Belakang Parang jika di asah lagikan tajam...
Politik negara adalah politik yang dicorakkan oleh pemimpin diatas faktor rakyat yang ketaksuban,Oleh yang demikian Politik Selak kain yang diberi nama oleh Tokoh Agama Dr Asri amat berketepatan sekali dengan apa yang berlaku dalam negara kita pada hari ini.Tapi sampai bilakah ia mesti berlaku.Sepatutnya para pemimpin sibuk memikirkan tentang menaiktaraf kehidupan rakyat atau kemajuan negara tapi masa itu digunakan untuk Selak Kain diantara pemimpin bagi mendedahkan keaiban yang sangat tidak bertepatan dengan ajaran agama Islam yang sebenarnya,Kerana apa ianya berlaku,Kerana kita sebagai rakyat yang menggalakkan cara yang sedemikian seolah-olah kita diberi tiket atau jaminan untuk ke syurga.
Jika tokoh ini bersekongkol dengan Umno lalu menghentam kenyataan dan amanat yang dibuat oleh kepimpinan PAS suatu ketika dahulu,Ambo yakin sudah pasti PAS akan rebah tersungkur,Dalil dan hujah yang dibawa beliau dilihat sangat menepati dengan prinsip-prinsip Islam.Sikapnya yang tidak terlalu emosional seperti Ulamak lain dilihat mampu untuk membawa perubahan kepada negara.Tapi harus diingat musuh Islam sentiasa mencemburui Tokoh yang dilihat berjaya didalam menarik umat Islam untuk mencintai agamanya.Golongan ini akan mencipta pelbagai propaganda untuk menidakkan kemaraan tokoh Islam Seperti suatu ketika dahulu TGNA juga dituduh sebagai Wahabbi,Presiden Iran Mahmoud Ahmadinejad berbangsa Yahudi yang bersekongkol dengan Amerika namun hakikat sebenar mereka ini adalah yang terbaik dari perspektif Islam yang sebenarnya.
Alhamdulillah,hasil dari ambo mendengar ratusan siri kuliah beliau,ambo bersyukur kepada Allah kerana diberikan deria yang sempurna begi mengesan perjalanan politik sebenar negara kita tanpa tersesat dan terus disesatkan dengan pelbagai dakyah yang berpihak tanpa ingin melihat atau mendengar pandangan kedua belah pihak serta mengkaji dan memahaminya dengan cara pemikiran Islam.
Kesimpulannya Umno adalah Parti yang tidak boleh dijadikan sandaran kepada perjuangan Islam.Tetapi Umno lebih Mulia dari Parti yang kononya memperjuangkan Islam tetapi merosakkan Islam demi kepentingan untuk pertahankan kuasa.Sebagi contoh mengenai hukum hudud.Selama ini ambo tidak tahu bagaimana perlaksanaan hudud yang sebenarnya.Yang ambo tahu hanyalah potong tangan,rejam dsb.Tanpa mengetahui macammana cara perlaksanaannya.Walaupun beribu-ribu ceramah PAS yang telah ambo dengar semuanya hanya menceritakan hal politik semata-mata.Sehinggalah ambo mendengar kuliah Dr Asri dan Maulana Asri yang menjelaskan cara perlaksanannya.
Sehingga kini ambo cukup bengang terhadap rakan-rakan yang mempertahankan PAS secara TAKSUB seolah kunci SYURGA berada pada PAS tanpa melihat didalam konteks ISLAM.Taksub tanpa melihat kepada hal dan menjawab hujah secara tak reti bahasa sangat-sangat memengalkan tahap kesabaran ambo.Nak berhujah atau nak komen boleh,bukan tak boleh,Tapi biar reti bahasa,maksudnya dengar,baca dan fahami betul-betul barulah komen.Bukannya membabi buta bagi komen yang akan membuangmasa jika ambo melayannya.
Tujuan ambo yang sebenarnya ialah untuk menyedarkan bukan untuk menjatuhkan mana-mana pemimpin.Allah itu Esa.Islam ni untuk semua.Bukannya Islam ni milik PAS.Kalau keluar Islam Murtad.Kalau keluar PAS sangat HALAL supaya dapat menyedarkan ramainya pemimpin mereka yang telah tergelincir dari perjuangan yang sebenarnya.Seorang Pemimpin Islam sewajibnya menjaga cara guna bahasa yang beradat dan sopan,Kalau ambo guna bahasa yang kasar tidaklah keterlaluan kerana ambo hanyalah sang jahil dan bukannya seorang Ustaz atau pemimpin masyarakat.Sebagai Ustaz yang membawa Islam Agama yang diredhai Allah tidak wajar untuk menggunakan bahasa yang keterlaluan.
Budaya mempertahankan PAS secara melulu adalah budaya ambo sebelum diberi hidayah oleh Allah taala.Apabila ambo memperluaskan pembelajaran mengenai cara Islam yang sebenarnya barulah ambo sedar yang mana perjuangan Islam yang dilaungkan ini hanyalah satu gimik politik yang diibarat sebagai cacing untuk umpankan ikan.Walau kita tak makan cacing tu,tapi kita jadikan ianya sebagai umpan untuk mengail ikan.Begitu juga dengan Islam,Kadang2 kita tak minat pun dengan Islam tapi kita gunakannya sebagai umpan untuk menarik sokongan rakyat.
MENGENAI HUKUM HAKAM ISLAM
1.) Sebagai asas kepada perjuangan Islam sepatutnya PAS Mewujudkan satu pasukan gerakan dakwah profesional untuk menerangkan kepada masyarakat tentang isu-isu yang berbangkit,Seperti isu Jais menyerang Gereja baru-baru ini,Isu yang ditimbulkan oleh TGNA sendiri yaitu Nabi Muhammad sama dengan Mat kat kampung kita,Isu tahlil,Hudud dan beberapa hukum mengenai Islam yang dibawa oleh Dr Asri dan tokoh ulamak yang lain yang jauh bertentangan dengan adat yang telah kita buat selama ini.Paling kurang pun PAS sediakan satu BLOG yang menangkis dan menjawab mengenai hukum-hukum Islam dan di pautkan oleh semua blogger PAS.Kenapa tak boleh buat?Umno tak bagi ke atau kena tunggu kelulusan di Parlimen.
2.) Pas buat apa di Kelantan? Soal nikah kahwin,persandingan yang dituntut oleh Islam macam mana?Kehidupan cara Islam yang sebenarnya yang banyak bertentangan dengan cara buat masyarakat seharusnya di khususkan dalam penyampaian dakwah.Tapi seakan menampakkan PAS tidak berani menyatakan ISLAM yang sebenarnya kerana dikhuatiri boleh menjejaskan undi.Amalan datuk nenek yang kuat tidak memungkinkan ianya berlaku kalau kita tidak yakin pada ALLAH.Pengharaman Wayang Kulit adalah contoh yang baik satu ketika dahulu dan itulah perubahan yang ambo maksudkan perlu diteruskan dalam semua adat dan cara laku yang bertentangan.
3.) Apa yang dapat dilihat dalam PAS ialah perpecahan pendapat mengenai hukum-hukum Islam dan seakan tiada satu persefahaman yang menjadi salahsatu punca pegangan akidah umat Islam sedikit tergugat.Tokoh ulamak sendiri bercakaran mengenai hukum yang sebenarnya dan secara laser menyatakan pada sidang akhbar tanpa perbincangan dan rujukan bersama ahli ulamak yang ada di dalam PAS.
MENGENAI EKONOMI DAN MASALAH RAKYAT
1.) Mengapa susah sangat PAS nak buat perniagaan rakyat,Insyaallah ambo akan mulakannya walaupun ambo bukan seorang pemimpin,Tapi semangat kebencian kepada Penjahat Agama sangat meluat-luat.Kalau dibuat perniagaan rakyat sudah pasti rakyat akan senang dan tiada lagi kesusahan dan kemiskinan.Tapi mereka lebih mementingkan poket mereka daripada menjaga kebajikan rakyat.Cukuplah bersikap munafik.ALLAH maha berkuasa dan akan memperlihatkan segalanya.
2.) Jika Pakatan Rakyat ikhlas nak perjuangkan hak rakyat dan bencikan BN sebab rasuah,menyeleweng hasil negara dan sebagainya tapi secara selambernya membeli kereta Toyota Camry menggantikan Perdana V6 di negeri Perak.Apapun alasan,memang BN tetap zalim dan jahat bila merampas kuasa di Perak,ambo pun tidak setuju.Tapi Hikmahnya untuk PR sendiri mau ingatlah.Tiada sesuatu yang Allah jadikan itu dengan tidak bersebab.Ambo sangat tidak bersetuju dengan kereta tersebut.Nak bagi alasan semua boleh bagi macam-macam..
3.) Penyakit AIDS tertinggi adalah di negeri KELANTAN.Malunya ambo,sikit lagi semua rakyat dinegeri lain Fobia dengan rakyat Kelantan.Kenapa?Sebab dikhuatiri dijangkiti AIDS.Jadi mesti dijauhinya.Lihatlah nanti jika media Umno memainkan isu ini apa akan jadi.Ini juga merupakan kegagalan kerajaan negeri dalam menangani masalah sosial di negeri Kelantan.Mana ada pemimpin PAS nak peduli.Tak payah cakaplah.Kalau tak lama dah aman Kelantan ni kalau pemimpin tidak 24Jam main politik.Diberi mandat tapi menyalahgunakannya.
Sehubungan dengan sebahagian dari apa yang ambo bentangkan tadi disini dapat kita rungkaikan satu keadaan dimana dan bagaimana kita mengenali ciri-ciri sebenar Pemimpin Islam.Oleh yang demikian jika kita berfikiran seperti tokoh yang menghujahkan isu ini insyaalah kita akan bertemu dengan keredhaan Allah yang telah dijelaskan didalam Al-Quran mengenai kehendak-kehendak Islam yang sebenar.Tidak kira dari Parti atau puak mana sekalipun kita mesti bersikap adil tanpa melihat kepada warna atau lambang sebaliknya lihatlah pada kebenaran...
Kita sebenarnya seorang insan jujur yang lemah dan terkapai-kapai mencari kebenaran daripada orang-orang agama yang jujur dan amanah.Sebab itulah penulisan ambo juga tidak sekata.Jika ambo meluahkan buah fikir ketika sedang mendengar ceramah dari Pemimpin PAS maka artikel yang ambo keluarkan itu pastinya beretika kesat yang disaluti kepuakkan yang sangat taksub.Tetapi sekiranya menaip artikel dengan mendengar kuliah daripada tokoh ini insyaallah dilihat bahasa atau perkataan yang ambo keluarkan juga sedikit bersopan dan lebih beradat.Insyaallah hatiku dikekalkan dengan kebenaran yang dikehendaki Allah bukannya yang dikehendaki oleh pihak yang berkepentingan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan