04 Julai 2011

Ibrahim Ali Limited Edition.1 di Malaysia



Ambo cukup belago angin dengan berehim hokni.Sayang sungguh punoh.Sbb dulu ambo duk puji dan akat sokmo dan berharap beliau menjadi Wira Rakyat.Kerana beliau menjadi pengkritik kearah kebaikkan  dan mempunyai sedikit persamaan ideologi.
Kelas,Kemas dan lantang,Dia seorang yg berani tapi terkadang keceluparannya tidak berapa disenangi oleh sesetengah pihak.Walaubagaimanapun kreativitinya berpolitik sedikit sebanyak mewarnai politik tanahair.Dalam Negara Malaysia yg tercinta ini Ibrahim Ali merupakan seorang pemimpin yg sangat istimewa dan lain dari yg lain.Ini adalah pendapat peribadi Ambo kerana dahulunya ambo selalu mengikuti perkembangannya di Parlimen dan ceramah-ceramah umum.Beliau banyak mencipta sejarah selaku Pemimpin yg digelar One Man.Di Pasir Mas sumbangannya kepada rakyat setempat memang tidak dapat dinafikan.Ibrahim Ali dalam lipatan sejarah.

Kini Ibrahim Ali menjadi dalang utama penindasan kepada rakyat.Walau telah dicerai dengan talak 3 oleh Umno tapi ia tetap berusaha mengejar cita2nya dan ingin menunjukkan kesungguhan taat setia kpd Umno agar dilihat oleh pucuk pimpinan Umno menimbang atau mengambilnya semula dan di beri jawatan tertentu didalam kabinet Najib.

Ibarat memasang Bom jangka ,Ibrahim Ali cukup licik dalam tariannya,Tampak lemah gemalai tapi licin bak belut di bendang.Kegoyahan dalam kerajaan BN diambil peluang oleh Ibrahim Ali untuk menyusut masuk beriba.Membujur Lalu Melintang Patah,Menunduk Mahu,Menggeleng Sanggah.Cukup Ajaib ciptaan tuhan ini.Setiap Isu diambil tempat memainkan peranan penting dalam memperkosa mereka yg menentang kerajaan.Hampir Semua pemimpin didalam Umno Terkedu membisu seolah dipukau melihat aksi Ibrahim Ali yg terkadang menjadi lebih sudu pada kuah.

Seharusnya Pemimpin Umno mesti berterima kasih dengan Ibrahim Ali yg penuh dengan warna warninya.Tapi Ketua Pemudanya bangun berdiri dengan Patriot mengecam Ibrahim Ali.Ibrahim lupa yg ilmu dituntutnya tidak mampu memukau orang yg menghajatkannya juga.Meninggalkan perkara tersebut kerana sudah terlanjur dengan kata2 yg sememangnya keterlanjuran.

Ini adalah peluang terakhir Ibrahim Ali untuk mencipta sejarah dalam politik pada PRU13.Wajib dia bertanding.Walau nampak tidak seberapa.Jika isu-isu yg diperherokan ini mendapat tempat dihati pucuk kepimpinan Umno,peluang cukup cerah buat ibrahim dalam karier politiknya,dan Rakyat Pasir Mas khasnya akan bertuah dengan nikmat tersebut.

Kata2 terakhir ambo untuk Ibrahim Ali.Teruskanlah gapo hok abe hem nok perjuangkan untuk rakyat.Ambo sokong abe hem kerana ideologi abe hem yg Gedebe sesuai dengan ore muda supo ambo.Tapi ambo Kecewa,Tok Guru Nik Aziz juga kehilangan seorang sahabat yg baik seperti abe hem kerana tidak ada lagi kawan yg berani menegurnya seperti abe hem sebaliknya mengampu.
Tapi jika abe hem tidak lantang sebaliknya mengampu kerajaan BN maka sejarah juga akan menghukum seorang Pejuang bernama DATUK IBRAHIM ALI.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan