28 September 2011

PAS SUDAH TERLALU KACAU

Belakang Parang jika di asah lagikan tajam...

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Apakah PAS itu ISLAM dan ISLAM itu PAS.?Andainya Pas telah buruk atau melakukan perkara yang tidak betul adakah kita masih lagi hendak menyokongnya?Jika menolak PAS tidak Islamkah seseorang itu?Hukum mana pakai?Jangan buat Islam ni rosak kerana kepentingan politik,Nanti rakyat semakin muak dan menyampah kerana terlalu banyak percanggahan kenyataan pemimpin diantara mereka mengenai dasar perjuangan yang dibawa oleh parti yang kononnya memperjuangkan Islam.Klip video dibawah adalah jawapan tentang hukum sebenar mengenainya.Dinasihatkan Pemimpin dan Penyokong tegar PAS supaya tidak menggunakan Islam sesuka hati dan mengaitkan ia dengan kekotoran yang ada dalam Parti sehingga menjejaskan imej Islam.

Zaman telah berubah,Generasi bersilih ganti,Ideologi karut menggunakan Islam adalah tidak relevan lagi bahkan lebih memudharatkan Islam andaikata perkara ini masih berterusan.Jika ya pun kita inginkan sesuatu pembawaan yang baru atau bersifat lain dari yang lain janganlah kita jadikan agama sebagai barangnya.Dasar berkebajikkan itu sangat tepat sekali dan usahlah membangkitkan lagi isu Agama sebagai modal berpolitik.

Akidah umat Islam mesti diperbetulkan semula dan penyokong tegar PAS wajib bertaubat termasuk ambo kerana menuduh UMNO seperti kafir akibat terpengaruh dengan dakyah sesat sebahagian dari pemimpin PAS dan sebahagiannya lagi tidak menyekat perkara/tuduhan ini dari terus berlaku.Tentanglah UMNO tanpa Hudud atau mengaitkan ia dengan agama jika perkara itu tidak jelas ataupun khilaf..Lagipun pemimpin PAS ni pun bukannya dikalangan orang yang baik-baik ataupun juga Ulamak yang adil.Hanya yang celik sahaja dapat mengatasi segala yang batil yang telah digerakkan untuk diperlihatkan oleh tuhan yang esa.
Mengambil pendapat beberapa orang ulamak serta kajian ambo dalil mengenai kebenaran perjuangan Parti Pas yang kononnya memperjuangkan Islam adalah bercanggah sama sekali dengan perjuangan Islam yang sebenarnya.Oleh kerana itu kita dapat melihat hanya seorang sahaja Ulamak Veteran yaitu TGNA didalam kepimpinan PAS.Sedangkan ramai lagi Ulamak,Tok Guru pondok diluar sana tidak menyertai Barisan kepimpinan PAS.Sekiranya benar PAS memperjuangkan Islam sudah pastilah Tok Guru-TokGuru pondok bersama dalam Jemaah Kepimpinan PAS.
Mereka hanya menyokong PAS dari jauh sahaja disebabkan mereka berfahaman PAS sedikit lebih dekat dengan Islam tanpa mereka mengetahui perjuangan PAS yang sebenarnya lagi,Telah banyak percanggahan pendapat yang menghalalkan cara demi mencapai matlamat.Seperti juga orang kafir membaca Al-Quran,Bila ditanya bagaimana sekiranya tersalah tafsir,TGNA menjawab "Itu dia punya pasal"Tidakkah terfikir kita sekiranya diberi ruang sedemikian rupa seolah-olah Islam semakin hari semakin diperlekehkan,Seakan Islam barang murah yang boleh dipersenda mainkan.Tidak salah untuk orang kafir nak baca atau terjemah Al-Quran tapi hendaklah ia diajar dengan betul dan fasih menyebut ayat suci Al-Quran.Ingatlah sesuatu perkara besar itu terhasil dari perkara yang kecil.Sepatutnya pada pandangan ambo,

Pemimpin PAS hendaklah menerangkan kepada Pemimpin sekutunya DAP bahawasanya Al-Quran adalah kitab Suci umat Islam yang sangat mulia dan letaknya sentiasa diatas.Dijunjung dan dicium kerana itulah puncanya pengambilan hukum tentang cara hidup seharian umat Islam.Jika hendak baca bukan tak boleh,Tapi biar ada keuntungan kepada Islam,Baca biar tertib serta terjemahan yang betul supaya Umat Islam sendiri merasa bangga dengan penggunaan itu.Jika bacaan cincai/telo seperti boleh main-main dan tiada penghormatan langsung kepada ayat Suci Al-Quran.

Maka sedikit masa lagi dapatlah kita lihat munculnya pelbagai bentuk macam penggunaan berkaitan Islam dan tidak kena pada tempatnya sekaligus akan menghina Islam itu sendiri.Kadang-kadang penggunaan itu tidak disengajakan,Tetapi disebabkan perkara contoh yang beginilah menyebabkan terjadinya penghinaan tersebut.Maksud ambo,Jika berkawan, kita sendiri  tidak menghormati kawan kita,maka kawan kita yang lain juga tidak akan menghormatinya.Tetapi jika kita menghormati seolah kita mengatakan kawan kita ini orang hebat,bijak dan kenamaan secara langsung ianya akan dihormati oleh kawan kita yang lain.

Kejatuhan Syarikat,Individu,Agama,Parti bukannya disebabkan oleh orang luar,Tetapi hendaklah diketahui bahawasanya kejatuhan itu disebabkan orang dalam yang banyak mengetahui rahsia,kelemahan,cincai dan tidak menghormati institusi tersebut menyebabkan ianya terdedah kepada kemusnahan.Jika melibatkan Parti dan Agama,Agama lebih penting dari segalanya.Agama yang perlu diselamatkan dari dijadikan umpan untuk kepentingan politik semata-mata.Klip video dibawah mempunyai kata-kata untuk kita renung dan berfikir...

Kesimpulannya sedarlah kita semua bahawa kita telah terlanjur didalam perjuangan yang akan menyebabkan kita dan generasi hadapan akan menerima musibah angkara kepimpinan yang ada dan cara pembangkang yang mementingkan karier bukannya ikhlas memperjuangkan nasib rakyat.Bahkan jika Pemerintahan Umno-Bn tumbang dan digantikan dengan PR ambo yakin malapetaka lebih dasyat lagi akan berlaku yang memudharatkan umat Islam terutamanya.Kerana bukti yang berlaku dengan pemerintahan PR pada hari ini dengan memerintah negeri terbukti untuk dijadikan pengajaran kepada orang-orang yang beriman.

Sebelum dapat semuanya manis,semuanya baik dan dijanjikan dengan emas dan permata,bila sudah dapat akan timbullah pelbagai alasan-alasan jahat yang hanya membodohkan rakyat yang buta dibutakan.Apapun terpulang kepada anda,Kerana bukannya ambo memberi pandangan untuk menyokong Umno-Bn tetapi melihat kepada kita semua berpolitik secara bijak dengan menundukkan pemimpin kepada rakyat bukannya Pemimpin rakus membaham hasil bumi negara.Cara kita itulah yang akan membuatkan Pemimpin itu insaf dan sedar hakikat menjadi seorang pemimpin bukannya mengampu dan menjadi kroni untuk kepentingan sendiri.


Jika mengampu cara kita itu maka jahanamlah negara dan diakhirat pula tuhan akan tentukan dimana tempat kita...Kita sebagai rakyat Tidak perlu nak belajar politik ni tinggi-tinggi sangat,Kerana masa akan membataskan kita untuk memahami dan mengesan tipudaya susunan kata yang hanya menggambarkan kesalahan orang lain tanpa menghayati masalah sebenar.Oleh itu cukup saja kita melihat perkara asas yang ada di depan mata yang tiada kaitan dengan perlembagaan atau apa saja yang nak didogengkan..
Lihatlah saja bukti yang ada didepan mata tanpa rasa TAKSUB dan menipu diri sendiri.Benci kita kepada UMNO bukan kerana Namanya itu UMNO,Tetapi kerana sikap pemimpinnya yang dianggap rakus.Tapi lupa untuk kita berfikir kerana apa Umno jadi seperti itu?Kerana apa lagi kalau bukan kerana si pengampu!!!Pengampu inilah sepatutnya mesti dihukum dan dihapuskan serta dilenyapkan dari muka bumi ini.....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan