25 September 2011

ANTARA KERAJAAN ISLAM 2 1/2 UMAR ABD AZIZ DAN 22 TAHUN NIK ABD AZIZ

Belakang Parang jika di asah lagikan tajam...

ANTARA KERAJAAN ISLAM 2 1/2 UMAR ABD AZIZ DAN 22 TAHUN NIK ABD AZIZ

Kerajaan Umno tidak perlu dibandingkan dengan Kerajaan Islam.Ini kerana ianya telah dillabelkan standard FIRAUN.Jadi kita akan bandingkan dengan FIRAUN sedikit masa lagi...Nanti kita lihat kerajaan FIRAUN dengan kerajaan UMNO mana lebih zalim dan kerajaan ISLAM PAS dengan kerajaan Islam Umar Abdul Aziz yang mana lebih ISLAMIK dan BERKEBAJIKAN....


DIANTARA RINGKASAN KETOKOHAN AMIRUL MUKMININ UMAR ABDUL AZIZ
Kepastian adalah bukan sekadar slogan tapi adalah perlaksanaan. 

- Beliau dilantik menjadi Khalifah selepas kematian Sulaiman bin Abdul Malik tetapi beliau tidak suka kepada pelantikan tersebut. Lalu beliau memerintahkan supaya memanggil orang ramai untuk mendirikan sembahyang. Selepas itu orang ramai mula berpusu-pusu pergi ke masjid. Apabila mereka semua telah berkumpul, beliau bangun menyampaikan ucapan. Lantas beliau mengucapkan puji-pujian kepada Allah dan berselawat kepada Nabi s.a.w kemudian beliau berkata: "Wahai sekalian umat manusia! Aku telah diuji untuk memegang tugas ini tanpa meminta pandangan daripada aku terlebih dahulu dan bukan juga permintaan daripada aku serta tidak dibincangkan bersama dengan umat Islam. Sekarang aku membatalkan baiah yang kamu berikan kepada aku dan pilihlah seorang Khalifah yang kamu reda. Tiba-tiba orang ramai serentak berkata: Kami telah memilih kamu wahai Amirul Mukminin dan kami juga reda kepada kamu. Oleh yang demikian perintahlah kami dengan kebaikan dan keberkatan. Lalu beliau berpesan kepada orang ramai supaya bertakwa, zuhud kepada kekayaan dunia dan mendorong mereka supaya cintakan akhirat kemudian beliau berkata pula kepada mereka: "Wahai sekalian umat manusia! Sesiapa yang taat kepada Allah, dia wajib ditaati dan sesiapa yang tidak taat kepada Allah, dia tidak wajib ditaati oleh sesiapapun. Wahai sekalian umat manusia! Taatlah kamu kepada aku selagi aku taat kepada Allah di dalam memimpin kamu dan sekiranya aku tidak taat kepada Allah, janganlah sesiapa mentaati aku". Setelah itu beliau turun dari mimbar.

- Menghapuskan cacian terhadap Saidina Ali b Abu Thalib dan keluarganya yang disebut dalam khutbah-khutbah Jumaat dan digantikan dengan beberapa potongan ayat suci al-Quran

-Merampas kembali harta-harta yang disalahgunakan oleh keluarga Khalifah dan mengembalikannya ke Baitulmal

-Memecat pegawai-pegawai yang tidak cekap, menyalahgunakan kuasa dan pegawai yang tidak layak yang dilantik atas pengaruh keluarga Khalifah (kronisme)

-Menghapuskan pegawai peribadi bagi Khalifah sebagaimana yang diamalkan oleh Khalifah terdahulu. Ini membolehkan beliau bebas bergaul dengan rakyat jelata tanpa sekatan tidak seperti khalifah dahulu yang mempunyai pengawal peribadi dan askar-askar yang mengawal istana yang menyebabkan rakyat sukar berjumpa.
-Mengambil berat tentang kebajikan rakyat miskin di mana beliau juga telah menaikkan gaji buruh sehingga ada yang menyamai gaji pegawai kerajaan.-

1- Umar Abdul Aziz adalah seorang bangsawan yang berbudi halus dan wara’. Walaupun dikelilingi dengan kekayaan dan kemewahan, beliau tidak hanyut dan leka. Beliau menjadi kegilaan anak gadis kerana ketampanannya, dan sering menjadi ikutan pemuda pada zaman itu. Sejak kecil lagi beliau didik dengan ilmu agama. Minat dan kecenderuangan beliau kepada ilmu, membawa beliau ke kota Madinah. Di sanalah beliau mempelajari dan mendalami ilmu agama dari tokoh-tokoh Islam zaman itu. Semasa pemerintahan al-Walid ibn Abdul Aziz, beliau telah menjadi gabenor Madinah selama 7 tahun. Di sini beliau telah menunjukkan ciri-ciri seorang pemimpin Islam sejati.

2- Anas ibn Malik berkata: “Aku tidak pernah menjumpai Imam selepas Rasulullah s.a.w. yang menyerupai sembahyangnya seperti Rasulullah s.a.w. kecuali pemuda ini, Umar Abdul Aziz iaitu gabenor Madinah”

3- Sebaik saja dilantik sebagai khalifah, Umar Abdul Aziz terus membersihkan kerajaan dengan memecat gebenor dan pegawai yang kejam dan tidak adil. Hamba sahaya milik keluarga di raja juga telah dimerdekakan, semua barang kemas dan hadiah yang diterima beliau dan isterinya semasa pertabalan telah diserahkan semuanya kepada Baitul Mal. Istana pula telah dihias secara sederhana sahaja. Umar Abdul Aziz menganggap dirinya sebagai pengganti kepada datuknya iaitu khalifah Umar al-Khattab. Kerana itulah beliau digelar sebagai Umar II. Hidup beliau telah berubah sama sekali, kemewahan dan kemegahan telah ditanggalkan dan digantikan dengan kehidupan yang penuh zuhud dan kesederhanaan.

4- Dalam pentadbiran pula, Umar Abdul Aziz telah mengubah kerajaannya sehingga kebajikan rakyat menjadi matlamat utama. Sebelum Umar, perhatian negara hanya terhad kepada memungut hasil cukai dan pembangunan material tanpa memberi penumpuan kepada pembangunan rohani dan keagamaan. Sebaliknya, semasa pemerintahan beliau, sangat sukar untuk berjumpa dengan pengemis atau fakir miskin yang berhak menerima zakat. Pernah Yahya Ibn Sa’id meriwayatkan, Umar melantik beliau memungut zakat di Afrika, setelah selesai memungut zakat beliau mencari orang-orang yang berhajat kepada zakat, tatapi gagal bertemu seorang pun yang boleh diberi bantuan. Lalu beliau membeli beberapa orang hamba sahaya dan memerdekakan mereka bagi pihak kaum muslimin.

5-Pernah suatu ketika, Umar Abdul Aziz memerhatikan anak-anak perempuannya menutup mulut dengan tangan ketika berbual dengannya. Selepas menyiasat, beliau dapati hanya bawang dan kacang sahaja yang terdapat dirumahnya. Anak-anaknya berbuat demikian kerana takut menganggu beliau dengan bau bawang. Dengan berlinangan air mata beliau berkata: “Wahai anakkku adakah kamu inginkan makanan yang enak sedangkan ayahmu dihumban ke dalam neraka?”

6- Beliau adalah khalifah kepada sebuah empayar terbesar zaman itu, namun tidak mempunyai duit yang mencukupi untuk menunaikan haji. Sehinggalah sampai satu masa, beliau diberitahu khadamnya, duit untuk menunaikan haji telah mencukupi hasil dari pendapatannya sebagai khalifah. Akan tetapi Umar menjawab: “Kami telah mengambil manfaat harta ini sekelian lama. Sekarang orang Islam berhak menikmati hasilnya.” Kemudian beliau memasukkan semua hasil pendapatan itu ke dalam Baitul Mal.

7-Beliau adalah seorang yang zuhud dan sangat berhati-hati. Jika ada mana-mana pegawai dan ahli keluarga yang ingin menemuinya atas urusan peribadi, serta merta beliau memadamkan lilin yang dibekalkan kerajaan dan menggunakan lilinnya sendiri. Beliau tidak pernah mengguna air panas daripada dapur awam atau menghidu wangi-wangian milik Baitul Mal.

8- Pernah beliau lewat menghadiri solat Jumaat kerana terpaksa menunggu bajunya yang sehelai itu kering.


9- KEBAJIKAN RAKYAT MATLAMAT UTAMA-Dalam pentadbiran pula, Umar Abdul Aziz telah mengubah kerajaannya sehingga kebajikan rakyat menjadi matlamat utama

10-MENDAHULUKAN KEPENTINGAN AGAMA-mengutamakan prinsip, tuntutan moral dan kehendak agama daripada keuntungan politik yang berbentuk duniawi. Dengan keunggulan peribadi dan kehebatan kerajaan yang dipimpinnya, semakin ramai orang bukan Islam memeluk Islam.

11- MENINGKATKAN PERBINCANGAN TENTANG AGAMA perubahan yang lebih besar lagi dalam kerajaannya iaitu mangubah kecenderungan dan sikap rakyat jelata. tajuk-tajuk yang berkaitan dengan sembahyang, doa dan ibadah menjadi topik perbualan utama. Masing-masing bermuhasabah untuk meningkatkan nilai ibadah mereka.

12- Keimanan yang teguh, cinta dan takut kepada Allah s.w.t. dan keyakinan terhadap hari pembalasan menjadikan beliau seorang pemimpin agung dalam sejarah Islam.

DIANTARA RINGKASAN PEMERINTAHAN ISLAM NIK ABDUL AZIZ N PARTNER

Detail keadaan/masalah sebenar rakyat serta sikap pemimpin-pemimpin/Wakil Rakyat   di negeri Kelantan akan di postkan sedikit masa lagi..Ia hanyalah bertujuan untuk menyatakan keadaan yang sebenar tanpa menipu diri sendiri.Di bawah ini cuma ringkasan yang ambo ambil dari blogger-blogger Pro Pakatan Rakyat yang satu ketika dahulu tampil dengan lantang dalam menyatakan kebenaran keadaan yang sebenar.

Untuk Kepimpinan PAS sila nyatakan kebenaran anda tentang kewibawaan sebenar Menteri Mesar Kelantan dalam menerajui kerajaan.Apakah ianya hanya seperti pengerusi tanpa berfungsi???Atau ianya diletak sebagai orang tua didalam kerajaan yang tidak sesuai dengan suasana dan keadaan politik masa kini?Ambo ada hujah ambo sendiri mengenai perkara ini.Sepertimana kekosongan atau Perkataan Vacuum yang perlu diisi juga adalah jarang-jarang di ungkapkan.Mungkin orang tertentu faham akan maksudnya.....

TAJUK 1
HADIAH ADALAH RASUAH???HADIAH MANA SATU NI?HADIAH UMRAH KAH?

Oleh kerana PAS adalah partai Islam, maka rujukan kita tidak lain dan tidak bukan adalah para Khulafa Ar Rasyidin serta Saidina Umar Abdul Aziz, Khalifah Islam yang kelima. Dalam permasalahan menerima atau mendapat hadiah dari orang di luar, di bawah dinukilkan sebuah kisah dari Saidina Umar Abdul Aziz. Saidina Umar Abdul Aziz memberikan kita apa hukumnya menerima hadiah setelah kita memegang jawatan yang penting yang melibatkan amanah rakyat.

Kisah saya dapati dari buku berjudul "Kisah-Kisah Islam Anti Korupsi" tulisan Nasiruddin Al Barabassi.

Terjemahannya dari Bahasa Indonesia adalah seperti berikut :

"Khalifah Umar Abdul Aziz pernah mengatakan kepada pembantunya 'Apakah kita mempunyai buah epal? Buah epal ini baunya sedap dan rasanya juga lazat".

Mendegar ucapan Umar, salah seorang ahli keluarga keluar mencarikan epal. Setelah kembalinya ahli keluarga itu, Umar berkata "alangkah sedap baunya (epal)! Dari mana buah epal ini datang?"

Ahli keluarga itu menjawab "Ia datang dari anak pakcik mu. Engkau tentu tahu bahawa Nabi SAW menerima hadiah, tetapi tidak menerima sedekah".

Umar lantas menjawab "Kembalikanlah (epal itu) wahai pembantu ku. Sampaikan salam ku (kepada anak pakcik Umar) dan katakan kepadanya Hadiahnya telah sampai kepada kami sebagaimana dia inginkan".

Umar menambah lagi " Hadiah untuk Nabi adalah benar-benar hadiah, sedangkan untuk kita sekarang hadiah adalah suap (rasuah)".

Imej dari buku ini boleh dilihat di kaki artikel ini.

Jelas saudara/ri sekelian. Saidina Umar Abdul Aziz menunjukkan kepada kita bahawa menerima hadiah pun adalah rasuah. Hadiah kepada Nabi SAW adalah benar-benar hadiah, tapi itupun setiap hadiah yang Nabi SAW dapat, dia akan sedekahkan kembali pada orang miskin dan yang memerlukan.

Cuba bayangkan, bagaimana hadiah yang mahal-mahal boleh diberi kepada pemegang-pemegang jawatan dalam PAS yang taraf mereka tak sampai pun taraf Khalifah, Amirul Mukminin.

Hanya kerana mereka itu Ketua Pemuda Negeri, YDP2 PAS kawasan, Anak MB, menantu MB, EXCO, Ketua Penerangan Pemuda Negeri dan banyak lagi jawatan2 yang kecil2 pun boleh kena "rasuah" mengikut "standard" yang ditunjukkan oleh Khalifah Umar Abdul Aziz.

Saya nak puji PAS Shah Alam kerana saya tahu aktivis2 mereka, terutama yang duduk dalam Ahli Majlis semuanya "makan duit bini" kerana mereka tak sanggup terima duit hadiah dan hadiah.

Mereka aktif dalam PAS 100% dengan berbekalkan elaun ahli Majlis yang tidak seberapa itu, terpaksalah isteri2 mereka mencari nafkah untuk menampung kos perjuangan.
Saya menyokong supaya elaun2 Ahli Majlis dinaikkan 5 kali ganda bagi membentras korupsi. Tapi, jangan sekali2 pemegang jawatan dalam PAS menjual diri mereka murah. Kita ada Saidina Umar Abdul Aziz sebagai rujukan kita.

Wallahualam bissawab
Tulang Besi
p/s Saya masih terkila bagaimana pimpinan2 PAS Pusat boleh duduk dalam hotel 5 bintang ekslusif di Shah Alam sewaktu Muktamar di Shah Alam baru-baru ini. Kenapa wang tersebut tak boleh dimasukkan dalam tabung perjuangan negeri dan pimpinan2 boleh duduk di hotel2 yang 3 atau 4 bintang.
Lihatlah betapa ekslusifnya hotel2 tersebut. Saya rasa Saidina Umar Abdul Aziz pun tak sanggup tinggal dalam hotel-hotel macam ni.


TAJUK 2
BARU SEBULAN MEMERINTAH,SUDAH MAHU BINCANG DENGAN UMNO
 WEDNESDAY, NOVEMBER 18, 2009
SUMBER: BPR
Ustaz Nasaruddin juga mengatakan dalam masa sebulan selepas pilihanraya umum 2008, Ustaz Harun Din telah melihat keadaan yang berlaku di Selangor dan Penang (tidak di Perak). Atas motivasi inilah kertas kerja bagi mengadakan perbincangan dengan UMNO.

Dengan kata lain, Ustaz Harun Din merasakan bahawa Islam dan Melayu dalam bahaya di negeri-negeri Pakatan sehingga membenarkan PAS mengadakan perbincangan dengan UMNO berdasarkan perkembangan hayat kerajaan Pakatan Rakyat yang baru sebulan (dalam kes Perak tidak sampai seminggu).
Apa Salah kerajaan Pakatan Rakyat pada Islam dan Melayu?
Malahan dalam isu arak sekalipun, ia hanya menunjukkan kejahilan serta kebodohan Hasan Ali dalam isu tersebut. Walaupun Enakmen Syariah Selangor mengharamkan penjualan arak kepada orang Islam, namun Enakmen tersebut tidak mengharamkan penjualan arak dalam kawasan majoriti Islam.

Itulah nampak gayanya. Pertamanya, apa asa Dr Harun Din menyuruh berbincang dengan UMNO padahal kerajaan Pakatan Rakyat baru berumur setahun?
Hakikatnya usaha menubuhkan kerajaan UMNO-PAS telah mula sejak lama sebelum kertas kerja “Tahaluf Siyasi Pasca 2008” lagi seperti yang didedahkan oleh Ustaz Ahmad Awang semasa Muktamar lepas

Dan benar, mengikut maklumat yang saya dapati, sememangnya Harun Din yang menelefon Ustaz Ahmad Awang untuk mengkaji semula keputusan menubuhkan kerajaan dengan PKR dan DAP.

Yang lebih lucu, Ustaz Nasa mengatakan kertas kerja Dr Harun Din dibentangkan dalam mesyuarat Majlis Syura Ulamak, sedangkan sehingga hari ini tiada satu bukti bertulis pun wujudnya mesyuarat pada 24 April 2008? Sehingga kini, minit mesyuarat tersebut TIDAK PERNAH DIBENTANGKAN hatta kepada Mursyidul Am sendiri.
Itulah dia sejarah bermulanya perpecahan dalam PAS. Apabila ada sekumpulan kepimpinan yang sudah kemaruk mahu duduk sekelambu dengan UMNO dan mengada2kan berbagai alasan untuk berbuat demikian.
Berita Penuh klik
TAJUK 3
TADBIR NEGERI PUN KUCAR LANAR MACAM MANA NAK TADBIR NEGARA..KALAU NEGERI ADA SULTAN ,NEGARA PULA ADA YANG DIPERTUAN AGONG
FRIDAY, NOVEMBER 27, 2009
SUMBER:BPR
NOTA: Penddedahan ini dilakukan oleh Topeng Perak berkenaan dengan MPKB-BI. Anggaplah ini satu muhasabah kepada kerajaan Negeri Kelantan kerana ia boleh diselesaikan dengan baik.Semalam lepas aku pos artikel (dari komen seorang pembaca) disini, aku dapat banyak panggilan dari pekerja bawahan MPKB dan pada siang hari kelmarin sampai ke malam, tak kurang dari 7 pertemuan dibuat dengan para pemanggil yang merupakan pekerja "kelas hamba abdi" MPKB - BRI di sekitar Kota Bharu.

Rupa-rupanya kes dalaman MPKB - BRI ni dah hampir setahun berlanjutan dan dah lama dah para pekerja "kelas hamba abdi" ni dok simpan masalah ni dan tak berani nak luah pada sape-sape sehinggalah timbul kekuatan akibat dari tekanan lantaran keadaan ekonomi yang semakin teruk di Malaysia.

Yang makin memenatkan para pekerja ini ialah bilamana hampir kesemua mereka sehingga ke hari ini telah berjaya mengumpul hampir 30 hari cuti ganti (overtime) dan setiap kali permohonan cuti dibuat, agak sukar untuk mendapat kelulusan sedangkan akhir tahun hampir tiba dan masa untuk menghabiskan cuti ganti (overtime) semakin suntuk.

Lain-lain hal yang agak berat ialah apabila MPKB mula memperkenalkan sistem bayaran kerja lebih masa (overtime) kepada sistem cuti ganti dengan alasan MPKB mempunyai masalah kewangan dan bajet yang terhad sedangkan dalam masa yang sama, hampir setiap bulan Ahli-Ahli Majlis, Pengarah-Pengarah dan SU menikmati "keseronokan" dalam program "Lawatan Sambil Belajar".
Dari apa yang disampaikan oleh beberapa informer, program tersebut kalau diikutkan sebenarnya adalah program "Lawatan Sambil Belajar" "gelek-gelek" atau "belajar untuk lagha", eh... "line dancing" tu menatang hape..? menatang tu pun ade jugak dalam program tu kalau korang nak tau...

Aku pun tak paham apa kebaikannya pergi jauh-jauh keluar negara untuk tengok aksi "gelek-gelek" dalam kelab malam... setakat nak tengok benda-benda macam tu, tak habis pun RM120.000 kalau ke Kolumpo atau Hadyai.

Aku ingat menatang Toyol dekat Selangor je yang pandai buat kerja haram jadah macam ni, rupanya geng-geng "Atasan MPKB - BRI" pun pandai jugak... Bangang sungguh...

Antara tempat-tempat yang geng-geng "Atasan" ni dah pergi kalau ikut info ialah Morocco, Turki, Perth, Uzbekistan dan China. Macau aku tak tau geng-geng ni dah sampai ke belum.

Kalau korang nak tau apa itu "5S" korang baca dekat sini.

Apa yang sebenarnya menjadi punca kepada masalah dalaman MPKB - BRI ialah bilamana para Ahli Majlis dalam MPKB mendapat lantikan dari "Politikus" dan kebanyakan "Politikus" yang melantik para Ahli Majlis ialah mereka-mereka yang 'tak de akal"... pilih orang-orang yang senang nak "dicucuk hidung" supaya "agenda masing-masing" dapat dijalankan.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Takiyuddin Hassan nak kena ambik tanggung-jawab ni sebab setahu aku, MPKB - BRI berada dibawah seliaan beliau. tapi kalau nak lagi bagus, tanya sendiri Datuk Takiyuddin dia tau atau tidak apa yang berlaku dalam MPKB - BRI.

Kalau Datuk Takiyuddin cakap tak tau, kena tanya balik betul atau tidak sebab dari info yang aku dapat, dia pun ada ikut program "Lawatan Sambil Belajar" ni.

Dari segi kebajikan pekerja pun ada jugak keluhan. kalau dulu, setiap bulan para pekerja bahagian "sisa pepejal" akan melalui "medical check-up" paling kurang sebulan sekali. tapi sekarang dah lebih dari 6 bulan hal tersebut telah diabaikan.

Tu belum cerita bab "uniform". macam mana korang nak bekerja kalau hanya dibekalkan dengan sepasang uniform dan jugak kasut sedangkan kerja korang tiap-tiap hari bergelumang dengan kotoran..?

TAJUK 4
Nota Editor: Dalam heboh-heboh kes Kickdefella dan RM4 juta ini, saya tertanya-tanya, apa yang puak-puak makan balak di Kelantan telah lakukan untuk mempertahankan Kelantan pada 2008?

Yang kita tahu, ada yang beli Honda Elyson dgn plet number PAS 17.Ada yang tambah bini lagi satu walaupun dah ada dua. Terus menerus mereka berusaha memburukkan Haji Annuar Bakhri dan terus menerus mereka mempertahankan Ariffahmi.

Tapi, yang kita nak tahu apa benda puak2 ni dah buat untuk mempertahankan Kelantan dari diambil UMNO pada 2008? Sekurang-kurangnya PAS Kelantan beruntung ada manusia nama Husam Musa yang berusaha mengumpul derma bagi mewujudkan usaha melemahkan UMNO dengan mempersoalkan kredibiliti Pak Lah sebelum 2008.

Hasilnya Kerajaan KElantan berjaya dipertahankan, alhamdulillah.

Malahan usaha ini juga menguntungkan PAS di Kedah dan beberapa negeri lagi. Cuma yang herannya, walaupun pada masa itu imej Pak Lah sudah lemah dan UMNO berpecah, PAS Terengganu masih GAGAL merampas Terengganu. Heran bin ajaib..

Apa yang Kickdefella telah lakukan hanyalah mendedahkan wujudnya derma RM4 juta bagi mengalahkan UMNO pada pilihanraya 2008. walaupun dia sebut "menjatuhkan Pak Lah" tapi kita harus ingat. Bahawa kemenangan besar UMNO 2004 adalah di atas imej Pak Lah. Dengan kata lain, serangan kepada Pak Lah adalah serangan kepada UMNO. Apa yang Kick buat hanyalah mendedahkan "FAKTA" berkaitan Pak Lah yang disenyapkan oleh media kawalan UMNO/BN. Itu sahaja.

Terima kasih pada Kickdefella kerana mendedahkan siapa yang bertanggungjawab di kalangan PAS Kelantan di dalam mempertahankan Kerajaan Kelantan dari dirampas UMNO pada 2008.
Sekurang-kurangnya kita tahu ada juga dalam PAS yang tidak hanya berceramah, tapi berbuat kerja bagi memenangkan parti.
TAJUK 5

KUALA LUMPUR, 4 Mei: Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar (gambar) mempersoalkan, apa salahnya menggunakan wang RM4 juta untuk mengalahkan Umno dalam pilihan raya umum ke 12 lalu asalkan ia bukan dari sumber yang tidak betul.

Bagi Mahfuz, isu itu sebenarnya, tidak wajar dipolemikkan kerana sebagai sebuah parti, memang menjadi kerja dan tugas PAS melawan kerajaan yang ada untuk menubuhkan kerajaan yang lebih baik.
Katanya, ahli PAS sanggup menggadaikan apa sahaja yang mereka ada untuk memperjuangkan Islam yang dibawa oleh PAS.
Beliau mengulas dakwaan blogger Sheikh Kickdefella atau Syed Azidi Abdul Aziz yang mendakwa beliau diberikan wang RM4 juta untuk menjalankan operasi gerak saraf menjatuhkan Umno dan BN pimpinan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menjelang pilihan raya umum ke 12 lalu.
Jika sekiranya tidak benar pun dakwaan Kickdefella itu, beliau berkata, PAS sebagai sebuah parti politik akan tetap berkempen supaya rakyat menolak politik perkauman dan kezaliman yang dilaksanakan oleh para pemimpin Umno dan BN yang menggunakan prasarana kerajaan untuk melawan rakyat.

“Benar tidak benar dakwaan RM4 juta itu, memang saya tidak tahu, tetapi kalau tak benar pun, PAS tetap buat kerjanya berkempen supaya Umno BN kalah dalam pilihan raya depan,” jelasnya yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena.

“Kalau betul pun, apa salahnya, memang keberadaan PAS dan parti-parti pembangkang yang lain sejak PRU 12 lalu adalah untuk pertahan kerajaan negeri (Kelantan), kuasai negeri-negeri (hatta) kerajaan Persekutuan sendiri,” tegas beliau.
Menurut Mahfuz, imej Abdullah sememangnya buruk bukan sahaja di kalangan pembangkang, malah di kalangan ahli-ahli Umno.

“Dia (Abdullah) sendiri memang lemah (dan) kelemahannya itu melengkapkan kelemahan yang sedia ada pada Umno itu sendiri (iaitu) mengamalkan rasuah, perkauman melampau dan sebagainya.
“Dia adalah simbol kepimpinan Umno, kalau kita berkempen menyerang Umno, tetapi tidak menyerang Abdullah, itu ajaib namanya,” ujarnya.

Sejak beberapa bulan lalu, Kickdefella dilihat mengkritik Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat serta beberapa pemimpin PAS Kelantan secara terbuka menggunakan blog peribadinya.
Ekoran kritikan tersebut, beberapa pihak seperti Datuk Nik Mohd Amar Abdullah (Exco Kerajaan Kelantan), Fadli Shaari (Ketua Penerangan Pemuda PAS negeri) serta blogger Tulang Besi atau Abdul Rahman Talib (pemilik blog MalaysiaWaves) bertindak mencabar beliau mendedahkan dalang di sebalik aktiviti korporatnya melalui Global Media Channel.

Demi membuktikan diri terlibat mempertahan kerajaan negeri Kelantan dari jatuh ke tangan Umno, Kickdefella mendedahkan bahawa beliau menerima RM4 juta dari pihak tertentu untuk menjalankan kerja-kerja mempertahankan kerajaan negeri.
Kini beliau disiasat oleh SPRM dan telah mendedahkan bagaimana dan daripada siapa wang itu diterimanya
Dalam sidang medianya tengah hari tadi, Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali menafikan PAS terlibat memberikan wang itu kepada Syed Azidi namun beliau tidak tahu kalau-kalau ada pemimpin PAS terlibat.
TAJUK 6
Isu Arak di Selangor: Pemuda UMNO Jangan Jadi Munafik
SATURDAY, AUGUST 8, 2009
Pemuda UMNO telah dilaporkan menjemput PAS bersama-sama dengan mereka untuk berdemontrasi mempertahankan isu pengharaman arak di MBSA baru-baru ini.
Khairy Jamaluddin dilaporkan berkata:

Saya tak tahu samada hendak tergelak atau menangis atas pelawaan Khairy Jamaluddin ini. Ini kerana apa yang hendak di demonstrari atau diprotes oleh Pemuda UMNO ini?

Saya tak nak cerita yang saya tahu berkenaan dengan geng-geng KJ sewaktu mereka belajar di Oxford dulu. It biarlah para pembaca siasat sendiri.
Saya cuma ingin mengetahui kalaulah pelawaan Khairy ini pelawaan ikhlas, saya ada beberapa pertanyaan kepada beliau dan seluruh warga UMNO Selangor dan Malaysia:

Nasib baiklah PAS tidak termakan dengan perangkap Pemuda UMNO ini. Kalau tidak PAS pun terpaksa menyokong amalan judi dan arak ini kelak.
 (Cerita diatas telah ambo sunting dan tidak menjejaskan maksud asal.Untuk lanjutan berita sila klik pada link  diatas.)
NAMA-NAMA,ORANG,PARTI YANG DISEBUTKAN DIATAS BUKANNYA PUAK MAHAFIRAUN TETAPI PUAK AMIRUL MUKMININ KONONNYALAH.....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan