19 September 2011

HUDUD TOL PAS UMNO DULU DAN KINI

Belakang Parang jika di asah lagikan tajam...

KUALA LUMPUR, 15 Sept: Kerajaan Negeri Kelantan memberi jaminan mengenakan tol paling minimum kepada pengguna Lebuh Raya Kota Bharu-Kuala Krai (Lebuh Raya KBKK) yang akan dibina secara swasta kelak.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Kewangan, Perancangan Ekonomi dan Kebajikan Negeri, Datuk Husam Musa, kerajaan negeri akan mempertimbangkan segala aspek sebelum menentukan kadar tol tersebut kepada pengguna agar ianya tidak terlalu membebankan.

"Lebuh raya Kota Bharu-Kuala Krai penting untuk rakyat Kelantan.

"(Bagaimanapun) Kita akan kenakan satu tol yang tidak membebankan rakyat," katanya kepada Harakahdaily.

Kerajaan Kelantan sebelum ini mengumumkan untuk mengambil inisiatif sendiri bagi membina Lebuh Raya KBKK secara swasta.

Ianya ekoran tindakan kerajaan Pusat menarik balik peruntukan untuk projek itu yang telah dimasukkan dalam Rancangan Malaysia Ke-9 (RMK9) sebelum ini.

Biarpun dirayu beberapa kali oleh kerajaan negeri, peruntukan tersebut masih belum dimasukkan untuk RMK10.

Sehubungan itu kerajaan negeri Kelantan membuat keputusan melaksanakan projek itu secara swasta.

"Dalam RMK9 kita dah cadang kepada Pusat dan sudah diperuntukan dalam RMK-9 tetapi peruntukan itu ditarik balik dalam RMK10.

"Kita telah merayu kepada pusat tetapi belum dimasukkan dalam RMK10," kata Husam lagi.

Projek Lebuh Raya KBKK merupakan sebuah projek swasta bagi membangunkan sebuah lebuh raya empat lorong sepanjang 63 kilometer yang menghubungkan Kota Bharu dengan Kuala Krai.

Laluan ini akan melalui beberapa bandar kecil seperti Ketereh, Kok Lanas, dan Machang.

Projek ini telah diluluskan oleh kerajaan negeri Kelantan melalui Mesyuarat Exco yang telah diadakan pada 10 Ogos 2011.

Projek tersebut dijangka menelan belanja kira-kira RM1.9 bilion termasuk RM500 juta untuk pembinaan jejambat (flyover) dari Persimpangan Wakaf Che Yeh sehingga ke Persimpangan Wakaf Siku dekat KB Mall.

"Kita telah tubuhkan jawatankuasa teknikal terdiri daripada peguam, jurutera dan lain-lain untuk menasihatkan kerajaan bagi mengurangkan kos pembinaan sekaligus mengurangkan kadar tol," kata Husam lagi.

Projek ini dijadual bermula pada 2012 dan dijangka siap pada 2015.

Lebuh raya ini juga akan bersambung dengan Lebuh Raya Utama Tengah (Central Spine Expressway) di Kuala Krai, Kelantan.

"Sebab itu kita kena bagi Pakatan Rakyat ambil alih kerajaan Pusat pada PRU-13 nanti.

"Jika Pakatan Rakyat menguasai Putrajaya, kita akan mintak bayaran royalti Kelantan dibayar kepada kerajaan negeri.

"Jadi dengan duit royalti itu kita akan ambil semula lebuh raya itu dan akan hapuskan tol," katanya. 

ITULAH POLITIK....

Pas juga sebahagian dari Umno,tetapi politik adalah satu permainan untuk teruskan kehidupan.Banyak politik dalam politik.Kadang-kadang dikalangan Pemimpin pembangkang lupa apa yang beliau telah janjikan.Ambo cakap sama sahaja Pembangkang yang ada sekarang dengan Pemerintahan UMNO.

Bezanya kejahatan yang dilakukan oleh kedua Parti berselindung disebalik perjuangan untuk rakyat,Perjuangan Islam dan perjuangan Pembangunan.Dasar yang berbeza tapi perlaksanaan yang serupa.Jika dilihat pada manifesto pembangkang ketika PRU12 apakah ianya telah ditunaikan?Berapa banyak janji dan berapa pula yang telah dilunaskan?

Sering ambo nak ingatkan supaya tidak membandingkan dengan kejahatan UMNO.Sebabnya umum telah mengetahui akannya dan sebahagian besar telahpun menolak Umno.Cumanya jika Umno-Bn ingin digantikan oleh Parti lain untuk mentadbir negara biarlah Parti yang akan memerintah itu menunjukkan contoh yang benar-benar berbeza dengan cara pemerintahan Umno-Bn.

Ambo ingatkan pada anda dan diri ambo sendiri supaya kita tidak taksub dan mampu menilai dengan kewarasan berfikir kita.Kalau nak kata benci dengan Umno,Ambo 1TRILLION kali benci lagi kepada Umno-Bn.Cuma dengan memikirkan telatah yang ingin menggantikan Umno itu lebih dasyat lagi dari Umno itulah yang membuatkan ambo rasa kena brek dan renung dengan kewarasan akal yang dilandaskan kepada ilmu Islam yang diredhai Allah.

PAS dahulunya pernah mengkafirkan Umno kerna tidak melaksanakan Hukum Hudud,Pas juga telah mengurangkan keislaman Umno kerana bergabung dengan MCA dan sekutu yang tidak islam.Seolah Pas adalah sebuah Al-Quran Malaysia yang boleh memberi guidelines kepada manusia untuk menentukan taraf Islamnya seseorang itu tanpa sebarang khilaf kerana terlalu ingin berkuasa.

Jika bertentangan dengan PAS (bukan dengan Islam) seseorang itu akan dilihat sebagai musuh Islam.Tetapi jika seseorang itu (Bukan Parti) ingin memeluk ajaran Pas maka kunci syurga akan diberikan kepada mereka.Jika kita lihat satu ketika dahulu pernah Pemimpin Umno menyaman Kerajaan Negeri bersabit Hukum Hudud.Sila baca Aritkel tahun 2002 ini ambo petik dari sumber PasKelantan Online:
Anggota Parlimen Kota Bharu, Dato Zaid Ibrahim diminta menarik balik samannya ke atas kerajaan negeri berkaitan hukum hudud, bagi mengelak bala lebih besar menimpa rakyat Kelantan.

Timbalan Pesuruhjaya PAS negeri, Haji Husam Musa berkata, sebelum ini tidak pernah berlaku ada orang Islam yang sanggup mencabar hukum Allah di mahkamah.
Jangan biarkan hukum tersebut tergantung di mahkamah. Ini kerana ia boleh mengundang bala daripada Allah Taala, katanya pada ceramah di Kampung Gong Dermin dekat sini, malam tadi.

Sebelum ini, Zaid yang juga seorang peguam dibenarkan mahkamah mencabar keputusan Dewan Undangan Negeri Kelantan meluluskan Enakmen Kanun Jenayah Syariah (II) 1993 kerana didakwa bercanggah dengan perlembagaan Persekutuan.
Kes tersebut dibicarakan di Mahkmamah Tinggi Kuala Lumpur dan sehingga kini belum lagi selesai.

Husam yang juga Adun Kijang bimbang terhadap bala daripada Allah yang lebih besar datang kerana ada hambaNya secara terang-terangan melawan hukum hudud.
banjir besar yang melanda Kota Bharu baru-baru ini, ada kaitan dengan bala ditimpa ke atas penduduknya.Katanya, Allah menurunkan bala yang besar kerana manusia sendiri melakukan sesuatu bercanggah kehendakNya.

Banjir yang melanda Kota Bharu baru-baru ini adalah terburuk sejak lebih 20 tahun lalu, di mana di tempat sukatan banjir di Tambatan Diraja mencatat bacaan sehingga tujuh meter.
Malangnya pada pilihan raya umum lalu, penduduk di Kota Bharu memberi undi kepada calon yang secara terang-terangan menyaman hukum Allah. Mereka perlu insaf dan berisytifar sekarang.
Al Quran telah menceritakan apabila berlaku sesuatu perbuatan zalim di kalangan manusia, Allah akan menurunkan bala yang mengena sesiapa sahaja,tambah beliau.

Apa yang anda rasa pelik dari artikel tersebut.Tiada apa yang pelik bukan?Memang benarlah kenyataan tersebut.Bukankah PAS juga yang kata Menolak Hukum Allah pun dah Kafir inikan pula menyamannya.Tapi bila Zaid Ibrahim ni keluar dari Umno dan menyertai sekutunya PAS maka lain pulalah bunyinya."JANGAN SESEKALI MAHU SAMAKAN DATO' ZAID IBRAHIM dengan geng-geng katak yang tidak bermaruah itu"

 Ini kerana isu Zaid Ibrahim pernah menyaman kerajaan Pas di Negeri Kelantan adalah wajar kerana isu tersebut telah membersihkan nama kerajaan Pas negeri Kelantan itu sendiri bahkan isu tersebut telah berjaya menghodoskan wajah umno yang telah menjadi kerajaan pusat selama 42 tahun oleh umno lama dan 23 tahun bagi umno yang baru tetapi masih tidak melaksanakn hukum hudud yang telah diwajibkan ISLAM untuk dilaksanakan didalam syariah islam.

Jelas Zaid  lagi mengapa dia menyaman kerajaan Pas negeri Kelantan itu kerana perkara itu tidak mengikut perlembagaan yang sebenar dan isu mengapa kerajaan Pas Kelantan dan Pas kerajaan Terengganu tidak melaksanakan hudud walaupun telah memerintah negeri tersebut terjawab dan sesungguhnya tindakan Zaid menyaman kerajaan Pas negeri Kelantan adalah sangat wajar dan patut dipuji ketika beliau didalam umno lagi. Mungkin ketika itu kerana perbezaan politik dan tidak memahami dengan jelas isu ini menyebabkan ramai yang tidak memahami perkara ini dan mengangap Zaid Ibrahim sudah gila meroyang sehingga sanggup menyaman hukum ALLAH swt..Sumber:TranungkiteOnline.

Apa pula seterusnya yang akan terjadi kerana sudah ada benih-benih cintakan Najib dan Umno ini sudah diterjemahkan oleh orang yang sama ini.Apakah hukumnya pula masa lampau pemimpin ini yang merupakan isu peribadi seperti minum arak.?Kita tunggu dan lihat,Lagipun pemimpin ini juga merupakan Presiden sebuah Parti serba dua yaitu Parti Akim dan diberi nafas baru oleh beliau dengan nama baru Parti Kita.Apa yang ambo tahu sedikit pergolakkan ada berlaku dalam Parti Kita yang dipimpinnya sekarang ini yang mana tidak memungkinkan keberlakuan hasratnya untuk kembali kepada Umno.


KOTA BARU: Bekas menteri Kabinet, Datuk Mohd Zaid Ibrahim pada Jumaat memohon maaf kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak kerana suatu ketika dahulu beliau tidak pernah yakin dengan keupayaan Najib untuk melakukan sesuatu termasuk memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).
Mohd Zaid berkata ternyata pandangan beliau terhadap Najib adalah meleset sama sekali apabila Perdana Menteri mengumumkan pemansuhan akta berkenaan semalam.
"Saya dahulu tidak yakin Najib mempunyai keberanian untuk membuat sesuatu yang besar dan hari ini saya minta maaf pada Perdana Menteri kerana akhirnya sanggup berbuat sesuatu yang bermakna dan besar untuk memansuhkan ISA ini.
"Saya sifatkan ini sebagai satu hadiah kepada rakyat Malaysia," katanya kepada pemberita di kediamannya di sini.

Andaikata pada PRU13 nanti Dato' Zaid Ibrahim bertanding di Parlimen Kota Bharu diatas tiket kemesraan Umno apa pula yang akan dihukumkan oleh pemimpin PAS keatas beliau.Adakah pujian dan pembelaan seperti yang berlaku di Hulu Selangor atau.....?Tunggu dan Lihat..

Ini hanyalah satu contoh sahaja,Banyak lagi yang ada,So jika Pas atau PR mentadbir Putrajaya lalu mereka menngunapakai juga khidmat APCO Yahudi (Tidak mustahil diatas keakraban DSAI) Apa pula nanti yang mereka akan hukumkan? Adakah HALAL? "atau kita sanggup bersekongkol dengan siapa saja,jangan kata APCO/Yahudi waima Syaaitan sekalipun kita sanggup sekiranya mereka nak jalan Islam".Ianya tidak mustahil untuk berlaku dan sewajarnya anda renung dan fikir.

Menyalahkan orang lain itu lebih mudah dari kita membetulkan diri kita sendiri.Jika diri kita sendiri tersesat tidaklah keterlaluan sangat jika dibandingkan dengan 1Jemaah yang akan sesat.Oleh yang demikian kita sebagai Rakyat seharusnya mengajar pemimpin kita tidak lupa diri dan memimpin Pemimpin kita Kejalan yang benar dan diredhai oleh Allah...Dunia akhir zaman ini sudah menjadi kebiasaan untuk berlaku perkara-perkara pelik seperti ini.Rakyat memimpin Pemimpin itulah realiti sebenar yang wajib ada pada diri setiap Rakyat dinegara ini sekiranya ingin melihat negara dan generasi kita nanti kekal selamat,aman dan damai.

Pastikan anda kembali lagi dengan Artikel berkaitan bahana TAKSUB menyebabkan seorang  Ustaz mengatakan TGNA adalah Nabi jika tiada Nabi kerana Ulamak adalah perwaris Nabi.Jangan terkeliru sebelum mendengar siri ceramah ini yang akan ambo paparkan nanti.
TunGGGGGuuu!!!!!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan