04 September 2011

PERINGATAN - YB PAS JANGAN ANGKUH

Belakang Parang Jika Diasah Lagikan Tajam

Tajuk ini tidaklah menunjukkan sikap ahli panel didalam forum ini atau juga mana-mana YB PAS yang ikhlas serta bertanggungjawab.Ianya hanyalah segelintir mungkin..........









Rentetan ambo ke Buai Bicara Facebookers dan Bloggers yang berlangsung di Balai Islam pada 2 September 2011 dimana ambo sedikit kecewa dengan beberapa penjelasan yang diberikan oleh ahli panel.

Sejak kebelakangan ini pemerhatian ambo pada YB Pakatan Rakyat terutamanya dari PAS tidaklah menunjukkan satu sikap yang boleh dipercayai jika diberi mandat untuk memerintah negara.Berlainan dengan cara berifikir rakyat terutamanya rakyat Kelantan yang menampakkan perubahan didalam menyokong mana-mana parti atau pemimpin.Rakyat menampakkan kematangan dengan lantang mempersoalkan, mencadangkan dan memberi pandangan supaya kerajaan mengambil perhatian serta serius dalam menangani setiap isu yang berbangkit.

Jika dahulu kita melihat rakyat begitu taksub dengan seseorang pemimpin sehinggamana menenggelamkan perlakuan buruk pemimpin mereka,kini ianya bukan demikian lagi,Seharusnya dengan melihat perkara tersebut Pemimpin yang dipilih oleh rakyat menilainya serta mengambil tindakan segera diatas perkara/masalah yang dihadapi dan dicadangkan oleh rakyat,Mengambil kira program bersama blogger ini dapat kita lihat yang mana para bloggers dan facebookers begitu bersungguh dalam usahasama dengan pemimpin bagi mewujudkan satu kelainan dan penambahbaikkan didalam sistem perkhidmatan kerajaan negeri yang diwakili PAS yang berkaitan dengan Pihak Berkuasa Tempatan terutamanya MPKB-BRI.

Tapi malang sekali pada pendapat ambo kerana tindakbalas dari ahli panel yang seakan selesa dengan apa yang dinikmati dan menampilkan keadaan kurang senang bagi pengundi atas pagar,Sebagai contoh Ahli Panel duduk bersandar dengan megahnya tanpa menulis soalan yang dibangkitkan oleh Facebookers dan bloggers,Menjawab dengan tidak mengikut turutan pertanyaan dan juga kadangnya tidak begitu bersikap freindly dengan tidak menyebut nama FB/Bloggers yang bertanya,Walaupun perkara ini tidak melibatkan diri ambo yang bertanya, juga merupakan isu kecil,tapi teguran ambo ini untuk kebaikan bersama,Apalah salahnya jika kita sebagai pemimpin masyarakat untuk menunjukkan sikap yang caknakan rakyat.Ambo juga khuatir isu yang kecil bila terhimpun besar juga akibatnya.

Jika dilihat pada Video ke 6 ,jawapan yang diberikan sangat culas dan kecenderungan untuk berlakunya RASUAH adalah sangat besar didalam PR sekiranya berjaya memerintah negara,Sepatutnya YB Husam tidak mengalihkan jawapannya  dengan menyalahkan PM Dato Najib yang semuanya rakyat telah tahu akan penyelewengan didalam UMNO-Bn.Jika Najib sebagai Perdana Menteri guna air RM30k sebulan adakah Halal bagi pemimpin PR berbuat perkara yang sama(salahguna) walaupun jumlah yang sedikit.Jika begini tiadalah bezanya,Andainya belum jadi PM pun dah makan jugak walaupun sikit (sikit cara sikit) bagaimana sekiranya jadi PM nanti.Rakyat tidak mahu keluar mulut buaya dan masuk ke mulut naga.Apa yang ambo dan rakyat  nak dengar bukannya perbandingan sikit atau banyak,tetapi penafian/fitnah atau juga salah faham sebagai jawapan kepada isu tersebut..Perkara ini merujuk kepada isu bil rawatan Timb.Presiden Pas yaitu Hj Mohamad Sabu.

Bagi ahli panel dari PKR yaitu YB Saifuddin Nasution (MP Machang) ambo melihat tiada apa perkara yang nak ambo timbulkan,Jawapannya juga jelas dan berfakta serta melihatkan disiplin dan freindly kepada soalan yang diajukan kepadanya.Walaubagaimanapun YB Husam pada ceramah atau program sebelum ini juga menunjukkan sikap yang baik cuma kali ini saja ambo lihatnya kurang baik,samaada pandangan ambo silap atau tidak itu terpulang kepada rakyat untuk menilainya.

Bagi pertanyaan adakah PR berjaya ke Putrajaya pada PRU13 nanti, bagi ambo jawapannya sangat mencabar dan seolah hanya kami dipertangunggjawabkan dan berada 100peratus ditangan kami,Untuk makluman YB Husam,cara Psikologi yang digunakan itu tidaklah mampu untuk mengubah apa-apa perkara,maksudnya..Jika seseorang YB yang dipilih oleh rakyat tidak menjalankan amanah yang dipertanggungjawabkan padanya serta mengabaikan masalah rakyat yang diwakilinya mana mungkin ianya berada ditangan kami untuk menentukan samaada  PR berjaya ataupun tidak untuk memerintah negara.

Harus diingat, Bagi pengundi atas pagar yang dijumlahkan seramai 6 juta orang berfikiran tidak sama dengan pengundi yang setia kepada PR.Mereka pada bila-bila masa sahaja boleh mengubah fikiran mereka diatas sesuatu perkara yang menambahkan ketidakyakinan mereka kepada pimpinan dari PR.Sebagai contoh negeri yang ditadbir oleh PR sentiasa menjadi isu utama permasalahan didalam pentadbiran.Kerjasama yang tidak meyakinkan antara PAS dan DAP kerana dilihat PAS lebih cenderung tunduk kepada DAP,Tidak kira soal betul ataupun hanya konspirasi Umno-Bn,Yang jelasnya tanggapan yang tertanam itu adalah begitu.Perlu diketahui juga media Umno-Bn sangat bijak memanipulasi sesuatu isu sehingga menampakkan ianya benar dan sahih.Kerana jika dibandingkan didalam Barisan Nasional parti orang melayu UMNO berkuasa penuh dan dapat membisukan rakan komponen yang lain.

Untuk itu perlu bagi Pemimpin PAS mengubah corak dan strategi mereka supaya menampakkan kelainan didalam pentadbiran kerajaan yang diperintah serta menunjukkan ciri-ciri seperti laungan slogan yang didendangkan.Jangan ada lagi dikalangan rakyat yang berkata "Pas pun serupo jah,tolok Tok Guru sore jah,Hok lain gak tok leh pakai belako jugok.".Apa yang ambo perlihatkan ini sudah berlaku di PRU11 pada 2004.Rakyat berubah angin dan PAS tidak mampu untuk mengekalkan kerusi yang dimenangi seperti hari ini.Sehinggalah PRU12 pada tahun 2008 rakyat menghukum kembali Umno yang takabbur dan cukup teruja serta yakin untuk merampas Kelantan dan tanpa rasa segan silu menamakan bakal Menteri Besar nya yang tewas di dua gelanggang.

Sedarlah wahai Pemimpin Islam,ciri-ciri Islam mesti dikekalkan walaupun dasar telah berubah,Ketahuilah juga kerana demi untuk melihat keangkuhan UMNO-Bn tersungkur menyembah rakyat,ambo rasa ramai juga bloggers dan Facebookers telah melindungi isu-isu kecil dari pengetahuan umum yang boleh menjejaskan kredibiliti PR untuk menerajui negara.

Sekiranya kehidupan Tok Guru boleh di klip video-kan,Apalah kiranya kalau YB-YB lain juga membuat perkara yang sama dan dihimpunkan dalam satu koleksi yang sebagai contoh bertajuk Himpunan Keperibadian Ciri Pemimpin Islam.untuk memberi tauladan dan pandangan yang mengislamkan pemikiran dan pemahaman  rakyat tentang PERBEZAAN pemimpin ISLAM dengan Pemimpin APCO.Kerana kalau Tok Guru seorang yang mengamalkan cara hidup islamik ia tidak memberi makna kepada keseluruhan didalam parti untuk mentadbir dengan Amanah,jujur dan ikhlas sekaligus tidak membezakan hok lebai dengan hok jahil.Ambo selaku anak muda yang berpihak kepada PR tidak akan membiarkan persamaan ini dari terus berlaku dan ambo dengan jujurnya akan membongkarkan setiap isu yang ambo nampak tidak diendahkan oleh YB-YB yang mewakili PR terutamanya yang membawa dasar Islam sebagai perjuangan.

Jangan terlalu ghairah melapah keburukkan lawan sehingga terdedah keburukkan sendiri.Ingatlah keputusan berjaya ataupun tidak PR menawan Putrajaya terletak diatas sikap yang ditunjukkan YB.Kami anak muda tidak ingin bersubahat untuk meyakinkan kepada rakyat bahawa apa yang dilihat itu adalah UNTA bukannya BIRI-BIRI.Jika benar ianya unta akan kami untakannya.Jika sebaliknya begitulah juga hakikatnya.Benci kami kepada UMNO bukan kerana namanya,Sokong kami kepada PAS juga bukan Kerana namanya tetapi kebijaksanaan itu tidak sekali pernah berbohong........

Tiada ulasan:

Catat Ulasan