16 September 2011

EKSKLUSIF - BUKTI RAKAMAN DENGAN MPKB-BRI..ISLAMKAH???

Belakang Parang jika di asah lagikan tajam...





Klip Video rakaman perbualan telefon dengan Pegawai Pihak Berkuasa Tempatan  Kerajaan Islam ini bagi membuktikan perbezaan diantara kerajaan yang melaungkan slogan Islam dan kerajaan sekular...Isu pokok yang ambo nak jelaskan adalah perkaitan masalah yang melibatkan rakyat dan sejauh mana kejayaan Kerajaan Islam memerintah negeri dengan cara Islam yang kononnya mereka perjuangkan itu.

Rakaman ini telah di edit/disunting potong atas sebab-sebab tertentu bagi tidak menjejaskan kredibiliti atau tanggapan masyarakat kepada pegawai yang terbabit.Kerana apa yang ambo nak bangkitkan adalah bukan kesilapan pegawai terbabit tetapi perundangan sistem kerajaan Islam mengenai perkara yang melibatkan rakyat.

Jika diamati perbualan kedua-dua rakaman tersebut ambo rasa anda dapat simpulkan satu putarbelit yang keterlauan dan tidak patut ada dalam kerajaan MEMBANGUN BERSAMA ISLAM.

Karenah birokrasi seperti yang diamalkan oleh Kerajaan Barisan Nasional tiada bezanya dengan apa yang diamalkan oleh kerajaan Islam Kelantan.Memang hanya Notis sita dikeluarkan oleh MPKB-BRI.Sita belumlah dilakukan lagi,Namun sekatan keatas sambungan lesen kepada peniaga yang menyewa premis uzur tersebut telah dilakukan dan menyebabkan penyewa tidak boleh berniaga kera dikhuatiri akan disaman oleh MPKB-BRI kerana berniaga tanpa lesen.

Hebat bukan? Cara begini adalah cara halus untuk mengjahanamkan orang melayu Islam.Bilamana penyewa bermasalah seperti itu mereka tidak mungkin akan menyewa lagi premis tersebut,Akhirnya Tuan Rumah akan menanggung masalah kerana tiada lagi penyewa.Premis yang uzur tersebut tidak mampu untuk dibaiki oleh seorang ibu tunggal yang masih mempunyai tanggungan anak-anak yatim.

Bila surat dihantar kepada MPKB-BRI atau aduan dibuat supaya datang menilai kembali cukai yang dirasakan melampau sangat yaitu RM366 setahun atau RM1 sehari dengan keadaan keuzuran rumah tersebut.Setelah beberapa bulan datanglah Jurunilai menialai kembali.Sesi penerangan telah ambo berikan kepada jurunilai tersebut namun masih tidak reti bahasa dan menambah lagi cukai tersebut sebanyak 2 keping.Satu keping bernilai RM40.++ selama 6 bulan dan sekeping lagi RM160.++ selama 6bulan.Apakah ini bukan kerja gila???

Kerajaan hanya reti kutip cukai sahaja tanpa menilai hasil yang diperolehi daripada sewaan premis tersebut.Ambo hanya mewakili seorang ibu tunggal yang tidak ada pelajaran dan tak reti langsung dengan sistem perundangan yang mana beliau hanya mengharapkan pembelaan  yang sewajarnya daripada kerajaan.Sangat mustahil untuk seorang ibu tunggal yang berumur 64 tahun untuk menghadirkan diri bermesyuarat dengan ahli majlis MPKB-BRI.Kalau masa Pilihanraya untuk pergi mengundi tidaklah menjadi masalah.Kerana ramai sukarela yang datang menjemputnya.

Tok Janggut pernah bangkit diatas isu cukai sewaktu ketika dahulu kerana tidak bersetuju dengan penjajah yang mengenakan cukai kepada rakyat.Bukanlah semua orang yang akan bangkit .Tapi orang seperti Tok Janggut sahaja yang berani bangkit diatas ketokohan kepahlawanannya.Tapi kebangkitan ambo bukanlah kerana mempunyai ketokohan seperti Tok Janggut,Tetapi Keadilan yang ambo inginkan mesti berlaku dibawah pentadbiran Kerajaan Islam supaya ianya tidak mencemarkan nama Islam yang dibawa dengan cara sebegini.

Ini hanyalah salah satu isu sahaja,Banyak lagi isu ada dalam simpanan ambo dan akan dilepaskan satu persatu menjelang pilihanraya nanti,Kerana ambo tidak ingin tanggung dosa bersubahat dengan perkara yang tidak benar dan bercanggah dengan Islam walaupun ambo ni tidak sealim Pemerintah Islam yang ada di bumi Kelantan pada hari ini.Bukan ambo nak membezakan dengan kerajaan UMNO-BN tapi ambo nak memperlihatkan kegagalan yang tidak pernah diungkapkan oleh YB PAS.

Ketaksuban penyokong PAS akan membuatkan lagi Pemimpinnya lalai dan terus lari dari ajaran Islam yang sebenarnya.Kehebatan berpidato dan membuka keaiban Pemimpin Umno bukanlah itu yang ambo nak banggakan dengan seorang pemimpin Islam.Budaya selak kain ini akan menyebabkan rakyat juga yang rugi kerana sentiasa taksub dan melindungi perbuatan Pemimpin mereka.

Kembalilah kepangkal jalan,Jangan dipergunakan FIRMAN ALLAH dan HADIS RASULULLAH demi kepentingan untuk berkuasa.Ikutlah cara Islam yang sebenarnya pasti kita akan selamat dunia dan akhirat.

3 ulasan:

  1. masalah cukai ni tertakluk kpd Akta Kerajaan Tempatan dan Kanun Tanah Negara....bukan suka2 hati nk kenakan cukai....cukai juga bukan dikira dari hasil yg diperolehi, tapi dari nilai harta semasa....manakala jurunilai terbabit adalah berada di bawah Jabatan Perkhidmatan dan Penilaian Harta (JPPH) di bawah Kementerian Kewangan Malaysia....negeri2 tak ada jurunilai sendiri, melainkan semuanya dipinjamkan oleh JPPH bagi menjalankan kerja penilaian bagi pihak kerajaan samada kerajaan negeri @ persekutuan

    BalasPadam
  2. Yang membuat keputusan ialah ahli majlis.Cuba TanpaNama dengar daN memahami tanpa menyalahkan org lain.Sebabnya adalah sebab org yg membuat rayuan tidak hadir.Sepatutnya boleh dikurangkan cukai terbabit.Apa yg nak dibangkitkan penulis adalah karenah birokrasi.Macam mana dia nak hadir kalau surat menyuruh kehadiran tidak diterima..

    BalasPadam
  3. Cuba dengar baik2 video ke 2 pada minit ke 3.20 siapa yg membuat keputusan...

    BalasPadam