17 September 2011

RM20 JUTA HUSAM VS RM500K ISLAMIK

Belakang Parang jika di asah lagikan tajam...
Alasan...Alasan Dan sentiasa Beralasan

Apa yang ambo nak nyatakan ini hanyalah legaran isu-isu kecil yang menyatakan keperibadian seseorang.Biarpun isu ini hanyalah remeh-temeh,Tapi ia ada makna yang cukup besar,Kalau kita terlajak sangat tinggi nak fikir tiada gunanya kita nak jadi hipokrit dan menipu diri sendiri sebelum kita menguasainya atau diiktiraf oleh mana-mana Universiti atau perkaitannya yang memungkinkan akan membelit diri kita sendiri.Berpadalah dengan kapasiti tubuh badan kita untuk membawa sesuatu isu.Andainya di cabar untuk berdebat sekalipun kita mampu menguasai apa yang kita perkatakannya.

Kenapa gejala sosial masih berlaku di Kelantan negeri Serambi Mekah.Sedikit masa dahulu digelarkan juga serambi maksiat.Pusat Pelacuran,Penagihan Dadah,Sumbang Mahram dan terbaru memegang rekod tanpa kalah selama 3 tahun berturut-turut yaitu Pesakit Hiv/AIDS yang tertinggi di Malaysia.Keadaan ini tidak memungkinkan akan berlaku tanggapan kurang baik masyarakat bukan Kelantan terhadap rakyat Kelantan terutamanya Rakyat Kelantan yang berhijrah di luar Kelantan  .

Dahulu rakyat Kelantan dikenal dengan gedebe dan tinggal kawan orang luar sekiranya jumpa geng senegeri.Macam-macam pernah rakyat kelantan melalui pelbagai tohmahan masyarakat bila berada diluar Kelantan dan ambo sendiri telah banyak melauinya.Pokok pangkalnya diri kita sendiri.Diringkaskan cerita ambo nak artikelkan satu isu untuk membuka minda ketaksuban kita semua.Selebihnya ambo serahkan kepada Allah Azzawajalla untuk memberi hidayah dan membuka pintu hati kita semua kepada jalan yang benar dan diredhai oleh Allah.

Pertama ambo cukup kesal dengan beberapa perkara yang mana sebelum ini ambo memandang secara taksub tanpa memikirkan kebenaran yang adil dan berguna kepada kita semua.Tidak pernah terfikir untuk ambo membangkang kerana begitu taksub dengan pemimpin PAS.PAS dan UMNO adalah sama dan tidak banyak bezanya.Kecil cara kecil dan besar cara besar.Memerintah Kelantan setahap ini dan memerintah Negara juga setahap mana pencapaian memerintah Kelantan itu sahaja sifirnya.Sangat mudah.

Besar jajahan memerintah besar juga risiko dan besar segala yang besar.Ibaratnya susah nak berubah kalau jenis kita jenis tu.Ibarat kalau kita kahwin ada anak seorang, kalau perangai kita ni malas ke surau alasan macam-macam,dapat anak lima pun macam tu lah jugak.Tapi kalau jenis kaki surau........begitulah sebaliknya sifir mudah ambo.Tapi kalau ikan tawar biasanya jarang-jarang kucing akan menghidu saja.

Dahulu Umno dikafirkan mengikut amanat Hj Hadi,Sekarang ambo pun tak tahu apa statusnya.Mungkin KIV kot..Perubahan dalam dasar perjuangan adalah biasa sahaja,Tapi jikalau melibatkan dasar AGAMA seperti mengkafirkan Umno adalah satu isu akidah yang mana ia mesti diperjelaskan.

Persamaan PAS dan UMNO dapat dilihat dalam dua ceramah sahaja sudah jelas,Insyaalah ada masa ambo akan pertonjolkan lagi demi jihad membuka minda penyokong yang taksub.


1.) Dahulu Pulau Pinang diperintah oleh Gerakan rakan kongsi Umno,Sekarang diperintah DAP rakan kongsi PAS.Alasan standard seperti biasa.Tapi ambo terfikir juga kalau perintah Malaysia nanti Hukum Islam tak boleh dilaksanakan alasannya juga adalah masyarakat majmuk atau juga Karpal Singh belum mati nak langkah mayatnya.
2.) Pemimpin PAS bermewah dengan cara mana keadaan pemerintahannya,Begitu juga dengan Pemimpin Umno dengan cara pemerintahannya.
3.) Umno berkawan dengan MCA.Pas berkawan dengan DAP. Bezanya cuma MCA tak selantang DAP.
4.) PAS pakai consultant dalam gerak kerja menghadapi pilihanraya..So ini sama dengan UMNO jugak.Dengan kata lain mengswastakan apa jua yang berpeluang.
5.) KESIMPULANNYA APA YANG PAS BUAT KENAPA NAK DIBANDINGKAN DENGAN UMNO YANG MEMANG DASARNYA BUKAN ISLAM ATAUPUN SEKULAR.

Itu serba sedikit persamaan PAS dan UMNO.Seperti yang ambo nyatakan kalau PAS memerintah negeri dengan cara buatnya dan begitulah sebaliknya.

Tapi rupanya PAS pun dah berbelanja beratus juta dah jugak untuk tumbangkan UMNO.Tak payahlah nak dibandingkan dengan UMNO habis 1000 Billion pun ambo tak pelik sebab ngam dah dengan peragai Umno tu.Takkanlah Pemimpin PAS pun nak jadi JAHAT macam pemimpin Umno jugak?

Dato' Husam cakap dengan 20juta insyaallah beliau mampu ke Putrajaya.Hatta 100juta sekalipun kita cari.Ish,ish,ish,Bersungguh tu DHM nak tawan Putrajaya tu.Tapi begitulah pemikiran kita bila melampau tinggi sangat.Soalnya Siapa yang akan untung.Adakah Consultant lagi yang untung???

Macam ni ambo nak ringkaskan kalau benar perjuangkan Islam kita ikut cara yang paling dekat dengan Islam.Tak perlu 4juta,20 juta hatta 100 juta.Kita cuma perlu setengah juta sahaja (RM500,000).Bukan diberi kepada consultant tapi diberi kepada rakyat.

Contoh Kita fokus kepada Kelantan untuk ditauladankan kepada rakyat negeri lain misalnya.Di Kelantan ada 45 dun. 1 dun bermodalkan RM10,000.RM10,000 x 45 Dun = RM450,000.Setiap Dun berbekalkan modal RM10,000 diwujudkan satu perniagaan rakyat.Contohnya perniagaan seperti 

1.) Perniagaan cermin dan bingkai aluminium,
2.) Grill besi keselamatan,
3.) Bengkel kereta,
4. )Bengkel membaiki jentera berat,
5.) Pendawaian Elektrik.
6.) Penternakan
7.) Printing ,Stamping & Stationery
8.) Kedai tayar dan bateri
9.) Pembekal hardware PC
10.) PA system & Canopy
11.) Furniture spt Rak dan Kabinet
12.) Plumbing
13.) Renovation House,Office
14.) Mengetuk body dan mengecat Kereta
15.) Pembekal keperluan barang2 Kerajaan dsb

Perniagaan diatas hanyalah sebagai contoh dan beratus jenis perniagaan lagi ada.Perniagaan diatas adalah yang boleh membawa keuntungan melebihi RM15,000 sebulan.

Perniagaan pula dipantau oleh kewarasan berfikir orang yang berkelayakkan dan berkeyakinan diatasnya seperti pesara,imam,penghulu,penggawa dan sebagainya.
Cara pemberian keuntungan daripada perniagaan tersebut diberi kepada rakyat miskin yang memerlukan secara on the spot tanpa perlu karenah untuk mengisi borang atau mendapatkan tandatangan mana-mana penghulu atau pegawai kerajaan. Tanpa mengira fahaman politik,agama serta bangsa kerana semuanya manusia/Rakyat Malaysia yang mempunyai nilai nyawa dan makhluk Allah.

Pemberian wang tersebut dilakukan oleh penghulu yang mana penghulu hendaklah mengenal pasti setiap anak mukim terutamanya dari segi latar belakang dan taraf kehidupan supaya ianya telus dalam pemberian tersebut. Dan perkara tersebut pantau oleh sukarelawan pemantau yang tidak dikenali oleh penghulu atau yang berkaitan. Keuntungan bersih perniagaan rakyat ini mensasarkan RM 15,000-30,000 sebulan mengikut kepadatan penduduk miskin.

Had ini dimestikan kerana jika lebih pada sasaran itu ianya memberi satu saingan yang kurang selesa kepada individu yang menjalankan perniagaan yg sama. Selain pelanggan dari kalangan orang awam, projek kerajaan,kenderaan kerajaan atau yang berkaitan dengan kerajaan hendaklah diberi keutamaan kepada Perniagaan Rakyat supaya ianya terus relevan dari semasa ke semasa.Jika terlampau banyak projek boleh diagihkan ia kepada lain-lain usahawan setempat.Lantas kekayaan atau hasil wang dalam negara tidak berlegar dikalangan orang kaya atau individu sahaja.

Sasaran kepada rakyat miskin yang memerlukan seramai 30 orang dalam sesebuah Dun. Sekiranya dalam satu-satu masa semua 30 orang memerlukan bantuan dapatlah ia dibahagikan RM500 seorang.Jika kurang dari itu baki tersebut disimpan untuk tujuan membantu rakyat ketika bancana alam seperti kebakaran,banjir,kemalangan,kematian dan sebagainya. Untuk tidak menjadikan alasan rakyat akan pemalas, takrif rakyat miskin yang memerlukan ialah :

I) - Pendapatan kurang dari RM 1500 serta menyara ahli keluarga yang ramai atau mengikut kajian ekonomi setempat berdasarkan kesederhanaan.

II) - Cacat,lumpuh, atau tidak mampu untuk bekerja dan mencari nafkah untuk menyara keluarga.

III) - Hanya rakyat yang berkeluarga atau bujang yang mempunyai akademik/kemahiran yang baik untuk menyambung pelajaran tetapi keluarga tidak mampu.

IV) - Ibu tunggal,anak yatim atau muallaf atau seumpama yang selayaknya.

V) - Lain2 hal yang tidak dinyatakan akan dibincang dan dipertimbangkan mengikut takrif miskin yang memerlukan.Juga menanggung perbelanjaan aktiviti kemasyarakatan seperti kemudahan peralatan sukan, kerja-kerja agama seperti majlis asyura, maulud nabi,majlis perkahwinan, menjaga keamanan kampung,
dan sosial remaja bagi pemulihan akhlak seperti gejala penagihan dadah,maksiat, dan sebagainya.

  - Mewujudkan 1 Yayasan 1 Kampung dengan membolehkannya memiliki hartanah/aset bagi menjamin masa depan generasi yang akan datang dengan Perniagaan Rakyat.

  - Dengan semangat ukhuwah yg terjalin dan rakyat bekerjasama menyumbang tenaga kepada saudara yang memerlukan seperti dalam pembaikan rumah orang miskin dan sebagainya.

Setelah berjaya dan stabil,Diwujudkan pula anak syarikat yang dididik dari kalangan anak-anak orang miskin untuk menceburi bidang perniagaan dan hanya membayar gaji sebagai pengurus dan keuntungan itu juga dibahagikan atau dijadikan aset dan begitulah seterusnya...

Apakah sukar cara ini untuk dilakukan oleh kerajaan yang benar-benar ikhlas untuk membantu rakyat???Jika keadaan ini berlaku apakah Rakyat negeri lain tidak meminatinya.Apa masih perlu lagi bekerjasama dengan Parti bukan Islam seperti pendirian atau Prinsip PAS dahulu.

Jika pemimpin yang beriman pastilah ianya yakin kepada Allah kerana apa yang nak dikerjakan itu ikhlas kerana Allah dan sudah pasti Keberkatan itu mendapat ganjaran setimpal untuk mentadbir negara dengan cara yang diredhai oleh Allah.Tiada apa yang mustahil dengan pertolongan Allah jika betul jalannya.Beginilah cara kalau benar memerintah Islam dengan jujur,Bukankah aman dan damai masyarakat berbilang kaum.Tidakpun 100peratus dengan cara ini tapi seumpama dengannya yang lebih relevan dan matlamatnya sifarkan kemiskinan,banteras gejala sosial dan penyatuan masyarakat berbilang kaum dan cara dakwah didalam mengajak masyarakat mendekati Islam.

Wahai segelintir rakyat yang Taksub,Jangan dibiarkan pemimpin kamu terus tersesat akibat pujaan yang keterlaluan.Sebaliknya ingatkan pemimpin dikalangan kamu supaya jangan banyak beralasan dalam sesuatu pekerjaan baik yang ingin dilakukan.

1 ulasan:

  1. Casino Gaming - Dr. MSD
    The casino 평택 출장샵 has been operating for more than 30 years and is one of the most famous 원주 출장안마 of 춘천 출장안마 the 전주 출장샵 most recognizable companies in the industry. The casino 수원 출장안마 also has a

    BalasPadam