, akhirnya dinding rumah yang reput ini berganti baru,” katanya yang mempunyai 11 anak.

Taib antara seorang penerima bantuan di bawah Program Baik Pulih Rumah membabitkan kos RM1,240,000 di Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Kubor melibatkan 1,240 penerima.

Sementara itu, Pegawai Jabatan Pembangunan Persekutuan Tumpat, Wan Muzani Wan Indris berkata, di bawah Program Baik Pulih Rumah ini, hampir 2,000 buah rumah dibaiki di Parlimen Tumpat termasuk empat daripadanya adalah bina baru.

“Berkonsepkan baik pulih secara gotong–royong dengan peruntukan RM1,000 setiap rumah yang bermula bulan Julai lagi, dan perlu disiapkan sebelum Aidilfitri ini bagi membantu golongan miskin,” katanya.

Menurutnya, kesemua bantuan Kerajaan Persekutuan ini bagi memastikan golongan tersebut mendapat pembelaan yang sewajarnya.

 Syukur keprihatinan Kerajaan Negeri salur bantuan


KIJAL – Kerajaan Negeri memperuntukkan lebih RM400,000 bagi menyediakan dana kepada lebih 2,000 remaja dan belia yang layak di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kijal.
Kebanyakan penerima bantuan yang ditemui turut melahirkan rasa gembira dan terima kasih kepada Kerajaan Negeri khususnya Menteri Besar yang memilih mereka menerima bantuan yang dianggap dapat membantu mereka dalam membuat persiapan menyambut lebaran.

Rahimah Ali, 25, berkata, bantuan yang diterima itu dapat membantu meringankan beban ibu bapanya dalam menyediakan pakaian hari raya nanti.

“Saya gembira kerana terpilih menerima bantuan dan dengan ini saya dapat membeli beberapa keperluan seperti baju serta kasut baru untuk menyambut lebaran dalam suasana yang meriah,” katanya selepas menerima dana terbabit pada majlis yang diadakan di Dewan Sivik Kijal.

Che Wan Fazanaki Che Wan Jusoh, 28, pula berkata, pembahagian dana remaja itu membuktikan keprihatinan pemimpin negeri ini terhadap kebajikan dan masalah yang dihadapi penduduk negeri itu.

“Saya berasa bertuah kerana dilahirkan di negeri ini kerana banyak bantuan disediakan kerajaan tidak sebagaimana negeri lain.

“Bantuan ini sekali gus mengurangkan bebanan ditanggung rakyat terutama bagi keluarga yang mempunyai ramai tanggungan dan berpendapatan rendah,” katanya.

Sementara itu, Salwa Abdul Rahman, 24, dari Kampung Kijal berkata, pemberian bantuan dana remaja yang diterima sebelum hari raya itu tepat pada masanya kerana boleh meringankan beban keluarga dalam menyambut Ramadan dan menyediakan persiapan Aidilfitri.

“Saya bersyukur dan berterima kasih kerana Kerajaan Negeri mengambil berat keperitan hidup keluarga miskin dan saya akan membelanjakan wang ini dengan sebaik mungkin termasuk menyediakan kelengkapan untuk hari raya,” katanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan