13 September 2011

EKSKLUSIF-BANYAK CERITA DALAM CERITA TGNA

Belakang Parang jika di asah lagikan tajam...

BANYAK CERITA DALAM CERITA UNTUK PEMIMPIN 1.




Hebat sungGuh Ustaz Wan Ji ni.Sangat hebat puak-puak Pakatan ni.Pada malam buai bicara ini ambo ada sekali.Siapa punya idea penganjuran Bualbicara ni.Tapi belum sempat habis lagi ambo dah blahh coz sangat-sangat tak kena dengan angin ambo. Pertamanya ketepatan masa yang dijadualkan lewat sejam.Seorang pemimpin yang tidak menepati masa adalah sama sekali tidak kena dengan perjuangan.

Tambahan pula pemimpin yang tidak menjawat jawatan penting dalam kerajaan,Kebiasaannya kalau dulu-dulu lah,sekarang ni tak tahulah takut dah tukar.
Bila memulakan majlis kita baca doa dulu,Tapi malam tu nyanyi lagu negaraku,Takperlah mungkin bulan kemerdekaan kot,itu saja yang ambo mampu jinakkan hati ambo mengenai Islam,Yang keduanya hanya perkara remeh sahaja,tapi ambo melihat kepada keperibadian seorang pemimpin yang ingin menegakkan Islam tidak memakai kopiah.Sedangkan pada malam itu majoriti hadirin yang hadir pun memakai kopiah.

Kerana apa pakai kopiah ? Kerana nak pada Islam.Habis tak pakai kopiah tak nak pada Islam ke ? Nak jugak,Tapi tak sepertimana orang yang pakai kopiah nak kepada Islam.Ada tengok pemimpin Umno pakai kopiah ke tak? Jadi biar ada beza perjuangan Islam dengan perjuangan Sekular.Rasa tak perlu ambo ulas panjang soal kopiah ni.Semoga anda dapat capai apa yang ambo nak maksudkan.Walaupun begitu tidaklah menjadi isu yang besar.Anda Nilailah sendiri.

Yang ketiga pula bila sidang soal jawab bermula,Dimana ambo lihat sikap Pemimpin Islam tidak terciri pada pemimpin Islam itu.Tapi Saifuddin Nasuttion terbaik pada malam itu.Beliau menunjukkan sikap yang mesra dan bertanggungjawab serta serius mendengar bilamana setiap soalan yang diajukan dicatitnya dan dijawab mengikut pertanyaan dengan menyebut nama hadirin yang bertanya.Begitu juga dengan menyebut nama Pelakon Mustapha Kamal bagi mewujudkan kehadirannya yang dihargai.Cara nak tarik orang untuk meminati apa yang diperkatakan itu adalah penting bagi seorang pemimpin..

Tapi apa yang berlaku pada Pemimpin Islam adalah sebaliknya.Tidak sabar dengan apa yang berlaku ambo angkat punggung dan blah..kerana hanya Saifuddin sahaja yang boleh dikatakan hujah yang berfakta,pandai mengambil hati hadirin dan tampak punyai kesungguhan untuk memenangi pilihanraya bukannya memikirkan JAWATAN didalam kerajaan.

Sebelum ini ambo tidaklah komen sebegini dalam terhadap Pemimpin Islam.Tetapi bila merasakan ada sesuatu yang tidak kena ambo rasa tiadalah gunanya ambo nak membela dan taksub kepada pemimpin parti sehingga membiarkan apa saja yang berlaku walaupun ianya adalah kesalahan...

Ambo bukan nak menuduh atau berprasangka tidak baik.Tapi ilham pada hati ambo ini mengatakan ada sesuatu yang tidak kena.Pada malam itu lagi hati ambo tak sedap dan memunculkan pelbagai tanda tanya.Seterusnya di Facebook ambo kelihatan survey dari Blogger Topeng Perak Unmasked mengenai cerita roadshow Tok Guru ini

.Ambo terus memberi pandangan.Bersama rakan facebookers yang lain Amat rancak sekali perbincangan dan akhirnya hanya ambo seorang saja yang kebodohan masih komen dan memberi hujah serta pandangan dan dalil tidak setuju ambo.

Tapi sayang sekali pada keesokan harinya ambo lihat semua KOMEN ambo dan rakan Facebookers lain di DELETE.Yang tinggal hanyalah komen setuju dengan hal tersebut dan komen yang tak berapa keras dalilnya akan tidak setuju cadangan itu juga dibiarkan.

Walau hati ambo masih rasa ada yang tak kena,Tapi ambo menyedapkan hati ianya di delete supaya tidak dapat dihidu oleh blogger ProKerajaan akan isu yang dibincangkan,Kerana isu tersebut hanyalah cadangan saja-saja dan tidak serius nanti jadi isu besarlah pulak.

Selang sehari  ambo melihat pula ada kiriman video di Kumpula Parlimen Pasir Mas RTPJ yang dikirimkan oleh TPU.Wah2 sudah serius kalau macam ni.Siap buat sesi soal jawab lagi ni apa hal? Ambo lihat ianya sudah serius kalau macam ni.

Apakah ada usaha kambing hitamkan seorang blogger ustaz untuk menaikkan seorang pemimpin dengan wujudnya komplot atau rancangan yang tidak sepatutnya
.Psikologi rendah yang dimainkan dalam kerja amal ini dengan mudah dapat dibaca gerak aturnya.Ini hanya pandangan ambo bukannya FITNAH.Kalau TPU atau Husam Musa nak saman ambo,

Dipersilakanlah saman.Kalau tak boleh bayar didunia insyaallah kira cucur diakhirat.Peringatan untuk pembaca semua ini hanyalah pandangan ambo terhadap apa yang berlaku dan bukannya FITNAH atau tuduhan atau kenyataan bertuju yang KHAS.Kalau pada Pemimpin Umno buat sesuatu kita boleh duk kata macam-macam kenapa tidak dengan Pemimpin kita.Jika tak inginkan sangkaan ini diwujudkan sila hentikan kerja GILA kegilaan ini..

Memang boleh dialasankan jika ada kaitan dengan DHM, mana mungkin DHM menafikan idea ini.Habistu takkan nak mengiyakan,Kalau mengiyakan tanpa mengetahui sokongan sebenar terhadap diri sendiri bukan politik namanya.Yang kedua walaupun DHM tidak sependapat dengan Ustaz Wan Ji tapi alasannya adalah alasan sependapat,Seperti

 "Kalau bertanding tak boleh pusing,Teori ni saya rasa tak betul,bertanding boleh pusing ,Kalau saudara boleh derma kita boleh sewa Jet Eksekutif , DSAI dan TGNA pusing seluruh Malaysia walaupun mereka bertanding,takder masalah,kecuali DSAI masuk jail,kita tak boleh buat pusinglah"

 lebih kurang macam tu lah jawapan dari DHM,Itu adalah satu penafian didalam maksud keunikan.Ia juga lebih bersifat Nappa dale senyum katanya ore kelate.Penafian jitu dengan penafian pertimbangan adalah dua terjemahan yang berbeza.Sering Orang politik secerdik DHM  akan menggunakan bahasa-bahasa makan dalam itu.

Seterusnya yang ketiga dapat dilihat juga masa cadangan ini di langsung pada saat ke 0.10 hingga 0.34, jurukamera ada fokus pada stage bilamana ada sedikit  interaksi dengan moderator dan kelihatan DHM seperti menggeliat(bukan menggeliat) atau membetulkan kedudukannya.Jika dalam bahasa tubuh ianya membawa sesuatu yang ada makna padanya.

Tapi jelas Sdr Saifuddin Nasution dan Ust Baihaki tidak menunjukkan sebarang pergerakkan tubuh yang tidak memberi apa makna tersirant dan tersurat padanya.Begitu juga dengan tepukan sambut terancang pemuda dibelakang Ustaz ini begitu ketara tanpa tepukan hadirin yang lain.

Begitu juga tentang pengetahuan persamaan cerita Tokoh China ibarat murid yang sudah berguru kerana cerita itu jarang diketahui oleh kebanyakkan melainkan sirah Nabi yang dipelajari umum umat Islam.
Untuk menyedapkan lagi sangkaan ini dilihat murid gagal dalam penguasaan singkat sejarah tersebut dan diperbetulkan oleh guru.Fahamnya disitu jika seseorang itu meminati pada seseorang Tokoh yang tidak kebiasaan kebanyakkan meminatinya adalah pasti seseorang itu akan tekun menguasainya tanpa sedikitpun cela.

Begitu juga sikap double Standard yang memnperlihatkan minat menjawabnya dari tidak sampai seminit menjawab soalan dari seorang muslimat, yang ambo agak kagum apabila muslimah ini membangkitkan isu sejagat yaitu gejala sosial yang membabitkan wanita yang mengandung bayi luar nikah dan perlukan pembelaan dari kaumnya juga.Ia menyatakan belum ada lagi di Negeri Kelantan yaitu Pusat perlindungan tersebut dan memohon diwujudkannya.

Sepatutnya inilah isu pokok yang perlu ditekankan cara membasmi serta memberi perlindungan tidak bererti kita menggalakkan.Kalau macam tu kita tak wujudkan bermaknan kita menggalakkan bayi tersebut dibuang merata kokser kokdang seperti sampah.Moralnya kerajaan pimpinan Ulamak juga yang akan ditempelak.

Begitu juga dengan pandangan seorang lagi muslimin mengenai kebersihan bandar dan surau di Shopping Complex,Ini soal moral Islam,Jangan memandang rendah terhadap isu ini.Jika ia membandingkan bahawa di Perak suraunya lagi bersih sedangkan dibawah pemerintahan Kerajaan yang kurang mengdasarkan Islam sebagai perjuangan.Apa tidak malu kah kita pemimpin Islam yang dilihat sebagai membawa perjuangan berdasar retorik.Sepatutnya apa yang perlu dijawab adalah.

"Masyaallah,Ya ke,Dekat mana tu?Pihak kita tidak mengetahui perkara ini,Terima kasih kerana melaporkannya.Kita tegas dalam perkara ini,Esok tengahhari anda pergi tengok balik samaada keadaanya berubah ataupun tidak.Saya akan arahkan pihak yang terbabit memberi amaran dan arahan membersihkannya dengan serta merta.Insyaallah"
Baru kemas boleh jadi Pemimpin Islam.

BANYAK CERITA DALAM CERITA  PEMIMPIN 2.



Inilah komen ambo pada Ustaz Wan Ji yang nampaknya tanpa segan silu memberi komen terhadap TGNA.Disebabkan ambo ingin cuba menjadi seorang yang sabar,Maka ambo akan cuba ulas tanpa perkataan yang kesat dan tidak menyinggung hati Ustaz Wan Ji.Terlebih dahulu sedikit rasa kesal dan terkilan terhadap Ustaz yang mana bila Ustaz komen bahawa TGNA sudah tua dan beliau akan mati.

Tidakkah rasa agak kasar dan kurang hormat untuk menggunakan perkataan itu pada seorang ketua yang diibaratkan sebagai bapa kita dalam memberi tunjuk ajar mengenai Islam.Perlakuan kita menggunakan perkataan kurang lembut  terhadap ketua kita juga akan mempengaruhi orang luar bersikap biadab.

Ambo suka pada Ustaz Wan Ji ni bilamana Ustaz berani berdebat dengan Ulamak Muda Fathul Bari.Anda berani dan gentleman diatas kapasiti diri sendiri. bukan mewakili parti.Walaupun sdr Fathul Bari kelihatan lebih gigih ilmunya namun kekuatan dan keberanian tetap ada pada anda..

Kita sebagai budak dari segala hal berbanding beliau eloklah kita memakai gantinama Tok Guru bukannya Nik aziz melainkan pada penulisan.Mati ni bukan kerja kita,orang muda pun mati,Takkanlah Ustaz nak cakap dengan orang tua Ustaz pasal pembahagian harta kerana mereka sudah tua?
Ambo rasa kalau cakap pada orang tua kita macam tu,baik-baik je dia nak bagi terus tak bagi.Tapi ustaz mesti ingat, Jika ayah kita mengajar kita menjadi seorang yang beriman lalu kita mengikut jejak katanya,

Mana mungkin kita nak berebut barang dunia.Gentleman ambo cakap ambo menolak terus barang dunia peninggalan orang tua sekiranya berlaku perebutan atau rasa tidak puas hati dikalangan adik beradik.Kerana ambo yakin pada Allah akan menggantikan yang lebih baik dari apa yang kita nak itu walaupun ambo bukan alim,lebai atau warak cuma sang jahil semata-mata.

Takkanlah level Ulamak kepimpinan Pas nak berebut macam tu.Sebenarnya siapa yang panas bontot ni ustaz? Terus terang ambo nyatakan yang ustaz tidaklah terfikir ketahap itu kerana hujah ustaz yang ambo lihat tidak berpendirian seakan tidak yakin dengan apa yang ustaz nak nyatakan  itu menambahkan lagi kesangsian ambo.Misalnya soal keramat,Nasib baik member tu jelaskan bukan masalah keramat dan.......tapi......

Kalau tak malu kita pada Dr Asri yang anti dengan kekeramatan ni.Ambo rasa cukuplah ustaz dijadikan alat seperti microphone untuk menguatkan suara sebenar.Lagipun jika perkara ini diteruskan sebelum pilihanraya,ambo akan teruskan lagi dengan cerita ambo,

walaupun blog ambo ni tidaklah ramai sangat pengunjung tapi ianya sudah cukup bagi ambo menyatakan kebenaran.Selebihnya bantuan Allah tidak pernah memustahilkan sesuatu perkara itu untuk berlaku dari ianya berlaku.

Seperti yang ambo jelaskan ketegasan ambo pasal masalah ini pada facebook TPU yang telah di delete adalah, TGNA dan PAS sudah sebati ibarat Suami dan Isteri.Tidak halal untuk seorang isteri melihat ketuaan suaminya lalu melangkah mencari suami lain untuk stanby takut suaminya yang tua itu mati.

Begitu juga isteri tidak boleh fasakh atau minta cerai dari suaminya selagi suaminya bertanggungjawab dan tidak melanggar apa yang telah digariskan dalam Islam..Jika memikirkan masa depanpun hendaklah isteri itu stanby dari segi duit simpanan dan ketetapan seumpamanya.Kalau nak stanby kain kapan untuk suami pun rasanya kurang manis dari satu segi tapi baik juga dalam satu segi yang lain.

Jika ada yang membangkitkan apakah didalam PAS tidak ada yang selayak TGNA.Adakah PAS gagal mencipta/meng-klon kepimpinan pelapis atau pengganti TGNA.Bukan tidak ada,ada....Tapi seperti yang ambo jelaskan ianya ibarat suami dan isteri.Jika tidak adapun siapa yang bersalah dalam soal itu...

Bukankah akan saja memperlihatkan kegagalan TGNA dalam memerintah dengan tidak memberi ruang tauladan kepada pelapis? Atau mungkin juga pelapis degil dan tidak dengar kata...Segalanya mungkin.....Kerana ambo percaya dan yakin jika tidak betul apa yang dikatakan secara depan ini ketika ceramah di putik oleh Ibrahim Ali  yang ketika itu belum melompat lagi,Sudah pasti Ibrahim Ali buleh sakit make nappa doh. ko tok wokil PAS nyoh...Ada brannnn!!!!


Samalah juga seperti  krisis air di Kelantan...Ambo mengjangkakan krisis air ni pun adalah satu angkaraan juga terhadap TGNA.Sehinggakan ambo kadang-kadang rasa ingin menulis artikel bertajuk RAKYAT SERAMBI MEKAH TIDAK SOLAT @ TIDAK MANDI WAJIB...Tetapi bila memikirkan satu keadaan yang membuatkan ambo bersabar serta mengambil sikap tunggu dan lihat.

Apakah besar sangat masalah air ni..???Ya sangat besar.Air diguna dan dipergunakan oleh semua manusia hidup dan mati,sihat dan sakit,haiwan, tumbuhan, bangunan,kenderaan,makanan,basuhan dsbnya.Betapa perlunya air,sangat perlu.!!!!..Jika kerajaan tidak ada duit atau tidak cukup modal untuk membangunkan sumber air ini rakyat boleh bersabar.

Tapi jika Kerajaan mampu dan berura-ura untuk membina Stadium di Pasir Puteh sedangkan peminat sukan tidak sepertimana ramainya pengguna air tidakkah hancur lulur hati rakyat.Sepatutnya kerajaan perlu berterima kasih terhadap kesetiaan rakyat Kelantan yang menjadikan Parti Pas sebagai keluarga sendiri dengan tidak berkira sedikit sebanyak masalah yang ada..

Ambo rasa TGNA perlu memikirkan kembali tentang stadium itu dan selesaikan dulu masalah air.Jangan dipakai sangat penasihat yang tidak memikirkan masalah sebenar rakyat dan nak tunjuk hero lebih pada Annuar Musa.

Bagi serah kat Annuar Musa je masalah bola ni.Mesti respect kepada beliau yang berjaya memartabatkan TRW atau The Red Warriors di persada kemuncak bolasepak negara.Biar TSAM buat,pahtu kalau Pemimpin PAS nak ceramah mintalah dengan dia.Rasa TSAM bagi kot.xbuwi gak kito sodok tohok sungai lah.......

Air di Kelantan memang tahap melampau sangat,Nak lagi waktu Maghrib, langsung tiada, jika waktu lain ada air tapi sangatlah slow seperti air kecil budak je.serius...Sebab tu kata nak mandi wajib pun susah tu air slow sangat.Kalau kawasan kampung takperlah ada ruang untuk gali telaga.

.Jika di bandar alternatif yang digunakan ialah menggunakan enjin untuk sedut/tarik air.Tak kena cara angin yang disedutnya.Tapi sikap sebegini ibarat mementingkan diri sendiri sahaja dan boleh menjadi tercetusnya perbalahan,Bagi ambo tidak wajar jika ada diantara kita yang menggunakan kaedah tersebut.

Memang benar bukannya kita curi air,kita bayar,Tapi lebih baik yang ada sikit kita bahagi buat cara sikit,Orang lain pun nak guna jugak.Kalau dibuatnya semua orang pakai mesin sedut,tak selesai masalah juga.So fikir-fikirkanlah untuk kesejahteraan hidup kita di negeri bertuah yang sangat damai dengan jolokan nama serambi mekah.

Belum pula dilihat dalam masalah gejala sosial dikalangan remaja serta sumbang mahram dikalangan orang tua.Untuk kita memberi alasan melepaskan diri sangatlah mudah dari kita dipertanggungjawabkan.Semua kita boleh beralasan.Rakyat sekarang sudah bijak menilai cuma segelintir saja yang masih taksub,Insyaallah demi kebaikkan pemimpin dan juga rakyat mereka itu akan berubah.

Sepatutnya kita berganding bahu sesama kita bilamana rakyat memberi peluang diwakilkan.Bukan rakyat pilih jadi Tok Wokil rakyat nak suruh Tok Wokil jadikan pentas politik sebagai platform cari makan untuk perut sendiri.

Sebaliknya membantu rakyat dalam segala segi.Bila membawa dasar Islam biarlah jadikan rakyat yang dipimpin itu paling terbaik diantara rakyat-rakyat lain.Kerana ia juga adalah satu dakwah yang bertauladan kepada rakyat dinegeri lain untuk memilih Parti yang memperjuangkan Islam.

Beriya-iya nak jadi pemimpin! Tapi untuk apa ?Untuk kepentingan diri sendiri atau kepentingan rakyat? Ambo taknak dengar soal sikit atau banyak,tapi ambo dan rakyat nak dengar buat atau tidak sepertimana pemimpin Umno buat? Sebabnyo sene kito nok pakoh time ngundi nanti.

Ambo tidak akan memberi muka pada Pemimpin yang berteraskan Islam sebagai teras perjuangan tetapi hanya sebagai peliur sahaja tanpa perlaksanaan yang sewajarnya sepertimana yang patut.

Sebelum terlambat ambo harap pemimpin PAS biar sedar diri jangan angkuh dan lupa diri.Kerana sekarang bukan zaman posto lagi.Akses internet menjadi medan utama perjuangan anak bangsa terhadap sikap dan perilaku pemimpin mereka.

Untuk tidak timbul salah anggap pembaca pada ambo yang jahil dengan seorang pemimpin yang alim,ambo sertakan beberapa ringkasan untuk kaitan dengan tujuan mempercayai syak ambo ini bukannya melulu dan tidak berasas atau retorik semata-mata.

Jika dalam sesebuah kampung itu pernah si Polan pecah masuk rumah dan  mencuri.Ditangkap dan dipenjarakan,Setelah keluar penjara nanti jika berlaku kecurian lagi maka suspek utama adalah si polan tadi kerana dia sudah ada rekod mencuri..

DHM juga dilihat ibarat senjata makan tuan bilamana bekas Blogger-nya yang dahulu lantang sekali mendedahkan tentang keburukkan TGNA.(belum dapat dipastikan betul atau tidak buruknya itu) untuk lanjutan sila klik Kickdefella

Suka saya merujuk kepada kenyataan YB Dato’ Haji Husam Musa di dalam HarakahDaily.
Dengan penuh rasa rendah diri dan insaf, saya memaklumkan bahawa saya bersedia berhadapan dengan apa-apa tindakan undang-undang dari Dato’ Husam sekiranya ada maklumat yang saya siarkan di dalam kenyataan media saya hari ini adalah palsu.
Saya juga bersedia untuk memohon maaf secara terbuka kepada Dato’ Husam dan keluarganya jika Dato’ Husam boleh tunjukkan dimana di dalam kenyataan media saya hari ini yang tidak betul.
Berikut ialah petikan dari HarakahDaily (kenyataan saya tersiar di dalam posting sebelum ini) Cerita selanjutnya sila klik Kickdefella

YB Husam Musa sudah menjawab isu tanah tapak stesen Pemandu Teksi dan Kereta Sewa Pasir Puteh. Kononnya Husam menyalahkan pemberi maklumat kepada PM.
Penyokong PAS yang mulanya senyap sunyi terus melompat-lompat setelah mendengar jawapan Husam. Husam sebenarnya berbohong. Dia adalah pembohong. Macammana hendak dipercayai kata-kata Husam.
Saya tidak akan siarkan kenyataan seorang pembohong di dalam posting saya. Jika anda mahu membacanya sila ke ruang komen dalam posting sebelumnya.
Seorang pembohong tidak boleh diterima pakai kata-katanya. Dia akan membelit-belitkan fakta untuk menyelamatkan keadaan dan sekala kata-katanya penuh inuendo.
Kata-kata Husam tidak boleh diterima sehingga dia berani menyaman saya diatas segala apa yang saya kata tentangnya. Husam takut kerana dia tidak mahu segala-gala terbongkar.
Dia takut untuk berkata benar kerana bila dia berkata benar maka bocorlah segala pembohongannya selama ini. Husam tidak akan berkata benar terutama di dalam soal wang dan tabiatnya terhadap perempuan.
Husam sila saman saya kalau anda bukan pembohong.Selanjutnya sila klik Kickdefella

Siapakah yang dilihat ketengahkan isu Roadshow TGNA ini? Bagi ambo Ustaz Wan Ji hanyalah pelindung kepada dalang sebenar dan Blogger Perisik Rakyat Topeng Perak Unmasked pula memainkan peranan untuk tujuan itu.Siapakah Blogger TPU itu dan apa kaitannya dengan DHM ?Sila Klik Sini

Jadi ambo rasa cukuplah duk mengarut tu,Boleh kalau nak mengarut pun tunggulah lepas pilihanraya,yang duk desak sangat sebelum pilihanraya ni pasal apa? ambo jawab sendirilah deh...Lepas pilihanraya nak buat apa?Kalau orang tua tu bertanding alamatnya melepaslah.Melepas macam mana?Yerlah macam sekaranglah........Lu pikirlah sendiri...Tapi jika terlalu gopoh ia akan memakan diri.Lebih-lebih lagi dengan ulamak yang alim...
Ambo takut kena ko TGNA pulok jah lagu ni....


Semoga dijadikan iktibar ibarat Peronda Polis membunyikan siren,Tujuan ambo ikhlas kerana Allah tanpa berpihak Pada mana2 Parti atau individu.Ambo juga tidak baik bahkan jahat dan kalau maksum jauh sekali... Banyak yang ada pada diri ambo ni kekurangan.Tapi biarlah kekurangan itu kekurangan yang tidak bersabit...Sesungguhnya apa yang baik itu datangnya dari Allah dan yang tidak baik itu dari kelemahan diri ambo sendiri.Wassalam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan