22 September 2011

PENILAIAN AGAMA ULAMAK YANG BERBEZA

Belakang Parang jika di asah lagikan tajam...

ANJING-ANJING NERAKA...HEBAT2


Sakit gigi jugak dengar Ust kita ini yang mewakili Umno,Bagaimana kita rasa begitu juga mereka merasa.Namun cara ini juga tidak mendatangkan apa-apa manfaat.Tak padan dengan belajar jauh-jauh ke oversea...,lebih kurang ambo yg tak ngaji sekoloh...Betul lah yang dia cakap tapi betul untuk dia sahaja kot jika dibandingkan dengan Dr Asri yang jauh lebih Islamik..Sebab ambo pun tak tahu kerana first time dengar pasal anjing-anjing neraka ni..Walaubagaimanapun ianya tidak perlu untuk dicontohi oleh Pemimpin yang memperjuangkan Islam.





Apa yang akan jadi pada negara kita bila orang agama bertelagah diatas kepentingan politik,Politik suku agama suku kita kena lihat ia dalam konteks yang lebih jauh lagi.Hujah rambang ambo nak ambil dari Ust Nasaruddin yang ambo hormati,Politik suku agama suku,Maknanya sewaktu mari berucap politik agama tinggal dirumah,Kalau mati xder Ugama macammana?Dengar sendiri untuk lebih jelas...Ambo memang tabik dgn Ustaz Nasaruddin ni dengan ilmunya.Cuma ambo nak bagi pandangan kalau politik sekali dengan agama bagaimana jika membaca Al-Quran waktu berak/buang air besar masa dalam tugasan politik.Perlu suku atau sekali..?
Bukan niat ambo nok gapo dok?Kalu Ustaz nak ajak debat ambo xlawe.Memang kemas hujah Ustaz.Cumanya ambo bimbang dengan menggunakan Agama dalam sesuatu perkara yang boleh menjejaskan Islam itu sendiri amatlah bahaya dari yang mengsukukan agama.Maksud ambo,Barang yang baik mesti dipakai oleh orang yang baik jika ingin lihat barang itu kekal baik.Contohnya kalau kereta lamborghini murcielago baik sekalipun tapi dipandu oleh orang yang tidak baik akan musnah juga kereta tu.










Kita tengok contoh berkaitan ROKOK,Setengah pendapat kata Haram,Setengah pendapat yang lain tidak,Jadi ia adalah khilaf,Tapi walau berbeza pendapat tidak pula kedua pendapat tersebut nak kafirkan diantara satu sama lain.Jadi inilah satu perbezaan pendapat yang sihat dan tidak menimbulkan perpecahan.


















 Kerana ambo bangkitkan perkara ini adalah kerana satu ketika dulu pernah berlaku perpecahan bilamana Umno dikafirkan,Kenduri tak pergi sembelihan orang Umno tak halal,Solat 2 imam,Tak boleh nikah kahwin dengan anak orang Umno dan sebagainya.Bagi ambo dulu lain caranya dan kini lain caranya






Penutupnya adalah yang terbaikkk di ulas oleh Dr Asri.Jika kita ikhlas memperjuangkan Islam pilihlah jalan yang benar insyaallah selamat dunia dan akhirat.


 Jika anda ingin melihat contoh perpecahan umat dengan ertikata tiada penyatuan sehingga tercetusnya kehancuran melalui peperangan yang mengakibatkan kemusnahan yang sangat dasyat.Sila Klik
 Anda sebagai rakyat mesti menghukum pemerintah yang tidak bertanggungjawab bagi memperbaiki mutu kepimpinan didalam sebuah kerajaan agar tidak berlaku ketirisan dan penyelewengan baik soal wang,harta benda dan agama.Ambo yakin jika anda ikut cara betul Islam dengan mendengar kedua belah pihak dan menilainya dari setiap aspek.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan