17 September 2011

THAILAND LAKSANAKAN HUDUD

Belakang Parang jika di asah lagikan tajam...


Nik Aziz dukacita peningkatan jumlah kes HIV/AIDS di Kelantan
KOTA BAHARU - Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dukacita dengan peningkatan pesakit HIV dan AIDS di negeri itu yang dilapor tertinggi di Malaysia, kerana mencemarkan imej Kelantan sebagai Serambi Mekah dan pusat pengajian agama.

Keadaan itu kata beliau berpunca daripada remaja yang tidak mengendahkan ajaran sebenar agama Islam sehingga menyebabkan mereka terjerumus dengan maksiat dan menghidap penyakit berbahaya tersebut.

"Saya rasa dukacitalah kerana Kelantan terkenal sebagai negeri Serambi Mekah, penuh dengan pondok-pondok tetapi oleh kerana ada yang tidak endahkan agama, maka jadilah macam ini.

"Saya termasuk ibu bapa turut risau mengenai AIDS ini. Duit kerajaan habis kerana nak buat angkara-angkara (perkara buruk)...nak seronok-seronok," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Seminar Pelaksanaan Siasah Syariah Dalam Konteks Semasa Peringkat Kebangsaan 2011 di Balai Islam Lundang, di sini hari ini.

Nik Aziz berkata, sikap rakyat Kelantan yang suka berhibur di negara jiran juga sukar dikawal dan merupakan antara faktor menularnya penyakit yang tiada penawar itu.

Akhbar melaporkan jumlah penghidap HIV dan AIDS di Kelantan pada tahun lepas adalah tertinggi di Malaysia berbanding dengan negeri-negeri lain.

Menurut Kementerian Kesihatan, nisbah yang dijangkiti HIV dan AIDS di Kelantan ialah 28.8 orang bagi setiap 100,000 penduduk negeri itu.

Pemegang Amanah Majlis AIDS Malaysia Dr Illias Adam Yee dilapor berkata, jumlah jangkitan baru HIV di Kelantan dari Januari sehingga Disember tahun lepas ialah sebanyak 462 orang manakala kematian disebabkan AIDS ialah 88 orang.- Bernama

ULASAN AMBO


Ini adalah merupakan salah satu faktor dimana kegagalan Kerajaan PAS yang memerintah dan tidak seharusnya kita menunding jari kepada siam supaya siam melaksanakan Hukum Hudud.Kebiasaannya  kita akan menyalahkan Umno-Bn kerana tidak melaksanakan Hukum Islam.

Sekarang ini Allah memperlihatkan kepada kita akan kegagalan siapa yang sebenarnya,Setiap permasalahan itu takkan selesai dengan hanya menunding jari sebaliknya kita mengambil iktibar diatas sikap kita yang sibuk berpolitik sehingga mengabaikan tangunggjawab sebagai seorang khalifah.Nak jawab macam mana dengan Allah Taala dihari akhirat nanti.

Cara dakwah kita berbeza dengan cara Rasulullah.Sangat berbeza kerana Rasulullah bukan menggunakan Sifir kita dah ajar,dah bagitahu tak dengar jugak,lantak lah.Sebaliknya nmengajak atau  mencari puak kafir untuk didakwahkan.Bukannya Rasulullah berceramah diatas pentas tanpa diketahui golongan sasar ada ataupun tidak.Yang mana pergi dengar ceramah tu conform tak kena Aids.Masalahnya yang tak pergi dengar dan kita nak menarik mereka supaya pergi dengar dan hidup bermasyarakat..

Bukan ambo menyalahkan kepada individu tetapi kepada keseluruhan Pemimpin PAS yang memerintah negeri Kelantan.Tersangat sibuk berpolitik.Hari-hari politik,Memang betul hidup mesti berpolitik,Politik maknanya Tadbir,Lagumana kita nak tadbir,Kita kena ikut tuan punya dunia suruh tadbir lagumana.Adakah kita ikut tuan punya dunia ni suruh?

Ambo heran bermacam masalah di Kelantan ni,baik dari segi kemudahan asas dan juga masalah sosial.Sebenarnya apa yang dilaporkan oleh Amanah Majlis Aids dengan nisbah 28.8 orang bagi 100,000 penduduk tu ambo rasa hanya jumlah yang direkodkan..Dikawasan ambo saja pun rasanya lebih.Yang mati saja akibat HIV/AIDS dari usia 24 tahun hingga 40 tahun lebih kurang seramai 30 orang.Dalam masa setahun paling kurang 2kematian dan sentiasa mempunyai pelapis.

Bukan faktor Thailand semata-mata tapi masalah penagihan dadah dan perkongsian jarum adalah penyumbang utama keberlakuan tersebut.Aktiviti sosial seperti sukan tidak aktif dikalangan remaja disebabkan kemudahan yang terbatas.Masyarakat berkopiah yang tidak mempedulikan bahkan memandang sebelah mata kepada golongan ini menyebabkan mereka lebih liar dan tidak menghormati lantas ibarat mendapat lesen besar.Sikap orang agama juga adalah punca kerana seolah lebih bersifat menghukum bukannya mendidik.

Ambo rasa Negeri Kelantan akan terus ditimpa bencana sekiranya kekal memilih PAS sebagai pemerintah.Tiada perubahan kepada umat.Masalah sosial di negeri Kelantan sangatlah membimbangkan jika tiada usaha dari kerajaan untuk menanganinya.Penagihan Dadah jenis PIL KUDA sangat popular diKelantan.Jika nak diharapkan POLIS memang tidak akan selesai sampai bila-bila bahkan penjara Pengkalan Chepa pun tidak cukup besar untuk menempatkan penagih-penagih ini.Bukan jumlah yang sedikit.Masalah ini tidak sepatutnya disandarkan hanya kepada POLIS Kelantan.Penambahan anggota adalah perlu bagi memastikannya kurang dari tahap yang membimbangkan.

Akibat masalah penagihan dadah Pil Kuda ini ramai dikalangan belia seawal 12 tahun telah menelannya.Boleh dikatakan yang menagih lebih ramai dari yang tidak menagih..Sehingga terjadinya Kes Bunuh,mengamuk, menetak,meragut dan sebagainya.Ini satu masalah yang tidak sepatutnya dibiarkan oleh Kerajaan Negeri jika ingin melihat rakyat aman dan makmur.

Apa kerja 45 orang Ahli Dewan Undangan Negeri dan 14 orang Ahli Parlimen.Makan gaji BUta ke???Takder kerja lain berpolitik dan berceramah.Tapi bukan semuanya juga yang berceramah,Ada diantara mereka ini tidak dikenalipun oleh masyarakat terutamanya golongan belia.Facebook pun takder,Klip Video Ceramah di Youtube pun takder,Blog pun takder.Tak tahu apa kerja yang dibuat...Jadi ambo nok pesan bahawasanya jangan kata nak masuk syurga,nak ambil bau syurga pun xleh kalu tidok buat kerja untuk rakyat.Biar pehe gak getek.

Kerajaan mesti ambil perhatian dengan masalah yang terlampau pada negeri serambi mekah ini sebelum ianya merekah.Serba serbi masalah,Nak projek sunat malam jumaat sekali seminggu pun takut,Bukan takut apa,takut tak boleh mandi junub air tak dok.Nak bertayammum pun tak pandai lagi.Minta wakil rakyat turun ajarlah.Itulah sahaja perkataan dangkal yang mampu diungkapkan dengan mewakili seluruh penduduk di Bumi Bertuah Kelantan Darul Naim.

Kita lihat berapa ramai rakyat yang akan setia dengan cara ini.Mereka boleh setia sekiranya minda mereka tidak dibuka untuk menampakkan keadaan yang sepatutnya dikecapi.Sekiranya minda mereka dibuka akan nikmat keselesaan hidup serta perubahan dasar perjuangan Islam yang tidak Kafir lagi sekiranya menyokong Umno.  Sokong Umno buleh pahalo, dunia seleso..Akhirat Syurgo..Sedap Sokmo sampai bilo-bilo.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan