12 September 2011

EKSKLUSIF - TOK GURU TAK LAGI RELEVAN ATAU......

Belakang Parang jika di asah lagikan tajam...

TOK GURU TIDAK RELEVAN ATAU.......


Tok Guru Nik Abdul Aziz satu nama yang cukup sinonim dengan dengan Negeri Kelantan.Belia juga ialah Satu-satunya tokoh Ulamak di Malaysia yang memegang jawatan tinggi dalam Kerajaan dan disenaraikan ditempat yang ke 42 dari 500 Tokoh Islam Berpengaruh  Dunia. Sebaris dengan beliau 50 tokoh peringkat teratas dimulai dengan, Raja Saudi, Abdullah bin Abdul Aziz Al Saud; pemimpin spritual Iran, Syed Ali Khamenei; PM Turki Recep Tayyib Erdogan; Imam Besar Masjid Al-Azhar dan Pimpinan Universitas Al-Azhar, Kairo, Dr Muhammad Sayyid Tantawi; Syaikh Yusuf Al-Qaradawi; Pimpinan Ikhwanul Muslimin Mesir Syaikh Mohammad Mahdi Akef, Sekjen Hizbullah, Syed Hassan Nasrallah dan Pimpinan Hamas, Khaleed Mishal.Begitulah kehebatan seorang Tok Guru kolot yang dicaci maki oleh rakyat negaranya sendiri.

Namun bukan cerita itu yang hendak ambo bawa kali ini.Bagi yang selalu mengikuti blog ini mungkin ada yang tertanya-tanya kemana ambo kerana sudah beberapa hari tidak post-kan artikel pada blog ini...Sebenarnya ambo tengah mengkaji dan memahami politik negara kita dalam konteks islam yang adil dan jujur.Ambo bukanlah seorang blogger yang hebat,dan pandangan serta idea ambo juga tidak setaraf Profesor.Tetapi bagi mereka yang berfahaman seperti ambo bolehlah berkongsi idea dengan ambo diatas letaknya kejujuran dan keadilan di dalam Islam tanpa menyebelahi mana-mana pihak seperti ini.Sila Klik

Dari apa yang ambo nak sampaikan ini ialah kekecewaan ambo terhadap para pimpinan Pas yang seakan bisu dengan apa yang berlaku pada Tok Guru mereka.Tok Guru mereka seolah barang mainan yang boleh dijual beli atau dengan kata lain menjadikan Tok Guru mereka umpama kain buruk ataupun tisu yang hanya digunakan untuk mengelap benda yang kotor.Ambo rasa tidaklah keterlauan dan ambo ada hujah ambo sendiri.

Bermulanya Tok Guru diserang hebat dan dicaci maki dengan begitu rakus sekali yang dapat diketahui umum seingat ambo ianya dicetuskan oleh seorang blogger KickdeFella dan diikuti oleh seorang Prof Ustaz Mat Nor Deris ketika Dun Galas.Maaf ambo tidak mempunyai masa yang banyak untuk memperincikan Fakta.Kerana ambo ingin menyatakan ilham yang bermain didalam fikiran ambo mengenai perkara itu sahaja.

Sebenarnya banyak benda yang dapat kita baca mengenai perkara yang berlaku akan tetapi Allah Azzawajalla yang Maha mengetahuinya.Rahsia buruk TGNA dapat diketahui umum setelah ianya dibongkar oleh orang dalam sendiri yaitu Blogger Kickdefella.Banyak isu yang dibongkar, namun tanpa berpihak kepada mana-mana orang ambo tidak mengambil cerita itu untuk dipercayai tanpa perbicaraan dan penghukuman dari pemerintah...Dari segi ilmu agama dan pengetahuan didalam Islam pula ianya ditentang pula oleh Seorang Prof yang juga temannya dan seorang Tok Guru pondok.Sangat unik bukan?

Mungkin anda belum sampai lagi pada apa yang ambo maksudkan...Tidak mengapa,perlahan-lahan dan bermainlah dengan teka-teki pelbagai pendapat serta pandangan reaksi apa yang dibuat oleh pemimpin yang anda pilih itu..Kerana itulah dinamakan politik.Tertarik juga ambo mengenai penulisan terbaru Dr Ridhwan Tee mengenai sindrom ramai yang mahu jadi pakar walau bukan dalam bidangnya.Ianya mungkin berkaitan utamanya dengan isu Komunis Bukit Kepong yang ditimbulkan oleh Mat Sabu.Tetapi ianyanya dinyatakan didalam konteks yang luas termasuklah apa jua bidang sekalipun hatta Politik dan penulisan.Ada benar juga katanya tapi tidak semestinya Tepat.Walaupun mempunyai latarbelakang akademik yang diiktiraf ianya belum menjamin untuk seseorang itu menjadi seorang manusia yang jujur,adil,benar dan beriman.Jangan kita hanya menilai dan mempercayai seseorang itu hanya kerana akademiknya atau statusnya.Tapi nilailah seseorang itu dalam dimensi Islam yang sebenarnya yang ada pada diri kita sendiri.Jika seorang Prof seperti yang berucap dibawah ini yang mempunyai akademik yang tinggi didalam Islam,Politik,Bahasa dsbnya.


Tapi bukan juga semua yang dikatakannya itu tidak benar dan tidak betul,untuk membenar dan membetulkannya nilailah dengan ilmu yang ada pada anda.Ambo rasa cukup dulu disini sebagai pemanas kepada apa yang sebenar  ambo nak perkatakan.Artikel sambungan ini akan menyatakan isu mengenai Tok Guru,Dr Asri,Ahmadinejad(Presiden Iran) Kickdefella,Husam Musa,Pimpinan Pas,Krisis air di Kelantan,Isu tertunggak yg belum ada penjelasan,Ibrahim Ali,Ustaz Mat Nor Deris,Blogger,penyokong Pas serta beberapa perkara pokok yang lain.Nantikannya sungguh misteri dan ironi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan