19 September 2011

HANTU BONCENG MENGUCAP HINA ISLAM

Belakang Parang jika di asah lagikan tajam...

PAS dakwa 'Hantu Bonceng' hina Islam
Pemuda PAS menyatakan kekesalannya terhadap kelemahan agensi kerajaan membenarkan filem "berbaur penghinaan kepada Islam" diterbitkan untuk tontonan umum, seperti filem Hantu Bonceng arahan sutradara terkenal Ahmad Idham.

NONEKetuanya Nasrudin Hassan (kiri) berkata, filem komedi baru yang dibintangi pelawak terkenal Zizan Razak mengandungi babak yang jelas menghina Rasulullah.

Nasrudin berkata, terdapat dialog dalam satu babak yang berbunyi "asyhadu anna Muhammadar syaitan" (aku naik saksi bahawa Muhammad itu syaitan).

"Kalimah syahadah bukan perkataan yang boleh dijenakakan atau dipersenda sedemikian rupa, justeru ia membawa kesan yang boleh menggugurkan syahadah walaupun ia sekadar lakonan," katanya.

Filem dengan durasi 90 minit itu ditayangkan di panggung wayang di Malaysia, Singapura dan Brunei bermula 31 Ogos lalu dan dikatakan mencipta sejarah dengan kutipan terbesar dalam musim perayaan dengan jumlah RM 5 juta untuk lima hari tayangan.

Selain Zizan yang sinonim dengan rancangan Raja Lawak, ia turut membariskan aktres terkenal Juliana Evans dan Jue Aziz.Penapis teh atau cendol?
Ia mengisahkan Amran yang sering diganggu dengan hantu Maya yang mati ketika diboncengnya sebelum itu. Berbagai cara dilakukan Amran untuk menepis gangguan itu sehinggalan tanpa disedari Amran mula berubah menjadi lebih baik.

hantu bonceng the movieDalam kenyataannya hari ini, Nasrudin berkata, filem untuk tontonan umum itu akan mencetus kekeliruan, memberi gambaran salah terhadap Islam, dan turut merosakkan akidah masyarakat awam.

Justeru, dewan itu mempersoalkan, sekiranya benar wujud panel penapisan di Lembaga Penapisan Filem (LPF) dan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (FINAS), mengapa masih wujud babak kontroversi itu.

"Apa yang ditapis selama ini? Penapis apa yang mereka pakai? Penapis tea (teh)? Atau penapis cendol yang berlubang besar?

"Sehingga masih banyak adegan yang 'menyenakkan mata' dan mengganggu sensitiviti masyarakat, lolos menjadi paparan umum melalui filem yang telah diluluskan," kata graduan Universiti Al-Azhar itu.

Lebih malang, Nasrudin menambah, pihak berkuasa agama didakwa seperti kaku dan kelu tidak tahu berbuat apa-apa meskipun berdepan dengan isu penghinaan terhadap Islam, seperti dalam kes blog Mak Cik Hajjah Sitt Al Wuzara sebelum ini.

Cadang lembaga penapisan tertinggi Nasrudin juga menyatakan kekesalannya terhadap lambakan filem tahyul dan karut untuk tontonan umum di kaca televisyen bermaharajalela di pelbagai saluran.
"Jika orang awam pun menyedari berlakunya perkara ini, bagaimana pihak berkuasa agama masih tidak menyedarinya?" soalnya lagi.

hantu bonceng the movieSehubungan itu, Nasrudin berkata, pihaknya menggesa Finas dan LPF mewujudkan panel syariah berautoriti sebagai lembaga penapisan yang tertinggi, terutama dalam menangani karya berkaitan Islam.

"Selain itu, Dewan Pemuda PAS juga menyeru kepada mereka yang terlibat secara langsung dalam industri ini seperti penerbit, pelakon dan penyiar untuk merujuk kepada alim ulama seperti mufti atau pihak berkuasa agama, seperti Jabatan Kemajuan Agama Islam Malaysia (JAKIM) terlebih dahulu sebelum menerbitkan sesebuah filem.

"Jangan apabila sudah wujudnya kontroversi baru mencari ulama untuk melepaskan diri," katanya lagi.

Katanya, industri filem harus maju dan berkembang ke seluruh dunia dengan membawa imej baik tanpa perlu mencetus elemen lucah, persendaan terhadap agama, tahyul dan perlecehan akhlak, semata-mata untuk dijadikan "tangkal pelaris".

ITULAH BENIH-BENIH BAHANA SESUKANYA MENGGUNAKAN AGAMA
Jika Isu yang menampakkan kesalahan Umno-Bn Pastilah yang pertama akan muncul Wira Agama dari PAS
Jika Isu yang menampakkan kesalahan PAS.Pastilah Pertamanya Agamawan-Agamawan Perwira Melayu dan ISlam Dari Umno akan muncul,Begitu juga dengan Bebas terkurung Ibrahim Ali dan Zulkifli Noordin..Dimanakah Pembela Islam yang sejati dan sebenar-benar membela Islam bukannya......

Politik suku agama suku,Mengikut Sheikh Mustafa Sobri Mufti  Kerajaan Uthmaniah Turki  memisahkan agama Islam dengan politik adalah jalan yang paling mudah untuk menjadi kafir.Ya memang benar dan bernas apa yang dikatakan oleh Ust Nasaruddin yang juga Adun Meranti tanpa dapat dihujah kembali oleh Adun Umno.

Pada hemah pemikiran tidak cerdik ambo berpendapat perkara yang nak dikatakan oleh Pemimpin Umno mengenai perkara politik suku agama suku adalah apa-apa yang berlaku,Maksud ambo,kita ni sebagai manusia yang tidak MAKSUM/Sempurna seringkali terdedah kepada perlakuan dosa tidak kira besar ataupun kecil,Untuk memuaskan hati semua orang sangatlah suatu perkara yang mustahil dalam dunia sejak Nabi Adam lagi..Jadi jika kita kaitkannya dengan Ugama diatas kerja buat kita yang tidak Maksum ini ia boleh menyebabkan Agama Islam akan dipandang rendah dan disalahguna.

Contoh Laknat 1(Awas ini bukan hukum!!!Contoh kepada tajuk Shj)
Kalau kita ni kaki berlaga ayam,Suka dan minat berlaga ayam dari kecil lagi dan kita juga adalah penuntut ilmu agama,Berlaga ayam adalah hobi kita dan belajar agama pula adalah tuntutan atau paksaan oleh ibu-bapa,Bilamana hobi tadi dicampur adukkan didalam agama atas dasar terlalu minat,Apa akan jadi sekiranya kita menghalalkan Hobi kita tadi diatas sebab mengisi masa lapang,Dari buat perkara yang merosakkan manusia baiklah kita hobikan sukan Ayam ini.

Dan dalilnya pula ayam pun sama macam kita jugak,Macammana kita sakit begitulah juga ayam sakit.Jadi jangan kita sakitkan ayam itu.(setengah pendapat) Mana boleh sama sebab manusia adalah sebaik-baik kejadian(setengah pendapat).Oleh kerana ayam tu sama seperti kita maka sukan pun diperlukan oleh ayam sepertimana sukan tinju.Berlawan dengan ikhlas hati bukannya paksaan,Kalau taknak berlawan jangan berlawan.Tak paksa pun.Dah kita letak berdepan dia nak melawan maknanya ayam tu sukalah berlawan.Lainlah kalau kita yang belasah ayam tu.Ni ayam sama ayam adil lah.

Contoh Laknat 2(Awas ini bukan hukum!!!Contoh kepada tajuk Shj)Setengah pendapat yang lain pula,Ayam tak sama dengan kita manusia,kita ada akal dan sebaik-baik kejadian,Kalau macam tu bolehlah berlaga ayam sebab ayam tu bukan macam kita,ayam tiada akal,so ayam tiada masa depan,Lagipun ayam Jantan ni takder tanggunggjawab nak kena jaga anak ke,Hantar anak ke sekolah ke atau apa saja seperti kita.Ayam tak sakitpun kalau berlaga,macam mana nak sakit dia tiada akal,
Apa yang anda dapat lihat adalah Penghalalan diatas perkara yang HARAM dengan kerana kita berkepentingan.Ini contoh bodoh kepada perkara Politik suku agama suku.Walaubagaimanapun jika orang agama yang memainkan peranan untuk convert maka akan berlakulah khilaf dan perbezaan pendapat sepertimana ROKOK....


Politik memang tidak boleh dipiSahkan dengan agama,Tapi jika agama dipolitikkan,Hukum dipersendamainkan ,Tidak menggunakan hukum secara adil tetapi disandarkan pada agama,Maka akan rosaklah Agama itu sendiri.Ambo yakin pengarah filem tersebut tidak berniat langsung untuk mempersendakan Nabi mahupun Islam,Cuma tanpa disedari oleh kerana niat yang baik untuk sampaikan mesej yang baik tanpa pengetahuan agama yang baik.

Bagi pihak yang bertanggungjawab untuk Penapisan Filem pula mungkin juga kerana tidak nampak perkataan itu salah olehkerana Hantu Pocong atau Syaitan yang mengucapnya.Wajarlah Syaitan menucap perkataan itu,Takkan syaitan nak mengucapkan benda yang benar sedangkan ianya musuh no1 kita.Ditambah lagi ianya hanya lakonan sebagai Hantu,melainkan diucapkan oleh lakonan manusia biasa.Jadi tidaksalah lah.Takkan nak lakonkan Hantu Pocong mengucap seperti kita.Dimanakah kebenaran yang diinginkan oleh Islam.

Kita hanya nak sampaikan mesej bahawa Hantu pocong/Syaitan ini berkelakuan dan berkeadaan seperti yang dilakonkan,Bukan kita buat untuk suka-suki caci maki lawak sumbang yang kebodohan dengan mengeluarkan perkataan tersebut tanpa sebarang motif yang berguna.Malah umat Islam seluruhnya mengetahui Islam yang seperti ini dan tidak memungkinkan perkataan itu untuk mempengaruhi dengan mempercayai sesuatu yang tidak baik...

Lihatlah saudaraku sekalian jika Agama dipermain dan dipersendakan oleh orang agama sendiri diatas kepentingannya.Macam-macam hukum dan hujah boleh dibuat untuk menegakkan benang yang basah..Itupun hujah akal je,Jika diambil pula padanan ayat Al-Quran dan Hadis untuk dibaca bagi menguatkan hujahnya maka semakin yakinlah umat akan apa yang di halkan itu.Mesti diingat bahawa jika TAKSUB dan merasakan hanya kita yang benar tidak mustahil semakin hari kita akan mendapat pelbagai hukum yang bercanggah dengan ajaran Islam yang sebenarnya.

Kembalilah kepada Allah dengan hati yang Jujur,Ikhlas dan Amanah.Jujurlah dengan Allah,Jangan menipu diri kita sendiri,.Seandainya kita belajar agama dan tahu akan hukum hakam serta Asas dalam menyatakan/mengeluarkan sesuatu hukum mengikut Islam dan ianya bercanggah dengan Islam yang sebenarnya,,Kita akan dapati hanya Mulut kita sahaja yakin tapi hati kita tidak akan yakin dengan hukum yang kita nak tegakkan bilamana kita sejenak berfikir dan mengingati Allah dan akan MATI sekejap sahaja lagi.Disitu kitta akan nampak kebenaran yang sebenar-benarnya.Susah untuk diungkapkan dengan kata-kata tanpa anda sendiri mesti melaluinya,
p/s: Hukum hakam diatas bukannya dari kenyataan pihak yang terlibat,Semua hanyalah jelmaan ambo bagi pihak yang bersabit  untuk cuba membuka minda anda semua bagi mewujudkan realiti hukum dari orang agama sekiranya berkepentingan..
Anda mampu Mengubahnya!!!!!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan